BAB 3

Romance Completed 20093

Seri Aira terus menghempas tubuhnya di atas katil sebaik masuk ke dalam bilik. Penat ketika berada di dalam kapal terbang masih lagi belum hilang.

Iphone 6s miliknya berbunyi menandakan ada panggilan telefon masuk. Tertera nama 'papa' di skrin telefonnya. Seri Aira bingkas bangun dan menjawab panggilan itu.

" Hello papa. Papa mungkir janji kan dengan Seri. Nak merajuk lah macam ni " .

" Alah sorry lah sayang. Papa tiba-tiba ada meeting last minute. Papa bukan sengaja. Papa janji nanti papa spent time dengan Seri. Seri dah sampai rumah ke belum? " .

" Dah. Baru jer lagi sampai. Papa dah habis meeting ke belum? " .

" Dah habis. Tapi papa ada meeting dengan client daripada China lepas ni. So papa tak dapat nak lunch sekali dengan Seri hari ni. I'm so sorry sayang " .

Terdengar keluhan berat daripada bibir Seri. Ni yang susah bila jadi anak businessman. Asyik ditinggalkan jer.

" Seri makan dengan Mak Mun dan Pak Mat ya? Papa minta maaf sangat-sangat " pujuk Tan Sri Ilham.

" Yela-yela. Papa jangan lupa makan pulak nanti " pesan Seri Haira.

" Okay sayang. Take care. Bye " .

" Take care too " .

Panggilan terus ditamatkan. Seri Haira merebahkan semula tubuhnya di atas tilam. Entah bila masa dia terlelap. Tahu-tahu sahaja sudah lena tidur.

Tan Sri Ilham memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Baru sahaja dia ingin meneruskan langkah masuk ke dalam sebuah restoran, tiba-tiba ada seorang lelaki mengacukan pisau padanya.

" Bagi semua barang berharga, kalau tak aku bunuh kau! " ugut lelaki itu.

Dia terkejut melihat lelaki di hadapannya itu. Kecut perutnya apabila melihat jarak pisau yang diacu betul-betul tepat di perutnya.

" Cepat! " jerkah lelaki itu.

Kebetulan laluan di situ sunyi. Tidak ada orang yang lalu di situ

Dalam keadaan terpaksa, Tan Sri Ilham mengeluarkan beg duit dan telefon bimbitnya daripada poket seluar.

" Woii! Merompak jer kerja kau! " tiba-tiba datang seorang lelaki terus menumbuk lelaki yang mengugut Tan Sri Ilham tadi.

Lelaki itu terus terjelepuk jatuh apabila ditumbuk. Pisau di tangannya juga tercampak.

" Baik kau berambus daripada sini sebelum aku call polis " .

Lelaki itu tergesa-gesa beredar daripada situ.

" Uncle okay ? " soalnya.

" Uncle okay. Terima kasih ya sebab tolong. Kalau awak takda tadi, tak tahu lah apa yang jadi " .

" Sama-sama. Lepas ni uncle hati-hati. Zaman sekarang ni memang ramai perompak " pesan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience