BAB 17

Romance Completed 20093

Seri Haira berjalan mendahului Firdaus. Segala barangan yang dibeli oleh Seri Haira, dibawa oleh Firdaus. Penuh kedua-dua belah tangan Firdaus.

Langkah Seri Haira terus terhenti saat melihat tiga orang lelaki berdiri tercegat pada keretanya.

" Kenapa berhenti tiba-tiba ni? " soal Firdaus.

" Tuu.. " Seri Haira menujukkan ke arah tiga orang lelaki itu.

Firdaus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Seri Haira. Dia menelan air liur.

" Seri, kita kena lari " kata Firdaus perlahan.

" Kenapa pulak nak kena lari ? Siapa dia orang tu? " soal Seri Haira.

Ketiga-tiga lelaki itu memandang ke arah mereka. Firdaus terus menarik tangan Seri Haira dan lari selaju mungkin.

" Awak kenapa nak kena lari pulak ni? Siapa dia orang tu? " soal Seri Haira.

" Kita tak ada banyak masa Seri " jawab Firdaus.

Matanya meliar mencari tempat untuk bersembunyi. Nasib mereka kurang baik kerana parking bawah tanah ketika itu sunyi.

" Kita menyorok kat sini dulu " kata Firdaus. Tanggannya masih lagi menggenggam erat tangan Seri Haira tanpa dia sedari.

" Kenapa kita perlu lari macam ni? " soal Seri Haira lagi.

" Seri, ni bukannya masa untuk awak tanya soalan macam tu " .

" Tapi kenapa? Siapa dia orang tu? " .

" Ya Allah Seri. Awak boleh tanya soalan tu nanti. Tapi bukan sekarang".

Seri Haira mencebik.

" Firdaus " .

" Apa lagi Seri? Please jangan tanya soalan tu lagi " .

" Firdaus. Kenapa awak pegang tangan saya? " .

Firdaus terus menoleh ke arah tangannya yang menggenggam erat tangan Seri Haira. Cepat-cepat dia melepaskan genggaman itu.

" Maaf " Firdaus termalu sendiri.

Belum sempat Seri Haira membalas, terdengar derapan kaki dari arah belakang mereka.

" Mana kau orang nak lari ha? " lelaki itu tersenyum sinis.

Jantung Seri Haira sudah berdegup kencang. Sungguh dia sangat takut ketika ini.

Firdaus pantas menarik Seri Haira dan menyembunyikan gadis itu dibelakangnya.

" Apa kau nak? " soal Firdaus.

" Aku nak Seri Haira Tan Sri Ilham " jawab lelaki itu.

Menggigil lutut Seri Haira saat mendengar jawapan lelaki itu. Dia memegang baju Firdaus.

" Kau ingat senang-senang aku nak bagi dia kat kau? Apa masalah kau orang sebenarnya ha? " .

" Aku cakap aku nak Seri Haira. Tu jer. Bagi jer lah " .

" Jangan harap " Firdaus terus menumbuk muka lelaki di hadapannya.

Lelaki itu terus rebah. Dua orang pagi lelaki cuba menyerang Firdaus. Firdaus sempat mengelak dan melawan semula.

Lelaki yang rebah tadi bangun semula dan mengeluarkan pisau daripada poket seluarnya. Dia terus menikam perut Firdaus.

" Firdaus! " jerit Seri Haira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience