BAB 16

Romance Completed 20093

" Saya nak pergi shopping lepas ni " beritahu Seri Haira.

Sengaja dia ingin menguji kesabaran Firdaus. Dia yakin lelaki itu pasti akan hilang sabar nanti.

" Okay " jawab Firdaus selamba.

Seri Haira geram apabila melihat wajah selamba Firdaus. Dia terus mencapai tas tangannya dan berlalu keluar daripada butiknya. Sempat dia berpesan kepada pekerja butiknya supaya menjaga butik dengan baik.

Firdaus hanya mengikut langkah Seri Haira. Dia tahu Seri Haira sengaja ingin mengujinya ketika ini supaya dia mengalah dan berhenti kerja.

Seri Haira terus masuk ke dalam kereta. Dia duduk di sebelah pemandu memandangkan dia akan pening kepala jika duduk di bahagian belakang. Mahu atau tidak terpaksalah dia duduk di sebelah pemandu.

" Nak pergi shopping kat mana tuan puteri? " soal Firdaus sebaik menghidupkan enjin keretanya.

" Pavillion " jawab Seri Haira sepatah.

" Baiklah tuan puteri " .

Seri Haira menjeling tajam ke arah Firdaus. Annoying!

" Tuan puteri, pakai seat belt tu. Nanti tak pasal-pasal kena saman. RM300 tu bukan murah tau tuan puteri " .

" Suka hati saya lah nak pakai ke tak. Saya ada duit, setakat RM300 tu apalah sangat. Saya boleh bayar " .

Tiba-tiba Firdaus terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

" Hey, yang awak berhenti tiba-tiba ni kenapa ha? " marah Seri Haira.

" Pakai seat belt tu. Untuk keselamatan. Saya tahu awak mampu bayar setakat saman RM300 tu. Tapi awak kena ingat, nyawa tak boleh dibeli " Firdaus mendekatkan dirinya dengan Seri Haira.

Jarak mereka terlalu dekat sehinggakan Seri Haira boleh merasai hembusan nafas Firdaus.

" Eh awak nak buat ni? " Seri Haira menahan tubuh Firdaus.

" Saya nak pakaikan awak seat belt lah. Degil sangat " .

" Er..er tak payah. Saya boleh pakai sendiri " tubuh Firdaus ditolak kuat sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Seri Haira pantas menarik seat belt. Senyuman nakal terukir di bibir Firdaus. Lagi-lagi apabila dia melihat wajah Seri Haira yang pucat. Haa tahu takut.

Satu demi satu kedai Seri Haira masuk. Dia bukanlah nak beli sangat pun tapi sengaja ingin mengenakan Firdaus. Firdaus hanya mengikut tanpa bantahan. Nak buat macam mana, dah memang kerjanya begitu.

Tanpa disedari mereka ada mata yang memerhatikan mereka sejak daripada tadi.

" Cepatlah. Lambat lah awak ni jalan" rungut Seri Haira.

" Awak tu yang jalan cepat sangat. Nak salahkan orang pulak " .

Seri Haira memberi jelingan tajam pada Firdaus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience