Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 11

‘’Aku tak peduli macam mana sekalipun Sofea tak perlu tahu.’’Ujar Izraf keras nada suaranya memberi amaran kepada adik lelakinya itu.

‘’Kau bakal bernikah dengan dia esok, aku rasa kau perlu jelaskan pada dia Iz.’’Balas Isyraf nada suaranya juga meninggi. Membantah amaran dari abangnya itu. Izraf gila! Tidak sepatutnya dia lakukan semua ini kepada Sofea, gadis polos itu tidak layak diperlakukan begini.

Izraf meraut kasar wajahnya.Dadanya berombak menahan amarah nafasnya juga kedengaran seperti seekor lembu jantan yang mahu mengamuk.Kesemua fail mahupun barang yang berada diatas mejanya dibanting.

‘’Aku tahu apa yang aku buat.Kau tak perlu sibuk masuk campur urusan aku Syaf.’’Lantang Izraf bersuara mata helangnya menikam tepat mata hazel milik adik lelakinya itu.

‘’Aku yakin Iz, Sofea akan lari dari terus hidup dengan jantan macam kau! Biar aku selamatkan dia sebelum hari nikah esok! ’’Tengking Isyraf kakinya langsung dibawa keluar dari bilik abangnya itu.

‘’Jangan berani sentuh dia,kau pun tahu kan apa juga milik aku akan selamanya hanya menjadi milik aku seorang sahaja.’’ Izraf tersenyum sinis sebaik sahaja menitipkan peringatan buat adiknya. Isyaf tidak menjawab dia sudah penat bertikam lidah. Laju sahaja langkahnya meninggalkan banggunan pejabat milik keluarga mereka itu.

 

 

 

 

Sofea merenung kosong katil biliknya yang sudah dihias ala-ala bilik pengantin itu.Terdapat pelbagai jenis bunga plastik dihias dikepala katil. Cadar katil berwarna putih disarungkan.Hatinya tidak seronok entah mengapa difikirannya sekarang ini hanya Izraf. Sudah satu minggu duda garang itu tidak menghubunginya mahupun sekadar menghantar pesanan.Tiada. Lelaki itu seperti ghaib begitu sahaja.Kali terakhir mereka bersua muka adalah pada malam hari pertunangan.

 

‘’Duk merenung katil tu kenapa tak sabar tunggu esok ke?’’Usik Aleeya Farzana punggungnya dilabuhkan disamping sahabat baik merangkap adik iparnya itu.

‘’Hesy jauh betul otak kau menyimpang.’’Balas Sofea sambil menukarkan sarung bantal pula.

‘’Kenapa takut ke atau kau ada masalah babe?’’Soal Aleeya prihatin. Jemari sahabatnya dielus.

‘’Betul ke Izraf nak khawin dengan aku? Betul ke dia cintakan aku?’’Air matanya sudah mula bergenang.

‘’Mestilah dia sayangkan kau, kalau tidak dia tak ajak kau nikah untuk halalkan hubungan korang.’’Balas Aleeya bahu Sofea digosok perlahan memujuk tangis gadis itu.

‘’Thankyou babe, I love you.’’Kata Sofea sambil memeluk erat Aleeya.

‘’Dah apa kata kau tengok ni aku bawakan hadiah special untuk kau.’’Aleeya menghulurkan satu bag kertas sederhana besar kepada Sofea sambil tersenyum-senyum.Sofea langsung mengeluarkan hadiah istimewa itu. Terbuntang matanya melihat ‘hadiah istimewa’ itu. Tiga helai gown tidur satin berwarna hitam, merah, dan cream dibelek.

‘’Err aku tahula kau dah kawin 2 mingggu awal dari aku.Tapi seriuslah kau bagi ni dekat aku?’’Perli Sofea. Aleeya tersengih malu.

‘’Ni penting tau esok malam pakai.’’Beritahu Aleeya. Sepantas kilat Sofea menggeleng tak mahu!

‘’Kau tak payah gedik aku beli kat Pavi mahal tahu tak.’’Aleeya menjegilkan matanya konon mahu menakutkan Sofea supaya gadis itu wajib memakai gown tidur satin yang diberinya itu.

‘’Malulah, macam terhegeh je.’’Tutur Sofea tanpa berbasa-basi. Straight to the point.

‘’Ala pakai je. Sudah aku tak boleh tinggal husbaby aku lama-lama bye babe jumpa malam berinai nanti muah.’’Sebaik sahaja Aleeya pergi langsung Sofea menggantungkan gown tidur satin itu kedalam almari pakaiannya.

 

Seawal pukul 10 pagi sudah kelihatan berpusu-pusu sanak-saudara Sofea menghadiri majlis akad nikah yang akan berlangsung pada pukul 11 pagi nanti. Majlis pagi itu hanya dihadiri dengan ahli keluarga Sofea dan Izraf sahaja. Keesokkan harinya pula baru akan diadakan majlis dirumah Sofea dan majlis itu akan menjemput kenalan mereka berdua dan juga jiran tetangga.

 

‘’Sofea dah sedia ke?’’Soal Puan Rosnah sayu nada suaranya.Cepatnya masa berlalu tidak terasa sekarang anak gadisnya yang berumur 19 tahun itu sudah mahu menjadi isteri orang.Air matanya yang mengalir laju saja dikesat.

‘’Dah, Inshaa Allah.’’Balas Sofea sambil menggenggam erat jemari Ibundanya.Sungguh semalam  dia tidak bisa tidur kerana gementar. Sofea merapikan baju kurung yang dipakainya itu supaya tidak kelihatan berkedut.Sengaja dia memilih baju kurung moden berseta kain berenda untuk majlis akad nikahnya. Izraf pula akan mengenakan baju melayu.

‘’Cantiknya kamu Sofea dengan baju kurung moden offwhite ni.’’Puji Mak Uda.

‘’Haah betul Uda lawa sangat aku pula berkenan dah tua-tua ni kah kah.’’Sampuk Mak Su pula.

‘’Sudah ler menyembang tu meh cepat ke pelamin depan tok kadi dengan rombongan keluarga Izraf dah sampai.’’Beritahu Mak Long. Mereka semua langsung bergegas menuju ke halaman ruang tamu.

 

Semasa tok kadi itu memberi nasihat atau tazkirah sebelum majlis akad nikah, Sofea sempat melirik kearah Izraf.Lelaki itu tampakk segak dan tenang sahaja.

 

‘’Saya akan walikan adik saya tok.’’Beritahu Haziq abang sulung Sofea.Arwah ayah mereka sudah amanahkan Haziq untuk menjadi wali kepada Sofea bila beliau sudah meninggal dunia.

‘’Baik kita mulakan.’’

‘’Bismilahirrahmanirrohim Muhd Iman Izraf Bin Muhd Iman Mokhtar.’’Sebut Haziq.

‘’Saya.’’

‘’Aku nikahkan engkau dengan adik perempuanku Nur Orked Sofea Binti Muhd Amin dengan mas kahwinnya RM10000 tunai.’’

‘’Aku terima nikahnya Nur Orked Sofea Binti Muhd Amin dengan mas kahwinnya RM10000 tunai.’’Lafaz Izraf.

‘’SAH!’’

Sebaik sahaja lafaz akad itu kedengaran Sofea langsung memeluk Puan Rosnah erat.. Alhamdulilah mereka sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Usai berdoa dan menunaikan solat sunat selepas akad  Izraf bergerak menghampiri Sofea untuk menyarungkan sebentuk cincin di jari manis isterinya itu.

 

‘’Assalamua’laikum my wife,my rose, my baby girl.’’Bisik Izraf romantis.

‘’Wa’alaikumussalam err awak.’’Balas Sofea pandangannya menunduk ke bawah. Malu mahu bersua muka dengan suaminya itu.

‘’Sofea pandanglah muka si Izraf tu, haish dapat laki muka handsome rugi tak tengok.’’Sakat Pak Long. Kini seisi rumah itu pula galak mengusik mereka. Naik merah wajah Sofea yang menjadi bahan usikkan pada majlisnya itu.

Sofea yang asyik bertegur sapa dan berkenalan dengan kesemua ahli keluarga Izraf, tiba-tiba baru dia tersedar encik suaminya itu entah hilang ke mana. Sejak Sofea asyik berbual sedari tadi  bayang suaminya itu langsung tidak nampak.

‘’Sofea minta diri ya Ibu, Ayah. Nak cari Izraf.’’Pamit Sofea sambil mendukung Hazeef yang sudah berusia 4 bulan. Sekejap saja masa berlalu anaknya itu sudah semakin membesar.

‘’Sayang you cari siapa?’’Soal Izraf sebaik sahaja melihat Sofea yang tertinjau-tinjau kepalanya seperti sedang mencari seeorang.

‘’Cari awaklah. Awak pergi mana?’’Soal Sofea wajah tampan suaminya itu dipandang penuh curiga.

‘’I ada kat dapur teman Pak Long, Pak Ngah, Pak Tam kupas durian. Sedap tau sayang I dah rasa tadi you nak tak?’’Izraf mengambil Hazeef yang berada dalam dukungan isterinya itu.

‘’Tak naklah, nak makan nasi dulu.’’Beritahu Sofea langsung pinggan kaca diambil dari rak.

‘’Tuang nasi dengan kuah lebih tau, I nak bagi Hazeef dekat Ibu.’’Pesan Izraf sebelum berlalu pergi. Sofea mengangguk.

Setelah makan tengah hari bersama Sofea memberitahu Izraf bahawa dia mahu menukar pakaian dan menunaikan solat fardhu zohor terlebih dahulu.

 

‘’Awak mana Hazeef?’’Soal Sofea tertinjau-tinjau kepalanya mencari bayi lelaki itu.Usai sahaja solat langsung dia terkenang akan Hazeef. Punggungnya dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan Izraf diruang tamu itu..

‘’Ibu dan Ayah jagakan, diaorang semua baru balik 5 minit lepas.’’Balas Izraf tidak melihat wajah Sofea jari-jemarinya ligat menaip sesuatu di skrin telefon bimbitnya.

‘’Lah kenapa bagi dekat Ibu, saya baru ingat malam ni nak tidur peluk dia.’’Balas Sofea. Ralat pula rasanya, nanti apa pula kata Ibu mertuanya bila Izraf minta Wanita tua itu menjaga anak mereka.

‘’Ibu yang nak ambil. Ibu cakap Ibu tak nak Hazeef ganggu first night kita.’’Bisik Izraf bersama senyuman yang gatal.

‘’Dah awak pergilah pula solat.’’Baru sahaja Sofea mahu bangun tangannya ditahan oleh Izraf.

‘’Jomlah teman I kejap, nanti lepas I solat I nak minta tolong you urutkan kepala I .Kepala I ni rasa macam nak pecah je.’’Adu Izraf manja kepalanya diletakkan ditelapak tangan isterinya konon mahu Wanita itu merasa suhu kepalanya yang panas.

‘’Iyelah kepala awak panas cepatlah jom pergi mandi dulu.’’Izraf tersenyum berjaya mendapatkan perhatian dari gadis itu, dia langsung mengenggam erat jemari isterinya mereka jalan beriringan menuju ke dalam bilik.

 
Teaser Chapter 12

"Awak cintakan saya tak?"Soal Sofea sambil menongkat dagunya.Wajah tampan suaminya itu tidak lepas dipandang.

"Mestilah I cintakan you, kenapa tanya sayang?"Soal Izraf pula.Dagu sang isteri dicuit lembut.

"Siapa perempuan ni?"Sofea menghulurkan beberapa keping gambar yang terlihat seorang wanita berpelukkan mesra dengan suaminya di restoren. Nada suaranya menyoal tidak meninggi, kedengaran suaranya lemah sahaja menyoal lelaki itu.

Izraf terbungkam, adakah tembelangnya sudah pecah?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience