Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 13

 

Inara merebahkan badannya diatas tilam.Seharian dia dan juga Izraf meluangkan waktu bersama.Walaupun memenatkan namun ia menjadi satu memori indah buat dirinya.Wajah kacak Izraf yang sedang lena disebelahnya direnung.Jemarinya naik mengusap lembut jawline lelaki itu.

‘’Haih tak sangka you masih lagi cintakan I .’’Ujar Inara menggoda. Izraf langsung membuka matanya.Senyumannya langsung mekar apabila melihat wajah Inara yang berada dihadapan wajahnya.

‘’Yes my dear, I love you. I minta maaf selamani I benci you, tapi sekarang I dah sedar I tak boleh nak benci you cause you adalah cinta pertama I. Walau apa pun jadi I tak boleh bencikan you.’’Balas Izraf dengan suara serak basahnya. Pipi mulus Inara dielus lembut.

‘’Kalau macam tu you nikahlah semula dengan I, lepastu ceraikan perempuan tu.’’Rengek Inara tubuhnya yang terdedah itu dibawa kedalam dakapan Izraf.

‘’I love her, I tak akan ceraikan dia sayang.’’Balas Izraf.Bibir munggil Inara dikucup sekilas.

‘’Habistu I macam mana?’’Soal Inara wajahnya mula masam mencuka.Tak guna punya betina kau tunggulah aku yang akan buat kau sendiri pergi dari Izraf!

‘’Don’t worry dear you are my first priority okey.’’Pujuk Izraf sambil mencapai telefon bimbitnya. Terdapat 100 missed call dari Sofea dan beberapa pesanan dari Wanita itu juga.Izraf langsung tidak terasa mahu menghubungi Wanita itu semula. Lagipun esok dia sudah mahu beranggkat pulang jadi dibiarkan sahaja notification yang tertera diskrin telefon bimbitnya itu.

‘’Malam ni last I dapat tidur peluk you.I love you sayang.’’Ujar Inara tanpa segan silu bibir lelaki itu dikucupnya lama.Pada mulanya hanya ciuman biasa namun lama-kelamaan Izraf sudah mula hanyut bersama nafsunya.Lagi sekali malam itu mereka berdua bergelut dengan kenikmatan dan dosa.

 

 

 

Sofea mengelap kasar air matanya, dadanya berdegup kencang.Tidak sangka dengan apa yang dilihat, tangannya masih lagi menggeletar hebat.Nasihat dari Aleeya sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang dibenak fikirannya.Ada benar mungkin ada seseorang memanipulasikan gambar tersebut. Maklumlah zaman canggih sekarang ini semuanya dihujung jari.Gambar yang elok pun boleh diedit menjadi yang bukan-bukan. Sofea meraup kasar wajahnya dia langsung bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’untuk  menenangkan hatinya.

 

Keesokkan harinya, Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi namun kelibat Sofea masih tidak kelihatan.Usai menghidangkan sarapan buat suaminya Harraz, Aleeya melangkah masuk kedalam bilik Sofea.Risau akan sahabat baiknya itu.Entah-entah pengsan? Kasihan Wanita itu sudahlah baru satu minggu bergelar isteri namun mahligai mereka sudah diduga.

 

‘’Babe kau okey tak?’’Soal Aleeya tubuh Sofea yang sedang lena itu digoyangkan perlahan.

‘’Kau tengokkan Hazeef ya aku tak larat.Aku rasa aku demam.’’Beritahu Sofea lemah.

‘’Tak apa aku tolong bawa kau mandi,’’Belum sempat Aleeya menghabiskan percakapannya Izraf muncul dihadapan muka pintu bilik itu.

‘’Tak apa Leeya I dah balik.Thankyou sebab you tolong tengokkan Hazeef.’’Ujar Izraf punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan isterinya itu.Kepala Sofea dielus lembut. Aleeya mengangguk dia langsung keluar meninggalkan kedua pasangan suami isteri itu bersama.

 

‘’Saya rindu awak, kenapa tak call atau text saya?’’Soal Sofea lemah. Tubuh suaminya itu dipeluk erat.Perasaan malu diketepikan. Sungguh dia merindui lelaki itu.

‘’Sorry I memang sibuk dengan meeting.Sayang tunggu sekejap I nak tukar baju nanti I tolong mandikan you okey.’’Ujar Izraf sambil membuka butang kemejanya satu persatu.

‘’Awak cintakan saya tak?’’Soal Sofea sambil menongkat dagunya.Wajah tampan suaminya itu tidak lepas dipandang.

‘’Mestilah I cintakan you, kenapa tanya sayang?’’Soal Izraf pula.Dagu sang isteri diciut lembut.

‘’Siapa perempuan ni?’’Sofea menunjukkan telefon bimbitnya pada Izraf.Terpapar gambar yang terlihat seorang Wanita berpelukkan mesra dengan suaminya di restoren.Nada suaranya menyoal tidak meninggi, kedengaran lemah sahaja dia menyoal lelaki itu.

Izraf terbungkam,adakah tembelangnya sudah pecah?

 

‘’Booboobear kena percayakan I ,I rasa itu gambar yang di edit.Mustahil sayang, I nak berfoya-foya macam tu. Dan mustahil juga I menduakan you.’’ Kedua belah pipi isterinya dipegang lembut supaya menghadap wajahnya.Mereka berdua membalas pandangan.

‘’Awak janji takkan duakan saya?’’Soal Sofea lagi meminta kepastian.

‘’Ye I janji.’’Balas Izraf tubuh isterinya langsung didakap erat.

‘’Awak boleh bawakan saya pergi Watson tak? Saya nak beli pencuci muka saya yang dah habis.’’Pinta Sofea lembut.

‘’Boleh lepas sayang mandi kita pergi,tapi sayang kena kiss dulu.’’Jari telunjuknya dihalakan pada pipi dan bibirnya.Sofea tersipu malu sepantas kilat dia mencium bibir dan pipi lelaki itu.Sejurus itu langsung dia berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

 

 

 

Setelah memasukkan beberapa helaian baju t-shirt dan juga kemeja kepunyaannya, Naufal menyusunkan kesemua barangan miliknya itu kedalam bag bagasi.Hari ini dia akan bertolak dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur.Sudah satu bulan dia tidak pulang bertemu dengan ibunya Puan Hasmah.Bukan hanya wanita tua itu sahaja yang dirindui malah, dia turut merindui seorang gadis yang sedari dahulu bertakhta dihatinya iaitu Sofea.

3 Jam perjalanan akhirnya pacuan empat roda miliknya selamat sampai dihadapan rumah agam milik keluarganya.Naufal bergegas menuju ke muka pintu rumah itu lalu diketuk.

 

‘’Mama Fal dah balik.’’Ujarnya girang sebaik sahaja Puan Hasmah membuka pintu rumah, langsung Wanita itu didakapnya erat.

‘’Ya Allah anak bertuah, terkejut Mama.’’Puan Hasmah mengurut perlahan dadanya.Mujurlah beliau tiada penyakit jantung.Kalau tidak, sudah lama menjadi arwah.

‘’Hihi sorry Mama Fal tak sengaja buat Mama terkejut.’’Naufal tersengih.

‘’Alang-alang kamu baru sampai kamu tolong Mama boleh belikan Mama punya foundation dekat Watson dah habis.’’

‘’Amboi Mama dah tua pun bukan main eh pakai foundation patutlah Papa makin sayang.’’Usik Naufal.

‘’Mulut neraka kamu eh, haa nanti esok Papa nak bawa Mama honeymoon kamu jagalah rumah.Satu malam je kami pergi.’’Beritahu Puan Hasmah sambil mengacau masakkannya yang masih diatas dapur.

‘’Lah Fal balik Mama Papa pula tak ada dekat rumah.’’

‘’Siapa suruh tak bagitahu nak balik.Salah kamulah.Dah pergi beli foundation Mama cepat nanti petang Mama nak keluar.’’Gesa Puan Hasmah.

‘’Yela Naufal pergi dulu.Mama dengan Papa tu ingat pergi  honeymoon jangan bawa balik adik pulak.’’Pesan Naufal serius sengaja mengusik Ibunya itu.Yelah sudah 19 tahun dia hidup sebagai anak tunggal buatnya Puan Hasmah mengandung lagi habislah title ‘anak tunggalnya’ dirampas.Tidak mustahil jika ibunya itu mengandung kerana Puan Hasmah baru berusia 45 tahun dan masih belum monopos lagi.

‘’Suka hati Mamalah, dah pergi cepat sebelum Mama cepok kepala kamu dengan sudip panas ni.’’

‘’Eii miang-miang daun keladi makin tua makin menjadi.’’Gumam Naufal perlahan.Puan Hasmah yang terdengar langsung mengacukan sudip panas yang berada dipegangan tangannya itu kepada Naufal.Lintang pukang anak lelakinya itu lari menyelamatkan diri kah kah kah.

 

 

Dari satu bahagian ke satu bahagian lain,puas Sofea melihat segala jenis macam produk. Seperti lipstick,eyeshadow,blusher,foundation dan macam-macam lagi. Naik juling biji mata melihat pelbagai jenis produk kecantikkan itu.

 

‘’Sayang lama lagi ke I nak terkencinglah nanti sayang bayar guna kad I .I pergi toilet kejap tau.’’Ujar Izraf sambil menghulurkan kad bank miliknya kepada Sofea.

‘’Okey nanti saya tunggu awak dekat kerusi depan Watson ni.’’Balas Sofea.Izraf mengangguk.

Sebaik sahaja Izraf melangkah keluar dari tandas lelaki, terlihat Inara yang turut sama keluar dari tandas Wanita yang berada disebelah.Tidak sangka pula mereka boleh terserempak dipusat membeli belah tersebut.

‘’Sayang, you sorang je ke? Buat apa dekat sini?’’Soal Inara lengan Izraf langsung dipaut erat.

‘’I bawa wife I beli barang.You sorang je ke?’’Soal Izraf pula.

‘’Hurm mesti betina tu puas kan dapat kikis duit you.’’Rungut Inara.Izraf hanya diam.

‘’Baby jom teman I lunch nak tak alah betina tu you tinggalkan sekejap.After kita lunch you kutiplah dia.Please sayang.’’Rengek Inara mendayu-dayu nada suaranya.Izraf berfikir sejenak, alang-alang sudah terjumpa dapatlah jua dia meluangkan sedikit masa dengan Wanita yang dirinduinya itu.

‘’Okey jom lunch.’’Mereka berdua pun jalan berpelukkan menuju ke salah sebuah restoren.

 

 

 

Sofea merenung sekilas jam dipergelangan tangannya sudah dua jam dia menunggu Izraf.Katanya mahu ke tandas sahaja.Tapi mengapa bayang suaminya itu masih tidak kelihatan lagi sehingga kini.

 

‘’Sayang, hai kau sorang je ke?’’Sapa Naufal. Dari jauh lagi dia melihat Sofea termanggu seorang diri dikerusi rehat itu.Sangkalnya mungkin bukan Sofea malah rupanya memang betul gadis yang dilihat dari jauh sebentar tadi adalah Sofea.

‘’Eh Fal bila kau balik.Tak text aku pun.’’Sofea langsung memandang kearah Naufal yang sedang duduk dikerusi bersebelahan dengan dirinya.

‘’Baru je sampai. Kau tunggu siapa ni?’’Soal Naufal.

‘’Tunggu Izraf.’’Beritahu Sofea. Naufal mengangguk.

‘’Nak share tak aiskrim cup ni? Kedai tu bagi aku dua sudu free.’’Pelawa Naufal.

‘’Mestilah nak, aiskrim coklat kan favourite aku.’’

‘’Ye aku tak pernah lupa kesayangan aku ni suka aiskrim coklat kan?’’Soal Naufal, Sofea tersenyum malu.

 

Dari kejauhan lagi Izraf dapat melihat Sofea dan Naufal yang asyik berbual sambil memakan aiskrim bersama dikerusi rehat itu.Terpancar jelas keceriaan diwajah mereka berdua. Dadanya langsung terasa sesak.Nafasnya mula tidak teratur.Perasaan amarah dan cemburu menyerang dirinya Ketika itu.Tanpa berkata apa-apa tangan isterinya langsung digenggam erat lalu dibawa pergi dari lelaki itu.Langkah kakinya juga dipercepatkan.

 

‘’Awak kenapa ni sakitlah tangan saya, awak genggam kuat sangat.’’Adu Sofea.Pergelangan tangannya cuba ditarik dari genggaman lelaki itu namun tidak berjaya.

‘’Sakit lagi mata dan jiwa I bila melihat you dengan budak tak guna tu!’’Ujar Izraf keras. Sofea langsung terdiam.

 
Dia mengkhianati pasangannya lalu berharap kesetiaan pada selingkuhannya.

Dasar spesies gila!
 

 

 

 

Selamat membaca semua, Jangan lupa tinggalkan sebarang apa jua komen, Iman berbesar hati menerima kesemua komen2 dari anda semua..Terima kasih :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience