BAB 20

Romance Completed 20093

Baru sahaja Seri Haira ingin membuka pintu kereta ada tangan yang melingkar di lehernya. Di tangan lelaki itu terdapat pisau.

" Hoii " Firdaus cuba menyelamatkan Seri Haira tetapi lima orang lelaki datang dan terus membelasahnya. Manakala Seri Haira dibawa lari menaiki van.

" Firdaus! Lepaskan aku lah bodoh!" jerit Seri Haira.

Firdaus sudah pun terbaring kaku setelah dibelasah teruk oleh lima orang lelaki tadi.

" Seri... " matanya terus terpejam.

Seri Haira membuka matanya. Dia berada di dalam bilik yang sangat gelap ketika ini. Kaki dan tangannya diikat.

" Tolong! Tolong! " jeritnya.

Air matanya mengalir laju. Sungguh dia sangat takut ketika ini. Hatinya juga risaukan Firdaus. Dia tidak mampu membantu Firdaus saat lelaki itu dibelasah teruk.

Seri Haira baru teringat, di dalam poketnya masih lagi ada telefon bimbit miliknya. Di dalam poketnya juga ada pisau lipat. Firdaus yang memberikan pisau lipat itu kepadanya.

" Amik ni " pisau lipat dihulurkan pada Seri Haira.

" Untuk apa? " soal Seri Haira.

" Sekarang mungkin awak tak tahu apa kepentingan pisau ni. Tapi saya yakin, awak akan hargai pemberian saya ni suatu hari nanti. Simpan. Kita tak tahu apa yang akan jadi nanti " .

Lambat-lambat Seri Haira menyambut huluran Firdaus. Sejak daripada itu dia sentiasa membawa pisau lipat itu kemana-mana.

Air mata Seri Haira mengalir perlahan.

" Ya Allah kau selamatkan lah Firdaus. Kau lindungi lah dia " doanya.

Seri Haira bersusah payah mengambil pisau lipat daripada poket seluarnya. Akhirnya dia berjaya juga. Dia segera memotong tali yang mengikat tangan dan kakinya menggunakan pisau lipat itu.

Telefon bimbitnya segera mendail nombor polis dan Tan Sri Ilham. Setelah itu, Seri Haira mencari lubang untuk keluar daripada bilik gelap itu.

Baru sahaja dia hendak keluar, seorang lelaki sebaya dengan papanya datang.

" Oh kau nak lari. Kau nak lari ke mana ha?! " rambut Seri Haira ditarik kasar.

" Lepaskan aku lah bodoh! " Seri Haira meronta-ronta ingin dilepaskan.

Lelaki itu terus menolak Seri Haira sehingga dia terjelepuk jatuh.

" Ikat dia " arahnya pada konco-konconya.

Beberapa orang lelaki terus mengikat Seri Haira semula.

" Kau ingat kau boleh lari ke ha? " jerkah Datuk Megat.

" Pergi mampus lah orang tua " Seri Haira meludah muka Datuk Megat.

" Kurang ajar! " Datuk Megat sudah mengangkat tangan untuk menampar pipi Seri Haira.

" Jangan bergerak! Kami polis " .

Konco-konco Datuk Megat sudah pun ditangkap oleh polis. Seri Haira menarik nafas lega. Dia bersyukur pihak polis tiba di waktu yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience