BAB 14

Romance Completed 20093

Seri Haira memandang Firdaus daripada atas hinggalah ke bawah. Firdaus mula rasa tidak selesa apabila diperhati begitu. Ketika di meja makan tadi pun gadis itu tidak sudah-sudah menjeling tajam padanya.

" Er..er kenapa awak tengok saya macam tu ea? " soal Firdaus.

" Suka hati saya lah. Saya ada mata, saya pandanglah " jawab Seri Haira dingin.

Sejak daripada tadi dia masih cuba mengingati wajah lelaki di hadapannya ini. Dia rasa dia pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini. Tetapi dia lupa di mana.

" Tapi yang awak pandang tu saya. Mestilah saya kisah " .

Seri Haira memandang tajam ke arah Firdaus.

" Awak ni siapa ea sebenarnya? Memang dah tak ada kerja lain ke sampai nak kena jadi bodyguard? Berapa papa saya bayar awak? " soal Seri Haira.

" Saya seorang manusia biasa. Dah tertulis rezeki saya untuk jadi seorang bodyguard " .

Seri Haira mencebikkan bibirnya.

" Boleh ke awak lindungi saya? " soal Seri Haira sinis.

" Insya Allah. Allah kan ada. Dia akan lindungi awak dan saya " .

Seri Haira semakin geram mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Firdaus.

" I will make sure awak fedup dengan saya sampai lah awak berhenti kerja. Jangan menyesal pulak nanti " .

" Saya tak akan menyesal. Tapi saya takut awak pulak yang menyesal bila saya dah tak jadi bodyguard awak lagi nanti " .

Seri Haira ketawa sinis.

" Whatever. Jangan nak perasan sangat lah ea. Sekali lagi saya ingatkan, jangan menyesal " Seri Haira terus berlalu meninggalkan Firdaus.

Firdaus hanya tersenyum kecil.

Seri Haira membuka almari pakaiannya. Hari ini adalah hari pertama dia membuka butik pakaian jenamanya sendiri. Jadi dia mahu kelihatan lebih bergaya. Puas memilih akhirnya Seri Haira mengambil dress berwarna putih paras lutut. Rambutnya yang panjang, disangulkan.

Sedikit alat solek di tepek pada wajahnya. Setelah puas dengan penampilannya, Seri Haira terus berlalu keluar daripada bilik.

Sebaik dia turun di tingkat bawah, dia melihat Firdaus yang sedang menantinya di ruang tamu. Lelaki itu tekun membaca surat khabar sementara menanti Seri Haira. Entah pukul berapa agaknya lelaki itu sampai tadi.

" Ehem " Seri Haira berdehem kecil untuk menyedarkan Firdaus dengan kehadirannya.

Firdaus terus menoleh. Dia terpaku seketika. Seri Haira kelihatan lebih cantik dengan penampilannya hari ini. Tapi sayang, tiada segaris senyuman pun di bibirnya.

" Awak dah nak pergi butik? " soal Firdaus.

" Iya lah. Takkan nak sambung tidur pulak " .

Firdaus terus bangun dan mengeluarkan kunci kereta daripada dalam poket seluarnya.

Dia bukan sahaja jadi bodyguard pada Seri Haira, malah dia juga menjadi driver untuk Seri Haira memandangkan gadis itu tiada lesen memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience