BAB 6

Romance Completed 20093

" Papa ! " Seri Haira berlari mendapatkan Tan Sri Ilham di muka pintu.

" My princess " .

Dua beranak itu berpelukan seketika di muka pintu.

" Seri sihat? " soal Tan Sri Ilham.

" Sihat. Terlebih sihat dah ni. Papa? Dah makan ke belum ni? " .

" Alhamdulillah papa pun sihat. Papa baru nak singgah makan tadi, tapi tadi papa hampir kena rompak " .

" Ha? Rompak? Papa okay tak ni? Dia orang ada buat apa-apa pada papa? " soal Seri Haira cemas.

" Papa okay. Perompak tu tak sempat buat apa-apa pun. Ada budak lelaki tolong papa tadi. Kalau dia tak ada, tak tahu lah apa nasib papa " cerita Tan Sri Ilham.

" Ish tak guna betul perompak tu. Kerja malas, tahu nak senang jer. Kalau Seri dapat perompak tu, Seri kerat 18 " rungut Seri Haira.

Tan Sri Ilham ketawa kecil mendengar rungutan anaknya itu.

" Tapi sekarang ni papa dah selamat kan. Seri tu lepas ni nak keluar kena hati-hati. Zaman sekarang ni memang banyak perompak. Bahaya " pesan Tan Sri Ilham.

Terangguk-angguk kepala Seri Haira.

" Dah papa nak naik atas mandi. Sekejap lagi kita sambung borak " pipi Seri Haira dicubit sebelum berlalu.

" Okay! " jawab Seri Haira.

Firdaus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Kepalanya masih serabut memikirkan tentang duit rumah sewa yang masih tertunggak. Baru saja sebentar tadi tuan rumah menanyakan soal duit rumah sewa itu. Puas dia meminta tempoh lagi. Nasib baiklah tuan rumah itu memberikannya masa seminggu lagi.

Persoalannya sekarang, dia mampu ke membayar duit sewa dalam masa seminggu lagi? Kerja pun masih tiada. Poket seluarnya diraba, sekeping kad dikeluarkan daripada poketnya.

Tan Sri Ilham
Megah Holdings
017*******

Firdaus terus bangun daripada pembaringannya.

" Tan Sri? Perhh bukan orang biasa-biasa ni " katanya sendiri.

Kad di tangannya itu direnung lama.

" Kalau aku mintak tolong dia, dia nak ke tak ea? Megah Holdings? Maybe aku boleh kerja dengan dia " .

Firdaus masih teragak-agak sama ada mahu menghubungi Tan Sri Ilham atau tidak.

" Ah tak payah lah. Esok aku usaha lagi cari kerja. Kalau tak jumpa jugak, baru aku call " .

Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak menghubungi Tan Sri Ilham. Sikap Firdaus memang begitu, selagi dia boleh usaha dia akan usaha. Jika sudah tiada pilihan lain baru lah dia akan meminta pertolongan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience