BAB 12

Romance Completed 20093

Tok..tok..tok..

Mak Mun mengetuk pintu bilik Seri Haira. Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi tetapi Seri Haira masih belum bangun. Jam 12 nanti dia akan berjumpa dengan bodyguard yang telah dicari oleh Tan Sri Ilham.

" Seri, Seri. Dah bangun ke belum sayang? " .

Tiada sahutan.

Mak Mun mengetuk lagi pintu bilik Seri Haira.

" Seri bangun sayang " .

Seri Haira yang nyenyak tidur terus tersedar apabila mendengar bunyi ketukan pintu dan suara Mak Mun. Matanya digosok perlahan.

" Seri mengantuk lah Mak Mun " laungnya daripada dalam bilik.

Dia masih lagi tidak berganjak daripada katil.

" Seri, sekejap lagi kan bodyguard Seri nak datang. Papa jugak yang nak Seri berkenalan dengan dia dulu " .

Seri Haira mengeluh perlahan. Dia mengeliat kecil.

" 5 minit Mak Mun. Kejap lagi Seri turun " .

" Okay. Jangan lambat tau " pesan Mak Mun sebelum berlalu.

Dia faham benar dengan Seri. Pasti gadis itu tidur lewat semalam. Jika tidak, pasti dia mudah sahaja bangun apabila dikejut. Ini tidak, liat semacam jer.

Seri Haira melelapkan semula matanya. Dia masih mengantuk. Ini semua gara-gara dia menonton drama korea hingga lewat malam. Lagipun hari ini hari minggu. Tiada salahnya jika dia bangun lewat pun.

" Mak Mun, Seri mana? Dia dah bangun? " soal Tan Sri Ilham.

Sejak daripada tadi bayang anaknya itu pun tidak kelihatan. Ketika dia bersarapan tadi, dia hanya bersarapan seorang diri saja. Selalunya Seri akan menemaninya bersarapan sekali.

" Tadi Mak Mun dah kejut dia bangun. Takpalah, Mak Mun pergi tengokkan dia sekejap " jawab Mak Mun.

Dia terus naik ke tingkat atas. Tan Sri Ilham menggeleng kepalanya. Nampaknya Seri Haira seperti sengaja bangun lewat hari ini. Memandangkan sebentar lagi bodyguard nya akan tiba. Pasti dia mengelat mahu berjumpa dengan Firdaus. Tebak Tan Sri Ilham.

" Assalamualaikum " .

Suara orang memberi salam terus mematikan lamunan Tan Sri Ilham. Dia segera bangun dan meninjau di muka pintu.

Dia melihat Firdaus sudah pun berdiri di hadapan pagar.

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun. Jemput masuk Firdaus " pelawa Tan Sri Ilham.

Firdaus bersalaman terlebih dahulu dengan Tan Sri Ilham.

" Uncle sihat? Maaf saya terlewat sikit. Ada hal tadi " .

" Alhamdulillah uncle sihat. Eh takpa. Firdaus lewat 10 minit jer. Jom masuk ke dalam. Hari ni kita lunch sekali ya".

Firdaus hanya mengangguk kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience