Chapter 16
Izraf bungkam sebaik sahaja melihat Sofea yang terduduk lemah dihadapan muka pintu itu. Inara yang turut sama melihat Sofea tersenyum mengejek.
‘’I balik dulu ya sayang, lepas you settlekan masalah you dengan betina tu you cari I kat tempat biasa.’’Ujar Inara sambil mengucup pipi Izraf sekilas sebelum berlalu keluar meninggalkan kedua pasangan suami isteri itu.
‘’Sayang I boleh explainkan pada you.’’Izraf meluru menghampiri Sofea.
‘’Berterus terang sahajalah Tuan Izraf.’’Balas Sofea suaranya lemah wajah Izraf tidak dipandang.Kata ganti nama juga sudah ditukar dari Awak-Saya menjadi Tuan-Saya.
Mengapalah kau mudah ditipu Sofea? Mengapa kau tak pernah sedar bahawa cinta lelaki itu tidak pernah wujud untuk kau!
‘’Saya dah banyak kali dapat gambar Tuan dengan perempuan tu bermesraan di mana-mana.Tetapi saya masih lagi meletakkan kepercayaan saya sepenuhnya pada Tuan.Namun hari ini kepercayaan saya hancur sama seperti sehancur-hancurnya perasaan saya sekarang ini.’’Ujar Sofea bersama linangan air mata yang turut serta mengalir.
‘’Aku terpaksa jujur dengan kau, dia Inara bekas isteri aku.Aku gunakan kau atau lebih tepat aku kahwin dengan kau atas sebab untuk kau jaga anak aku dan untuk aku move on dari bekas isteri aku itu sahaja.Sekarang aku dah sedar aku perlukan Inara dan bukan kau.Aku memang tak cintakan kau selama kita kahwin beberapa bulan ini.Kau dah boleh kemas barang-barang kau. Aku bawa kau pergi rumah lama aku.Mulai esok kau tinggal disana dengan Hazeef. Aku akan bernikah dengan Inara esok dan kami akan tinggal dirumah ini.’’Beritahu Izraf tanpa riak wajah yang bersalah.
‘’Tuan tak perlu bersusah-payah, saya minta Tuan lepaskan saya. Kita jalani hidup masing-masing sendiri.Saya boleh cari bahagia saya dan Tuan pun boleh bahagia bersama keluarga kecil Tuan.’’Sofea nekad walaupun separuh dari perasaannya tidak yakin dengan keputusan itu.
‘’Aku tak akan lepaskan kau.Aku minta maaf.’’
‘’Tak apa saya tuntut fasakh.’’Ujar Sofea yakin. Izraf tidak menjawab dia terus menarik tangan Sofea kemudian dibawa masuk kedalam kereta miliknya.
‘’Tuan nak bawa saya ke mana? Apa yang susah Tuan lafaz sahaja cerai kepada saya? Tuan bukannya cintakan saya jadi buat apa Tuan masih lagi mahu memperisterikan saya?’’ Tegas Sofea bersuara sedikitpun wajah Izraf tidak dipandang.
‘’Stop panggil aku Tuan Sofea.Aku suami kau bukan majikan kau!.’’
‘’Tuan bukan suami saya dan selama-lamanya tak akan menjadi suami saya.Sebelum ini ya saya buta dalam menilai namun sekarang saya sudah dapat melihat dengan jelas.Saya tak mahu ada apa jua ikatan dengan Tuan lagi!’’
Izraf berdecit amarahnya memuncak, Sofea benar-benar menguji kesabarannya.Sebaik sahaja mereka tiba dihadapan pintu rumah banglo milik Izraf. Izraf langsung membalas bait percakapan Sofea sebentar tadi.
‘’Aku tak akan ceraikan kau faham Orked Sofea!’’Nada suaranya tertahan-tahan menahan amarah dan juga sakit hati yang sedari tadi ditahan. Entah mengapa bila mendengar sahaja permintaan cerai dari Wanita itu hatinya berasa sakit, sangat sakit.Sesak dadanya menahan sakit itu.
‘’Tolonglah bebaskan saya.Saya nak cari bahagia saya sendiri.’’
‘’Tuan kejam! Kenapa Tuan boleh bahagia dengan Inara sedangkan saya tidak? Tuan tidak adil pada saya! Mengapa Tuan menghukum saya sebegini?’’ Herdik Sofea dirinya bagai dirasuk.Dada bidang lelaki itu bertalu-talu dipukulnya.
‘’Maafkan aku sayang, ya aku tahu aku tak adil pada kau. Tapi aku memang tak boleh nak lepaskan kau.’’Pujuk Izraf tubuh Sofea langsung dibawa kedalam dakapannya.
‘’Jangan peluk saya, lepaskan saya Tuan!.’’Jerit Sofea lantang.
Izraf pantas mengucup bibir kemerahan milik Sofea. Lama Izraf mengucup bibir itu.Sofea tidak membalas kucupan Izraf ditolak tubuh lelaki itu menjauh darinya namun tidak mendatangkan hasil.Sedikitpun Izraf tidak berganjak.
‘’Saya jijik dengan Tuan.Jangan sedikitpun Tuan menyentuh saya mahupun mencium saya!’’Sofea langsung membuka pintu kereta kakinya langsung melangkah keluar.
‘’KAU ISTERI AKU, JADI AKU BERHAK MELAKUKAN APA JUA KEATAS TUBUH BADAN KAU!’’Ujar Izraf keras nada suaranya memperingat Sofea.
‘’Tuan dah boleh balik, jangan risau saya tak akan ganggu Tuan disana nanti.Pandai-pandailah saya hidup disini.’’
‘’Malam ni aku tidur disini dengan kau.’’Izraf langsung melangkah masuk sebaik sahaja kunci pintu rumahnya dibuka.
Bertarung dengan dia yang masih kau simpan dalam hati itu sudah pastinya sukar. Kerana sampai bila-bila pun aku pasti tidak mampu menang.Di matamu jelas hanya dia. Walaupun pandanganmu tertumpu padaku.
Jadi, untuk apa aku berjuang?
kalau pada akhirnya nanti kemenangan itu hanya sia-sia. Kerana yang aku inginkan itu bukan cuma raga tetapi juga jiwa.
Selamat membaca! Iman berbesar hati menerima kesemua komen anda terima kasih pada yang memberi sokongan. Apabila Iman membaca komen-komen dari anda semua ianya ibarat 'happy pils' buat Iman. Terima kasih lagi sekali diucapkan kepada kesemua para pembaca.Moga hari kalian semua baik2 belaka dan senantiasa dibawah lindungan dan rahmatNya.Aamin.
Share this novel