Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 7

 

Izraf masih saja merenung kedua figura yang masih lagi asyik tertawa bersama di hadapannya.Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia menarik tangan gadis itu Kembali duduk disebelahnya namun, apakan daya dirinya tiada hak keatas gadis itu.

 

‘’Terima kasih Rosnah aku minta izin balik dulu ya. Naufal kamu  tolong Makcik Rosnah kemas apa yang patut.’’Kata Puan Hasmah sambil menyalami Puan Rosnah.

‘’Baik-baik ya Hasmah terima kasih sudi datang meriahkan lagi kenduri.’’Balas Puan Rosnah bersama senyuman yang lebar dibibir.

‘’Naufal tolong makcik cuci periuk besar dibelakang boleh? Nanti makcik minta Sofea tolong.’’Kata Puan Rosnah sambil menunjukkan halaman belakang yang terdapat beberapa biji kuali dan periuk belanga yang digunakan pagi tadi.

‘’Baik makcik, Naufal pinjam baju t-shirt Haziq.’’Balas Naufal kemudian dia beredar menuju ke bilik Haziq untuk menukar pakaian.

 

Usai membersihkan kesemua pinggan mangkuk dan cawan yang menimbun ditepi sinki dapur itu, Sofea bergerak ke meja makan untuk memastikan tiada lagi pinggan mahupun cawan kotor yang belum dicuci. Sebaik sahaja dia berdiri dihadapan meja makan itu langsung dia malihat Izraf yang sedang duduk dikerusi meja makan.

 

‘’Tuan kalau nak mandi boleh guna tandas bilik saya, tandas bilik abang saya semua dah penuh dengan saudara yang lain.’’Ujar Sofea tangannya ligat membersihkan meja makan itu.

‘’Bilik kau tingkat berapa?’’Soal Izraf dingin.

‘’Dua.’’Balas Sofea tanpa memandang wajah lelaki itu.

Izraf mendengus geram.Cakap dengan aku tak pandang pun tapi kalau dengan budak lelaki tu bukan main toleh kepala siap bagi senyuman manis pulak tu!

‘’Aku tak tahu, kau tunjukkanlah.’’Dalih Izraf sebenarnya boleh saja dia mencari bilik gadis itu sendiri namun dia sengaja mahu perhatian dari Sofea.

‘’Sekejap saya tunjukkan.’’Balas Sofea kemudian mereka berdua jalan beriringan menaiki tangga menuju ke biliknya.

 

 

Setibanya dihadapan muka pintu, Sofea membuka pintu biliknya luas.

 

‘’Masuklah Tuan, dalam tandas dah ada siap tuala.’’Beritahu Sofea buat seketika matanya memandang tepat wajah yang tampan itu.

‘’Thanks Sofea.’’Balas Izraf bersama senyuman manis terukir dibibir. Sofea mengangguk kemudian melangkah turun.

 

‘’Sayang!’’Sergah Naufal dari belakang membuatkan Sofea terkejut, langsung paip air yang digenggam terarah kewajah lelaki itu. Naufal ketawa kuat melihat wajah Sofea yang cemberut kerana terkejut.

 

‘’Kau kenapa nak aku mati ke?’’Soal Sofea geram.

‘’Mana boleh kau mati dulu, urm nanti siapa nak temankan aku?’’Balas Naufal sambil mula menggosok periuk belanga itu.

‘’Aku bagitahu Mama kau tak buat kerja betul-betul asyik main je.’’Ugut Sofea.

‘’Yelah sayang, aku buat betul-betul okey? Dah dari kau bebel baik tolong aku bilas periuk ni.’’

‘’Ay ay captain jom buat.’’Balas Sofea terserlah sifat kanak-kanaknya.

 

Dari dapur lagi kedengaran  suara Sofea dan Naufal yang bergelak tawa. Izraf mula bergerak mengintai kedua pasangan bahagia itu dari celah tingkap. Perasaan cemburunya meluap-luap, rasa cemburu dan amarahnya sudah tidak dapat dikawal lagi. Hatinya sakit bagai ditusuk belati tajam! Dadanya terasa sesak melihat Sofea yang sangat kelihatan bahagia. Senyuman dibibir gadis itu tidak pudar Bila bersama Naufal.

 

Izraf langsung meninggalkan ruang dapur itu  untuk berjumpa Puan Rosnah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience