Chapter 2
Sebakul pakaian milik si cilik itu dianggkat lalu dibawa menuju ke belakang halaman rumah .Sekejap sahaja masa berlalu kini, sudah seminggu dia bekerja dengan majikannya itu.Hazeef juga sudah mula selesa dengannya. Asalkan Sofea jauh sahaja darinya langsung bayi kecil itu menangis, terpaksalah Sofea membereskan segala hal rumah itu sambil meletakkan Hazeef didalam baby carrier.
Sebaik sahaja selesai menjemurkan segala baju,seluar, sarung kaki dan sarung tangan milik anak majikannya Sofea langsung bergerak menuju ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.Izraf ada memberitahunya bahawa dia akan pulang makan tengah hari, jadi setiap hari Sofea perlu memasak.
Peti ais dibahagian atas dibuka, terdapat beberapa ekor ikan, sedikit udang dan juga ayam yang sudah diletakkan didalam bekas Tupperware.
‘’Urm nak masak apa eh tengah hari ni? Si duda garang tu pun bukannya nak bagitahu aku dia nak makan apa, kalau aku masak lauk yang dia tak makan tak ke membazir nanti.Tekak orang kaya macam dia tak sama macam aku.Hazeef rasa Hazeef nak Mummy masak lauk apa untuk Daddy Hazeef yang garang tu?’’ Soal Sofea pada Hazeef yang asyik merenung wajahnya sejak tadi.
‘’Kenapa Hazeef senyum-senyum tengok Mummy ni, Hazeef suka dengar Mummy berleter ke?’’
Sofea tergelak kecil.Hazeef dibawa menuju ke ruang tamu telefon bimbitnya yang berada diatas sofa itu diambil lalu nombor telefon Izraf ditekan.Beberapa minit kemudian panggilan mereka bersambung.
‘’Ayy ayy,’’Kedengaran suara Hazeef yang seakan berbual dengan Sofea.
‘’Anak Mummy panggil Mummy ke sayang? Alolo kejap ye sayang nanti kita sembang.’’Balas Sofea sambil mengelus lembut pipi bayi itu.
‘’Hello kau dah kenapa call aku cakap sayang-sayang bagai? Kau nak apa call aku time aku kerja ni?’’Soal Izraf garang. Sofea langsung menekup mulutnya.Manalah aku tahu panggilan dah bersambung.Hesy perasan bila masanya aku cakap dengan dia sayang, aku tengah sembang dengan anak kau lah duda garang oi!
‘’Maaf saya tak perasan saya bercakap dengan Hazeef tadi.’’Beritahu Sofea.
‘’Haa berbalik pada soalan aku tadi, kau nak apa call aku?’’
Sofea merengus geram, nasiblah kau boss aku kalau tak memang dah lama kena maki!
‘’Saya nak tanya, tuan nak makan menu apa harini? Tuan juga pesan buat apa saja kerja didalam rumah ini saya perlu tanya dan meminta izin dari tuan.Saya tak boleh ikut kepala otak saya sahaja.’’Balas Sofea nada suaranya sedaya upaya dikawal supaya tidak kedengaran seperti biadap.
‘’Apa-apa sahaja aku tak kisah, asalkan bila aku balik nanti kau dah masak faham?’’ Soal Izraf nada suaranya seperti hari-hari sebelumnya datar,kasar dan garang.
Sejurus itu,panggilan diputuskan oleh Izraf.
1.00 p.m
Setengah jam berperang didapur akhirnya siap juga tiga jenis menu masakan yang dimasak oleh Sofea iaitu menu ayam bakar, sambal udang dan juga ikan masak lemak cili api.
Mesti korang kata banyak kan? Yelah yang makan si duda garang tu je. Sebenarnya tak banyak pun. Ayam adalah aku masak tiga ketul, udang sepuluh ekor, ikan pulak dua ekor je aku masak.Jadi tak adalah setiap lauk tu kuantiti banyak. Biasa-biasa je untuk dua orang makan.
‘’Cepat hidangkan aku makanan, kau berangan apa haa? Teringat boyfriend?’’Sergah Izraf yang baharu sahaja sampai dirumah.
‘’Mana ada, saya dah siapkan awal lagi.Tuan duduklah selamat menjamu selera ya.’’Ujar Sofea baru sahaja dia ingin beredar dari dapur namun dirinya dipanggil oleh lelaki itu.
‘’Sofea. Aku nak kau siapkan Hazeef lepas solat zuhur aku bawa pergi beli barang dapur mana yang habis.Pastikan baju kau dan Hazeef warna yang sama.’’ Arah Izraf sambil menyisip minuman yang disediakan gadis itu untuknya.
Sofea mengangguk.Langkah kakinya terus dibawa menuju ke bilik Hazeef.
‘’Sedap masakkan kau.’’Puji Izraf sebaik sahaja kelibat Sofea sudah tidak kelihatan.
Izraf mengenakan baju kemeja berwarna hitam berserta seluar slack. Wangian berjenama Bad Lab disemburkan dileher dan juga pada baju kemeja yang tersarung ditubuhnya. Begitulah Izraf dia tidak akan keluar rumah walau dengan hanya mengenakan t-shirt. Baginya baju t-shirt hanya akan dipakai ketika dirumah sahaja.
‘’Sofea kau dah siap belum?’’ Soal Izraf kuat. Maklumlah biliknya diatas tingkat tiga manakala bilk Sofea ditingkat bawah sekali.
‘’Sudah.’’ Balas Sofea sambil membetulkan kedudukan Hazeef yang sudah diletakkan didalam stroller.
‘’Handsomenya anak Daddy samalah colour baju kita.’’Ujar Izraf lembut pada anak lelakinya.
Sofea langsung melihat bajunya, eh macam mana sedondon pula dengan duda garang tu. Aduh rasa macam tak kena pula bila baju semua sama dah macam satu keluarga.
‘’Er Tuan saya tukar baju kejap boleh?’’Pinta Sofea lembut.
‘’Tak perlu.Nanti Hazeef biarkan bodyguard aku tolak stroller dia.Kau jalan sekali dengan aku faham?’’
‘’Err tapi,’’
‘’Tiada bantahan Sofea!’’
Sofea akur. Satu jam perjalanan akhirnya mereka sampai disalah sebuah pusat membeli belah.
‘’Tuan ni kan IOI City Mall, kita nak beli barang dapur bukan jalan-jalan cari baju kan?’’Soal Sofea hairan. Tiba-tiba je sampai sini, tadi katanya beli barang dapur.
‘’Aku nak beli baju untuk Hazeef.’’ Balas Izraf tanpa menunggu balasan dari gadis itu dia langsung keluar.
Sofea mengeluh penat, sudah satu jam rasanya dia berjalan didalam pusat membeli belah itu. Tapak kakinya juga sudah mula sakit.
‘’Tuan saya sakit kakilah.’’Adu Sofea meminta simpati dari lelaki itu.
‘’Habistu kau nak aku dukung ke?’’Soal Izraf perlahan cukup sekadar dia dan gadis itu sahaja yang dengar.
Gulp. Haish duda ni ada ke tanya aku nak dukung ke? Lain macam seram pulak dengar.
‘’Eh tak. Saya cuma beritahu Tuan ada nak beli apa-apa lagi ke?’’Jelas Sofea. Risau jika percakapannya sebentar tadi disalah anggap oleh duda garang itu.
‘’Jom carikan baju untuk kau lepastu kitab boleh balik.’’
‘’Baju saya dah banyak Tuan.’’Bantah Sofea.
‘’Kenapalah kau ni suka melawan susah sangat ke nak menurut arahan aku?’’ Wajah gadis itu ditenung bagai mahu ditelan.
‘’Kalau kau isteri aku memang siaplah kau aku hukum, nasib anak dara orang. Ini last Sofea jangan bantah apa jua arahan aku ingat dalam kepala otak kau tu, jom.’’
Sofea yang masih terpinga-pinga mengikut sahaja langkah kaki lelaki itu.
Eh baru aku perasan bukan main sedap dia tarik baju aku, nasib kau tarik baju kalau kau pegang tangan aku memang kau makan penamparlah.
Disebabkan asyik mengutuk duda disebelahnya itu Sofea tidak sedar dia terpijak beberapa wayar yang berada dlantai. Sofea hilang keseimbangan tubuhnya hampir jatuh tersungkur namun ada tangan kekar yang memeluknya erat menyebabkan wajahnya tersembam didada bidang lelaki itu.
‘’Sofea are you okay? Please be carefull next time. Kaki kau sakit tak?’’ Soal Izraf cemas buat pertama kali nada suaranya lembut. Sofea yang berada didalam dakapannya dipandang sambil menanti jawapan dari gadis itu.
Ya Allah haih lembutnya suara, dah la handsome, carring, lemah lembut. Haih aku dah jatuh cinta dengan kau ke duda garang bisik Sofea didalam hati.
‘’Hey kau dengar tak aku tanya ni?’’ Soal Izraf lagi.
‘’Eh sorry Tuan, saya okey maaf saya susahkan Tuan.’’Balas Sofea matanya dilarikan dari memandang wajah tampan itu.Perasaan malu menyerbu dirinya.
‘’Its okay lepasni hati-hati.’’Pesan Izraf sebelum menjarakkan kedudukan mereka berdua.
Happy reading <333
Share this novel