Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 4

 

Setelah sarapan bersama, Sofea menemani Izraf sehingga ke hadapan pintu pagar rumahnya.

‘’Terima kasih makcik.’’Ucap Izraf ikhlas. Puan Rosnah tersenyum kemudian melangkah masuk kedalam rumahnya semula meninggalkan Izraf dan Sofea diluar.

‘’Aku dah transfer RM 1000 dekat account bank kau untuk keperluan Hazeef bila aku tak ada nanti.’’Beritahu Izraf sambil bersandar pada pintu kereta.

‘’Baik.’’Balas Sofea.

Izraf menghela nafas berat, dia mendekati Sofea. Anaknya yang lena didalam baby carrier itu dicium tidak lepas. Berat hatinya mahu berjauhan dengan nyawanya itu namun apakan daya jika dia membawa Hazeef ke sana, siapa yang akan menjaga bayi lelaki itu apabila dia keluar meeting atau sebagainya.

 

‘’Hazeef duduk dengan Mummy okey sayang? Daddy janji lepas Daddy balik Daddy bawa Hazeef dengan Mummy jalan-jalan. Don’t worry Daddy akan video call Mummy everyday. ’’Ujar Izraf sambil mengelus perlahan pipi anak kecil itu.

 

‘’Tuan jangan risau saya pasti jaga Hazeef seperti anak saya sendiri.’’Balas Sofea.

Yelah Ayah mana yang sanggup meninggalkan anak yang masih bayi tanpa seorang Ibu kepada orang luar seperti dirinya.

 

‘’Aku percayakan kau, thankyou Sofea.’’Ucap Izraf. Senyuman manisnya dihadiahkan buat gadis yang sudah dikenali nya sejak satu bulan lalu. Sofea tergamam pertama kali dia melihat senyuman diwajah bengis itu. Selama satu bulan dia bekerja dengan Izraf inilah kali pertama dia berpeluang melihat senyuman indah itu.

 

‘’Jaga anak aku baik-baik, take care Sofea I will miss you.’’Ucap Izraf perlahan sebelum dia memasuki keretanya, sejurus itu kereta yang dipandu oleh lelaki itu meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah Sofea.

 

‘’Betulke apa yang aku dengar tadi? I will miss you?’’Soal Sofea seorang diri. Malas melayan perasaan Sofea bingkas masuk semula ke dalam rumahnya.

 

 

 

 

 

Sepasang gown berwarna biru muda diambil dari almari pakaiannya, sehelai tudung bawal berwarna pearl white juga  diambil lalu digosok. Petang ini Sofea perlu keluar mengambil abangnya yang baru sahaja selamat mendarat dibumi Malaysia. Setelah puas dengan penampilannya, Sofea mendukung Hazeef lalu dibawa masuk kedalam bilik mandinya.

Hazeef dipakaikan baju berlengan Panjang kemudian dibalut tubuh kecil itu dengan kain bedung berwarna biru muda. Satu bag sederhana besar juga dicapai didalamnya sudah tersedia dengan semua kelengkapan milik Hazeef seperti botol susu yang sudah siap dibancuh, pampers, sepasang baju dan seluar, sarung tangan dan kaki, topi kepala, tisu basah dan beberapa lagi barangan lain.

 

‘’Sofea bawa Hazeef sekali ke?’’ Soal Puan Rosnah apabila melihat anak daranya yang mengendong Hazeef sambil menggalas bag sederhana besar milik si cilik itu menuruni tangga.

‘’Ye Mama, Daddy dia dah tinggalkan carseat sekali supaya mudah Sofea nak bawa dia kemana-mana.’’

‘’Kesian Mama tengok anak Mama sekarang ini dah macam mak orang dah.’’Puan Rosnah tergelak kecil usai berbicara apabila melihat wajah Sofea yang sudah masam.

‘’Mama ni hish Sofea ni muda lagi takkanlah dah nampak macam mak-mak?’’

‘’Tak adalah Nampak comel je, baik-baik ye bawa kereta. Bye cucu tokma.’’Ujar Puan Rosnah satu kucupan hinggap di pipi bayi yang berada dalam dukungan Sofea. Hazeef tersenyum suka hingga terserlah lesung pipitnya.

 

Jarak dari rumah Sofea ke KLIA mengambil masa 1 jam perjalanan. Setelah menempoh kesesakkan lalu lintas akhirnya mereka selamat sampai di Lapangan kapal terbang tersebut.

 

Kunci kereta ditekan.Sofea mendukung Hazeef menuju masuk kedalam banggunan KLIA tersebut. Malas mahu menggunakan stroller lagipun Hazeef bukannya sudah besar, masih lagi kecil tidak lenguh pun tanganya jika mendukung bayi kecil itu.

 

 

‘’Sofea..’’Laung Harraz kuat. Dari jauh dia sudah melihat satu-satunya adik perempuan yang disayanginya itu. Sofea langsung menoleh kearah Harraz yang berada di hujung block kaferia disitu.

 

 

‘’Adik sihat? Rindunya abang dengan adik.’’Ujar Harraz abang Sofea yang kedua dan juga bakal suami pada sahabat baiknya iaitu Aleeya.

‘’Sihat alhamdulillah.’’Balas Sofea.  

‘’Eh sejak bila pulak adik dah ada anak ni?’’

‘’Ni Hazeef, anak orang bukannya anak adik.’’Beritahu Sofea selamba.

‘’Ooh adik mengasuh budak eh, kenapa tak bawa baby stroller je senang tak payah dukung?’’Komen Harraz sambil mencuit pipi Hazeef yang sedang lena didalam dukungan Sofea.

‘’Bapak budak ni dah bawa siap semua barang-barang dia, cuma adik saja yang malas nak anggkut.’’

‘’Mak baby ni mana kerja jugak ke?’’Soal Harraz lagi.

‘’Dah cerai. Mak baby ni tak peduli pun dekat anaknya.’’Beritahu Sofea sambil menepuk-nepuk paha bayi lelaki itu. Wajah Hazeef kelihatan berkerut mungkin kerana suasana dan juga bunyi bising dipersekitaran mereka menganggu lenanya.

 

‘’Ooh jomlah balik, biar abang pula drive Sofea rehatlah dengan baby dekat sebelah.’’Cadang Harraz kasihan melihat adik perempuannya seperti kepenatan.

Sofea mengangguk, bila saja mereka berbicara tentang Hazeef pikirannya langsung terkenangkan si duda garang itu. Sejak mula Izraf meninggalkan Hazeef padanya kini, sudah tiga hari lelaki itu langsung tidak menghubunginya mahupun sekadar mesej. Langsung tiada.

 

Hmm haritu beriya pesan suruh aku jaga anak dia siap janji nak video call, sekarang dah tiga hari senyap sunyi sepi macam tu je! Rungut Sofea didalam hati pandangannya dihala memandang ke luar tingkap. Entah mengapa beberapa hari ini fikiran dan juga perasaannya bercelaru tidak tentu arah. Dirinya asyik memikirkan tentang duda garang itu sahaja.

 

Setibanya mereka di perkarangan rumah telefon milik Sofea berdering kuat menandakan ada panggilan yang masuk.

 

‘’Abang tolong anggkat bag Hazeef ya Sofea nak jawab panggilan ni.’’Pinta Sofea sebelum berlalu cepat mendaki anak tangga menuju ke biliknya ditinggkat kedua.

 

‘’Hello Tuan,’’Sapa Sofea terlebih dahulu berserta senyuman.

‘’Tuan? Sayang ni akulah sejak bila pulak aku ada panggkat Tuan hahaha.’’Balas Naufal ditalian sambil galak mentertawakan Sofea.

 

Sofea langsung mengeluh, silap dia juga tidak melihat dahulu siapa yang menghubunginya. Tak fasal malu sahaja dia memanggil lelaki itu Tuan sebentar tadi.

 

‘’Sorry aku main sahaja, kau nak apa call aku?’’Soal Sofea terus.

‘’Rindu, nanti lagi 5 minit aku sampai tau bawa buku haritu. Sayang ada nak kirim apa-apa ke?’’Soal Naufal.

‘’Aiskrim.’’Beritahu Sofea.

‘’Okey bye sayang.’’

 

Sejurus itu Sofea langsung memutuskan talian. Nafas berat dihembus.

 

‘’Sayang kenapa Daddy tak call kita? Urm Mummy macam rindu lah pula dekat Daddy.’’Adu Sofea manja pada Hazeef yang asyik melihat wajahnya sejak tadi.

Haih Sofea apa cerita ni dulu bukan main hanya majikan dan pekerja sekarang dah rindu pula? Aduh Sofea kau ni dah sah angau dekat duda garang tu! Rungut Sofea seorang diri.

 

Quotes- ''Bila menyukai dalam diam. Apa yang disembunyikan oleh hati , akan tetap diperlihatkan oleh setiap sikap.." Happy reading dear readers<3

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-02-12 21:09:51 

next please....tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience