BAB 11

Romance Completed 20093

Seri Haira mengesat peluh di dahinya menggunakan tuala tergantung di lehernya. Entah apa mimpinya hari ni tiba-tiba saja mahu berjogging. Selalunya dia lah orang yang paling malas hendak berjogging.

Sebaik tiba di rumah, dia terus melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka dan sekotak jus oren dikeluarkan.

Cawan di dalam kabinet diambil lalu dituang jus oren itu ke dalam cawan. Seri Haira meneguk rakus jus oren itu. Tekaknya benar-benar kering ketika ini.

" Haus sangat ke Seri? " tegur Mak Mun yang baru masuk ke dalam dapur.

Dia baru sahaja selesai mengemas ruang tamu.

" Haus lah jugak. Seri terlupa nak bawak air waktu jogging tadi " .

" Seri mimpi apa semalam? Tiba-tiba jer rajin nak jogging hari ni " soal Mak Mun hairan.

Seri Haira ketawa kecil.

" Saja jogging. Seri bosan lah duduk kat rumah lama-lama. Bukannya ada benda nak buat pun " jawabnya.

" Bila Seri mula kerja? Jadi tak nak kerja dekat office papa Seri? " .

Seri Haira menggeleng perlahan.

" Papa tak nak Seri kerja dengan dia. Yelah lagipun Seri study fashion designer bukannya business. So Seri rasa lebih baik Seri kerja sendiri. Papa dah janji dengan Seri nak hadiahkan sebuah butik untuk Seri. So lepas ni Seri dah ada butik sendiri. Nanti Seri design baju cantik-cantik khas untuk Mak Mun " .

Mak Mun tersenyum kecil mendengar kata-kata Seri.

" Baguslah macam tu. Mak Mun sentiasa doakan semoga Seri capai cita-cita Seri " .

" Tapi Mak Mun, bukan senang-senang papa nak bagi butik dekat Seri. Dia cakap kalau Seri setuju dia carikan bodyguard untuk Seri, baru dia bagi butik dekat Seri " .

" Seri, itukan untuk keselamatan Seri jugak. Bukan papa jer yang risaukan Seri, Mak Mun pun risaukan Seri tau. Lagipun apa salahnya kalau Seri ada bodyguard. Zaman sekarang ni ramai orang jahat tau. Lagi-lagi perempuan macam Seri ni. Dah banyak Mak Mun tengok dekat dalam berita kes culik lah, rogol lah. Macam-macam lagi " Mak Mun cuba untuk memujuk Seri Haira.

Seri Haira diam seketika. Dia akui ada benarnya kata-kata Mak Mun itu.

" Seri bukan apa Mak Mun. Seri rimas lah kalau ada orang sentiasa ikut Seri. Rasa tak selesa " luahnya.

" Mak Mun faham. Mula-mula Seri memang lah rasa macam tu. Lama-lama nanti mesti okay. Mana tahu Seri dengan bodyguard Seri tu boleh jadi kawan. Kat sini bukannya Seri ada kawan pun kan. Tak adalah Seri bosan lagi " bahu Seri Haira diusap perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience