Chapter 18
Puan Rosnah melabuhkan punggungnya disebuah kerusi batu yang berada berhampiran dengan taman bunganya.Nafas berat dihela. Semenjak dua ini beliau selalu terkenangkan satu-satunya anak gadisnya Sofea. Sudah satu bulan Sofea tinggal bersamaa suaminya.Sejak itu juga Puan Rosnah tidak mendengar apa-apa khabar dari gadis itu.
‘’Mama harap anak Mama sentiasa baik-baik saja disana bersama suami tercinta.’’Ucap Puan Rosnah sambil mengusap kelopak bunga mawar putih yang ditanam oleh Sofea dahulu.
Sayur kubis yang sudah digoreng berserta dua ketul ayam goreng kunyit juga diletakkan diatas meja makan itu. Jam didinding dapur itu dipandang sekilas menunjukkan pukul 10 pagi. Sofea lekas mengisi perutnya yang sedari tadi minta di isi.
Pagi itu Sofea memanggil Aleeya Farzana sahabat merangkap kakak iparnya datang ke rumah. Dia nekad mahu menceritakan semuanya pada perempuan itu. Jiwanya terlalu sakit mahu memandam semua ini sendiri.Dia perlu meluah supaya beban itu berkurangan menghimpit mental dan fizikalnya.
15 minit dia menunggu sahabat baiknya itu akhirnya Aleeya selamat sampai dirumah milik Izraf.
‘’Ikhmal saya minta awak jangan beritahu Tuan kawan saya datang ke sini ya.’’Pinta Sofea dia tidak mahu Izraf tahu kerana pasti selepas ini lelaki itu akan memarahinya.
‘’Tetapi Tuan dah arahkan saya siapa juga datang kesini atau siapa juga yang Puan jumpa, saya perlu memaklumkan pada Tuan.’’Balas Ikhmal.Mampus jika Tuannya itu tahu dia bersubahat habislah dia dimaki.
‘’Tolonglah saya merayu.’’Rintih Sofea meminta simpati dari jejaka itu.
‘’Baiklah.’’Ikhmal mengalah.
‘’Apa cerita babe sampai bodyguard jaga depan pintu?’’Soal Aleeya dengn wajah yang cemas.
Sofea menghela nafas berat. Dia menceritakan segalanya dari mula hinggalah dimana dia dihantar oleh Izraf untuk tinggal disini.Semuanya tidak terkecuali. Sepanjang Sofea menceritakan segala masalahnya itu sepanjang itu air mata Aleeya tidak henti-henti mengalir. Besarnya dugaan Sofea.Baru sahaja mendirikan rumah tangga Allah memberi ujian seberat ini padanya.Dimadukan oleh suami,dicurangi oleh suami dia dapatkan rasa betapa hancurnya perasaan sahabat baiknya itu.
Aleeya pantas mendakap erat Sofea.Terlihat jelas tiada sebutir pun manik jernih jatuh dari pupuk matanya.Dia sudah penat mengalirkan air mata. Hatinya tika itu kosong. Aleeya pula yang menangis teresak mengenangkan nasib Sofea.
‘’Aku dah fikir aku nak cerai.Biarlah aku jadi janda pun aku boleh survive sendiri.Dulu aku silap Leeya, aku sangka berkahwin ni senang sangat.Sekarang aku sedar aku tak cukup lagi ilmu untuk mengharungi alam perkahwinan ini.Aku sangka semuanya akan bahagia.Aku bahagia dengan suami dan anak-anak aku.Aku terlalu bercita-cita dan berangan-angan tinggi babe.’’Luah Sofea.
‘’No babe kau kena fight jangan menyerah macam ni.Kau fight dengan betina tu babe.Aku tahu Izraf cintakan kau dan dia juga masih cintakan perempuan sundal tu.But percayalah kau keutamaan dia dari si sundal tu. Fighting babe Izraf masih suami kau.Hak kau juga!’’ kata-kata semangat dari perempuan itu seperti satu mantera yang menyusup masuk kedalam hati dan fikirannya. Tiba-tiba Sofea terasa dirinya mula hidup.Benar kata Aleeya Izraf masih suaminya,apa salah nya dia cuba mempertahankan hubungan mereka ini.
‘’Kalau boleh kau bagi si sundal tu pula yang merana,Biar Izraf tu tinggalkan pula dia!’’Ujar Aleeya berkobar-kobar semangatnya mahu Sofea bangkit dari terus menjadi perempuan yang lemah seperti sebelum ini.
‘’Kau buat sampai Izraf tu angaukan kau.’’Ujar Aleeya lagi.Sofea mengangguk. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan.
‘’Thanks babe doakan plan kita berjalan dengan lancar okey.I love you thanks bagi motivasi untuk aku.’’Tubuh Aleeya dipeluk erat sebelum wanita itu beranggkat pulang.
Sofea sudah siap memakai baju gown satin yang diberikan Aleeya padanya satu bulan lalu.Usai menguraikan ikatan rambutnya Sofea mencapai telefon bimbitnya. Nombor Izraf dihubungi.Beberapa saat kemudian panggilan video mereka bersambung.
‘’Yes sayang, you perlukan apa-apa ke?’’Soal Izraf matanya masih menghala kepada komputer kerjanya.
‘’Booboobear pandanglah I, I rindu you.’’Rengek Sofea inilah kali pertama dia menggedik sebegini dengan suaminya itu.
Izraf pantas memandang skrin telefonnya.Matanya membulat melihat gadis itu.
‘’Sayang seriously you nak goda I ke ni?’’Soal Izraf air liurnya ditelan.Kini pandangannya sepenuhnya pada Sofea.
‘’Awak tak rindu saya ke? Saya rindu awak sangat-sangat.’’bisik Sofea menggoda sambil sebelah matanya dikenyit.
‘’Sayang sekejap lagi 5 minit I sampai.’’Ujar Izraf terus panggilan video call mereka diputuskan.
Sofea sangkakan plannya tidak berjaya, namun tiba-tiba Izraf yang masih berbaju kemeja berada dihadapan pintu biliknya. Sofea langsung tergamam. Tadi bukan main lagi menggoda lelaki itu, ini bila sudah bertatapan mata terus senyap pula.
‘’Sayang I miss you. I minta maaf tak tengok you berapa hari ni sebab I tahu you perlukan ruang untuk sendiri. I’m so sorry.’’Izraf melabuhkan punggungnya disebelah Sofea. Bahu isterinya itu dielus perlahan.
‘’Awak dah makan ke?’’Soal Sofea sengaja mengubah topik.Rambut suaminya dielus penuh kasih.
‘’Tadi dekat office I lapar sangat nasi, tapi bila nampak you tak rasa lapar nasi dah.’’Bisik Izraf menggoda.Perut isterinya yang masih kempis itu dikucup.
‘’Awak cintakan saya tak?’’Soal Sofea sambil membuka satu persatu butang baju suaminya itu.Rancangan sudah mula.
‘’Mestilah I cintakan you sayang.I tak boleh nafikan haritu I bohong sebab I perlu jaga hati Inara.’’Beritahu Izraf.
‘’Kalau saya berhubungan dengan mana-mana lelaki apa yang awak rasa?’’Soal Sofea perlahan saja nada suaranya.
‘’CEMBURU. SANGAT-SANGAT CEMBURU.’’Tekan Izraf.
‘’Macam tulah saya, saya cemburu sangat dengan Inara.’’Beritahu Sofea lirih.
‘’Dia isteri I you pun isteri I .’’
‘’Saya dah nekad saya tahu tak salah disisi agama jika awak berhubungan badan dengan Inara.Tetapi maaf saya tidak mahu berkongsi kasih, jika awak tidak mahu menceraikan saya jadi awak perlu berhenti berhubungan badan dengan Inara.Jika tidak, saya takkan benarkan tangan awak yang menyentuh Inara itu hinggap dimana-mana tubuh saya.’’
‘’Sayang you hak I. Jadi you tak boleh cakap macam tu.’’
‘’Kenapa pulak? Saya milik awak tapi awak milik Inara macam tu? Awak tak adil!’’
‘’Ingat Izraf kalau awak boleh duakan saya, saya pun boleh buat lebih dari itu lagi!’’Ujar Sofea lagi.
‘’Okey I janji takkan sentuh Inara.’’Izraf mengalah.
‘’Saya nak mulai malam ni awak tidur sini dengan saya.Hazeef biar perempuan tu pula yang jagakan.’’Tegas Sofea.
‘’Okey sayang anything I ikut semua permintaan you .’’
Sofea tersenyum puas.
Selepas Izraf membersihkan diri mereka makan tengah hari bersama setelah sekian lamanya mereka tidak makan bersama.
‘’Lepas makan kita nak buat apa eh? Saya boringlah.’’Adu Sofea sambil mengelap meja makan itu.
‘’Kita ehem ehem nak?’’Soal Izraf dengan mimik muka gatal.
‘’Tak payah! Kita mandi kolam nak?’’Soal Sofea pula.
‘’Okey jom.’’Izraf pantas mencepung tubuh isterinya lalu dibawa menuju ke kolam mandi yang berada ditengah halaman rumah banglo miliknya itu.
Baju dan juga seluarnya dibuka kini, Izraf hanya mengenakan boxer berwarna hitam sahaja.
‘’Come booboobear I bawa you berenang.’’Ujar Izraf pantas tangan Sofea ditariknya.
‘’T-takutlah saya tak pandai berenang.’’Beritahu Sofea jujur.Dia memang benar-benar tidak tahu berenang.
‘’I ada sayang, don’t worry.’’Pujuk Izraf.
Sofea tersangat bahagia sepanjang mereka berdua mandi manda didalam kolam itu senyuman tidak lekang dari bibirnya.Dirinya sering ketawa dengan gelagat suaminya itu. Izraf juga turut merasakan hal yang sama. Sudah lama dia tidak melihat Sofea bahagia sebegini.
Inara mundar-mandir diruangan kerja Izraf. Sudah beratus kali dia menghubungi Izraf namun lelaki itu tidak menjawab panggilan darinya. Ke manakah suaminya itu?
‘’Jangan-jangan dia dengan perempuan sial tu?’’Bisiknya sendiri. Kembang- kempis hidungnya menahan rasa amarah dan cemburu yang meluap-luap. Kakinya langsung dibawa keluar dari banggunan pejabat suaminya itu. Dia perlu mencari Izraf segera!
Selamat membaca readers. Anda semua dialu-alukan meninggalkan sebarang apa jua komen..InsyaaAllah jika ada yang kurang atau sebagainya akan diperbaiki pada masa akan datang..Jangan lupa vote dan star, macam mana chapter kalini? Terima kasih!
Share this novel