Orked Sofea

Drama Series 18937

Chapter 1

Seperti hari-hari sebelumnya, suasana di kelas Lima Biru tetap meriah dan kedengaran bergegar dari luar. Mereka semua berlumba-lumba melontarkan kemantapan vokal masing-masing.

Sofea yang sedari tadi termenung langsung menoleh ke arah Naufal yang memanggilnya sebentar tadi.

"Kau cakap apa tadi sorry aku tak dengar?"Soal Sofea sambil menayangkan muka tak bersalah.

"Aku cakap jaga diri sayang, nanti aku pergi rumah kau esok ambil buku yang kau pinjam haritu." Beritahu Naufal punggungnya dilabuhkan dikerusi sebelah Sofea.

"Elok-eloklah Fal, aku betul-betul tak dengar tadi."Ujar Sofea sedikit tegas. Dia kenal benar dengan perangai Naufal yang suka benar mengusiknya.

"Ye betullah sayang."Balas Naufal kepalanya dilentokkan ke atas meja.Wajah gadis yang disukainya sejak tingkatan satu itu dipandang lama.

"Hesy, Naufal aku tak suka kau pandang aku macam ni. Korek biji mata tu baru tau!"Rungut Sofea aksi mencucuk mata ditunjukkan kepada sahabat baiknya itu.

"Hahaha kenapalah kau comel sangat sayang?"Soal Naufal sambil membuat muka comel.

"Naufal sampai bilalah agaknya kau nak panggil aku sayang macam ni?"

Naufal menayangkan senyuman manisnya sebelum menjawab pertanyaan gadis itu.

"Sampai bila-bila sayang. Sampai bila-bila walaupun nanti mungkin kau bukan isteri aku. Aku tetap akan panggil kau sayang." Balas Naufal yakin.

"Amboi senang kau jawab, esok kau ada bini tak adanya kau boleh panggil aku sayang lagi. Makan senduklah kau dengan bini kau nanti." Ujar Sofea sambil ketawa membayangkan Naufal akan dikejar oleh isterinya kelak.

"Aku sayang kau Sofea.Lepas ni mungkin kita akan pergi jauh.Masing-masing sambung belajar. Kau jangan lupakan aku ya sayang."

"Mana boleh aku lupa kau satu-satunya kawan lelaki aku yang selamba gajah panggil aku sayang!"Balas Sofea bersahaja.

"Amboi bukan main ye dua ekor ni kesana kesini berdua je. Tak ajak aku. Jomlah tangkap gambar dengan kawan-kawan lain. Esok dah start cuti tak dapat jumpa dah. Maklumkan dah habis spm kan." Sampuk Aleeya Farzana sahabat baik Sofea dan Naufal.

Mereka berdua mengangguk.

2.30 p.m

Sofea langsung meletakkan bag sandang miliknya dimeja belajar. Beberapa buah buku dan fail juga diletakkan diatas meja tersebut. Penatnya dengan jamuan perpisahan di sekolah pagi tadi masih belum hilang.

Tudung sekolah yang masih tersarung dikepalanya dibuka baju sekolah juga dibuka lalu kakinya dibawa menuju ke bilik mandi yang berada didalam bilik itu.

Sambil mandi sambil dia memikirkan perancangannya selepas spm ini. Adakah dia mahu kerja dahulu atau duduk berehat dirumah sahaja?

Selepas sahaja mandi Sofea menapak turun ke bawah. Kakinya terus melangkah ke arah dapur.Perutnya sejak tadi lagi berdendang.

"Mama masak apa?"Soal Sofea sambil menarik kerusi lalu dilabubkan punggungnya dikerusi kayu itu.

"Ayam masak kicap."Balas Puan Rosnah.

"Mama tuangkan untuk Sofea boleh?"Pintanya sambil menghulurkan pinggan.

"Mama rasa sementara tunggu keputusan spm keluar, apa kata kamu kerja dengan anak makcik Yasmin. Tak silap Mama anak lelakinya itu sedang mencari pengasuh bayi."Ujar Puan Rosnah sambil ligat menuang ayam masak kicap ke dalam pinggan anak gadisnya itu.

"Ooh budak tu umur berapa Ma?"Soal Sofea.Urm macam menarik je jaga budaklah benda paling best lagi-lagi kalau masih bayi.Boleh digomol hihi.

"Tak silap Mama masih bayi baru dua bulan."Balas Puan Rosnah sambil melabuhkan punggung dihadapan kerusi anaknya.

"Eh mak budak tu takkan dah kerja cepatnya habis pantang?"

"Bukan kerja, Anak lelaki makcik Yasmin baru bercerai dengan isteri dia."Beritahu Puan Rosnah.

"Ya Allah kesiannya baby tu Ma.Nanti Sofea cuba mesej anak makcik Yasmin.Mama hantarlah nombor dia pada Sofea."

"Okey sekejap Mama send dekat whatsapp."Balas Puan Rosnah lalu bangun beredar menuju ke bilik tidurnya.

Sofea langsung mengeluarkan telefon bimbitnya nombor anak aunty Yasmin yang baru sahaja dihantar oleh Mamanya disimpan kemudian dia mula menghubungi lelaki itu.

'011-3695321'

Sofea: Assalamualaikum Encik, saya Orked Sofea saya nak bertanya adakah Encik sedang mencari pengasuh bayi? Saya berminat dengan tawaran kerja tersebut.

Beberapa minit kemudian langsung telefon bimbit Sofea berbunyi menandakan ada notifikasi baru masuk.

'011-3695321'

Izraf : Ye, esok datang ke rumah aku, nanti aku send location.

Sofea : Baik Encik terima kasih.

"Mama yeay Sofea dapat kerja tu Ma, nanti esok pagi Sofea pergi."Laung Sofea kuat. Gembira kerana dirinya diambil bekerja.

Keesokkan harinya Sofea sudah bersiap awal, dia mengenakan sepasang baju kurung pahang berwarna biru muda dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih.

Dia ke rumah lelaki itu menaiki kereta milik Mamanya. Mujurlah Mama mahu beri, jika tidak habislah duitnya apabila menggunakan perkhidmatan grab.

Sebaik sahaja sampai di alamat yang diberikan. Mata Sofea terbuntang. Rumah dihadapannya ini sungguh besar rumah tersebut nampak elegant kerana luarnya dicat warna hitam.Dalamannya terdapat design kayu. Cantik sangat.

"Assalamualaikum."Sapa Sofea dihadapan muka pintu.

"Waalaikumsalam kau siapa?"Soal lelaki itu garang.Langsung tiada secalit senyuman diwajah itu.

"Handsome."Puji Sofea tanpa sedar.

"Uhurm, kau cari siapa?"Soal Izraf sedikit keras suaranya.

"Erk.Mm maaf saya Sofea yang mesej Encik semalam."Beritahu Sofea wajahnya dimaniskan.

"Ooh masuk, aku Izraf kau tak payah panggil aku Encik. Aku tak tua lagi panggil sahaja aku Tuan Izraf."Jelasnya sambil menunjukkan bilik tidur untuk gadis itu.

Sofea mengangguk padahal dalam hatinya mengutuk lelaki yang berdiri dihadapannya.
Tuan dan Encik sama sahaja tetap tua cis!

"Ini bilik untuk kau, untuk kau solat mandi atau sebagainya. Bilik atas sekali kau jangan masuk. Bilik anak aku berhadapan pintu bilik kau sahaja.Aku harap kau dapat jaga dia baik-baik." Ujar Izraf.

"Terima kasih Encik, err maksud saya Tuan.Terima kasih beri kepercayaan kepada saya."Ucap Sofea ikhlas.

"Lagi satu, kerja kau start pukul 7 pagi hingga 10 malam."Beritahu Izraf lagi.

"Baik Encik."Balas Sofea spontan.

"Tuan Izraf, bukan Encik!"Tegas Izraf menegur sebelum berlalu pergi.

Hesy garang betul duda tu.Muka je handsome tapi garang. Cubalah muka handsome, peramah, lemah lembut kan bagus bebel Sofea sendiri.

Kakinya dibawa menuju ke bilik anak majikannya itu.

"Assalamualaikum sayang."Sapa Sofea lembut.Pipi bayi yang masih tidur itu diusapnya penuh kasih sayang.

"Handsomenya awak sayang, aloloo nama apa ni?"Soal Sofea sendiri seolah-olah bayi itu bisa menjawab pertanyaannya.

Izraf yang berdiri disebalik pintu bilik anaknya itu tersenyum, nampaknya gadis itu boleh diharap.

"Uhurm aku nak pergi kerja kalau ada apa yang kau tak tahu whatsapp aku terus jangan buat ikut kepala kau je.Lagi satu nama anak aku Iman Hazeef."Ujar Izraf kemudian terus dia melangkah menuju ke kereta miliknya yang terparkir digaraj.

"Iman Hazeef handsomenya nama kena sangat dengan muka awak. Mesti Mummy awak cantikkan? Sebab tu awak ni kategori budak lelaki handsome dan cantik. Pakej dua dalam satu."Ujar Sofea sambil mengendong bayi lelaki yang baru berusia 2 bulan itu.

Usai menukar lampin bayi serta menidurkannya Sofea bingkas menuju ke dapur.Satu bakul yang sederhana besar dianggkat lalu dibawa ke luar rumah untuk dijemur. Semua pakaian itu adalah pakain milik Hazeef.

Setelah itu, Sofea meneruskan kerjanya dengan mencuci botol susu, menyapu dan mop keseluruhan rumah.

3.00 p.m

Akhirnya kesemua kerjanya sudah diselesaikan.Kini masanya untuk dia makan tengah hari.

Baru sahaja Sofea ingin menyuapkan sesuap nasi kedalam mulutnya, tiba-tiba kedengaran suara Hazeef dari biliknya. Sofea bingkas membersihkan tangan, bayi lelaki yang menangis itu didukung olehnya ditepuk-tepuk pehanya perlahan.

"Sekejap ye sayang kakak makan." Ujar Sofea.

Beginilah pengorbanan seorang Ibu sambil makan boleh dukung anak, sambil buat kerja boleh dukung anak, tidurkan anak, susukan anak. Benarlah seorang Ibu itu adalah seperti wira sebenar kekuatan mereka para Ibu sangat luar biasa!

Izraf melirik skrin telefon bimbitnya, sejak dia meninggalkan anaknya dengan Sofea. Gadis itu langsung tiada menghubunginya bertanya apa-apa. Adakah anaknya baik-baik sahaja disana?

"Adam, aku nak balik.Kalau ada sebarang temu janji atau sebagainya kau tunda pada hari esok."Arah Izraf pada personal assistantnya.

Perjalanan dari pejabat miliknya ke rumah mengambil masa 30 minit.Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah Izraf bergegas masuk kedalam. Risau benar dia dengan nyawanya seorang itu.

Sofea yang asyik melipat pakaian milik Hazeef diatas katil tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan oleh majikannya.

"Ay."Kedengaran Hazeef seakan-akan berbual dengan Sofea.

"Ye sayang, kakak lipat baju awaklah Hazeef."Balas Sofea sambil mengelus pipi tembam itu.

"Azeef okey ke? Dia tak meragam?"Soal Izraf.

"Allah, hesy Tuan ni terkejut saya."Rungut Sofea dadanya diurut.Dirinya benar-benar terkejut.

Izraf tidak mempedulikan rungutan Sofea punggungnya langsung dilabuhkan dibirai katil.
Hazeef yang berada ditengah antara dia dan Sofea diambil lalu digomolnya geram.

Setelah puas mengerjakan pipi bayi itu Izraf meletakkannya kembali keatas tilam.

"Aku minta maaf, aku nak minta kau bahasakan diri kau Mummy pada Hazeef boleh?"Pinta Izraf wajah Sofea dipandangnya menanti jawapan.

"Er..Saya bukan Ibu kandung Hazeef.Nanti apa pula kata Ibu kandung dia."Balas Sofea lambat-lambat.

"Ibu dia tak pernah pedulikan dia sejak dia lahir lagi. Dia tak pernah rasa kasih sayang Ibu dia.Sejak Hazeef lahir dia langsung tak merasa susu Ibunya." Beritahu Izraf lirih.

"Bb.Baiklah."Balas Sofea.

Kesiannya dekat awak sayang, dari lahir tak diberi kasih sayang dari Ibu bisik Sofea dalam hati sambil melihat Hazeef yang sudahpun terlena.

"Kalau kerja kau dah siap semua, harini disebabkan aku balik awal kau bolehlah balik."Ujar Izraf kemudian beredar dari bilik itu.

Sofea mengangguk.Setelah merapikan segala barang-barang milik si cilik itu langsung dirinya bersiap pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience