BAB 15

Romance Completed 20093

Mata Firdaus meliar memerhati sekeliling butik milik Seri Haira. Baru 2 jam dia duduk di situ dia sudah mulai bosan. Sekejap-sekejap dia melihat jam di tangan. Seri Haira dan beberapa orang pekerja butiknya sibuk melayan pelanggan.

" Kenapa? Dah bosan ke? " soal Seri Haira sinis.

Firdaus tersentak. Eh bila masa pulak dia ni datang?

" Tak. Mana ada. Saya okay jer " jawabnya.

" Elehh. Muka macam bosan jer menunggu " .

" Tak lah. Muka saya memang macam ni. Lama lagi ke awak kat butik ni? " .

" Lama. Lama sangat-sangat. Sampai malam nanti kot. Mesti awak tak boleh tahan lagi dah kan? Pergi jer lah balik. Cakap dengan papa nak berhenti kerja " .

Firdaus ketawa kecil.

" Saya tak cakap pun saya nak berhenti kerja. Saya cuma tanya jer ".

Seri Haira mencebik.

" Malas lah saya nak bercakap dengan awak ni. Buat sakit hati jer " Seri Haira memeluk tubuhnya.

" Tak payah lah cakap dengan saya kalau malas. Saya pun tak pernah paksa awak bercakap dengan saya. Awak jer yang beriya nak cakap dengan saya " .

" Eiii geramnya saya dengan awak ni".

" Awak geram dengan saya? Ya Allah seramnya awak ni. Silap-silap nanti masuk berita seorang bodyguard dicabuli oleh majikannya sendiri " terbahak-bahak Firdaus ketawa.

Lagi-lagi apabila melihat wajah Seri Haira yang sudah bertukar merah.

" Hati-hati nanti ada yang bertukar jadi hulk pulak " pesan Firdaus pada salah seorang pekerja butik Seri Haira.

Gadis yang bernama Ain itu hanya tersenyum nipis. Semakin bertambah kemarahan Seri Haira. Dia merengus geram.

" Saya dah siasat Datuk. Anak Tan Sri Ilham memang dah balik Malaysia " beritahu Nasrul.

Datuk Megat tersenyum sinis.

" Aku dah agak dah. Ilham, Ilham bodohnya kau. Kau ingat kau boleh sorokkan anak kau lagi ? " .

" Datuk nak saya buat apa? " soal Nasrul.

" Aku nak kau buat apa yang 4 tahun lepas kita gagal buat. Pastikan berjaya. Aku tak nak kita gagal lagi. Faham? " .

Nasrul mengangguk faham.

" Baik Datuk. Saya akan pastikan kali ni kita berjaya " .

" Bagus " .

Datuk Megat tersenyum kepuasan. Kali ini rancangannya pasti akan berjaya. Dia akan memastikan Seri Haira berada di dalam tangannya dan dia boleh menjadikan anak gadis Tan Sri Ilham sebagai tebusan. Syarikat Tan Sri Ilham akan jatuh ke tangannya nanti. Dia yakin Tan Sri Ilham sanggup buat apa saja asalkan Seri Haira selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience