Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 14

 

Suasana didalam kereta yang dinaiki mereka berdua sunyi sepi.Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa kereta sahaja.Sofea menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Izraf juga sama pandangannya hanya ditumpukan pada lebuh raya itu. Setelah 30 minit mereka menempuh kesesakkan lalu lintas akhirnya pacuan empat roda milik Izraf berhenti dihadapan sebuah rumah banglo dua tingkat.

 

‘’Kenapa tak balik rumah Mama saya?’’Soal Sofea setelah sekian lama menyepi. Wajah bengis suaminya dipandang. Ya lelaki itu paling pantang jika berbicara tanpa memandang wajahnya.Katanya biadap.

‘’I masih marahkan you dan juga budak tu.’’Beritahu Izraf dingin tanpa membalas pandangan isterinya.

‘’Habistu buat apa kita dekat sini? Ni rumah siapa?’’Soal Sofea lagi. Rumah dihadapannya ini bukanlah rumah sewaktu dia bekerja dengan lelaki itu.Ternyata Izraf mempunyai rumah yang lain.

‘’Rumah I .’’Izraf langsung melangkah turun meninggalkan Sofea yang masih terkebil didalam kereta.Pintu rumahnya dibuka.Kakinya langsung diatur menuju ke tinggkat dua yang menempatkan biliknya.Sofea dibiarkan sahaja tercenggang dihadapan muka pintu itu.

 

Sebuah bilik yang terletak disebelah dapur didekatinya.Pintu bilik itu dibuka.Ternyata ada sebuah katil single didalam bilik itu.Sofea langsung menutup daun pintu lalu merebahkan tubuhnya diatas katil yang berlapikkan toto nipis itu.

 

‘’Lambat kamu balik Fal.’’Soal Puan Hasmah sebaik sahaja melihat Naufal yang pulang dari pusat membeli belah.

‘’Ada jumpa kawan tu yang  berborak kejap.Sorrylah Mama Fal balik lambat.’’Balas Naufal kepala yng tidak terasa gatal digaru perlahan.

‘’Siapa kawan tu?’’

‘’Adalah, Fal nak mandi dulu nanti makan malam Mama dengan Papa tunggu Naufal tau kita makan sekali.’’Pesan Naufal.Sudah lama dirinya tidak makan malam bersama Ibu dan ayahnya.

‘’Ye baiklah kita makan sekali nanti.’’Balas Puan Hasmah.Naufal tersenyum suka satu kucupan dihadiahkan dipipi Puan Hasmah.

‘’Sayang aku tahu aku salah, aku tahu aku salah kerana menyimpan perasaan pada kau yang sudah sah menjadi isteri orang.Aku cuba lupakan kau dan berhenti menyintai kau.Tapi aku tak boleh. Aku tak boleh berhenti cintakan kau sayang.’’Ujar Naufal sendiri sambil mengelus sudu plastik yang digunakan oleh Sofea Ketika makan aiskrim bersamanya tadi.Butang bajunya dibuka langsung kakinya dibawa menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

 

 

Cahaya matahari yang menembus masuk kedalam ruangan biliknya menyebabkan Izraf terjaga dari lenanya yang panjang.Jam dipergelangan tangan dilihat.Tepat pukul 6.30 petang.Izraf bingkas bangun membersihkan badannya yang sudah melekit kerana peluh.Usai membersihkan diri dia langsung melangkah turun mencari sofea.

 

‘’Sofea sayang.’’

‘’Sayang you dekat mana?’’

‘’Booboobear you dekat mana sayang?’’Soal Izraf bertalu-talu. Kini dirinya dihurung rasa bersalah dan kesal. Tidak sepatutnya dia melayan Sofea sebegitu. Langkahnya dibawa pula menuju ke sebuah bilik yang bersebelahan dengan dapur.Tombol pintu itu dipulas. Terlihat sekujur tubuh Sofea berbaring membelakangi pintu. Izraf langsung mencepung tubuh isterinya itu lalu dibawa menuju kedalam biliknya.

 

‘’Awak bawa saya pergi mana ni?’’Soal Sofea yang masih lagi mamai.

‘’Bawa you tidur dekat bilik kita.I minta maaf sayang I kasar dengan you dekat mall tadi. I tak sepatutnya buat isteri I macam ni. I’m so sorry sayang.’’Lirih sahaja nada suara Izraf meminta maaf dari isterinya itu.

‘’I minta maaf juga. I tak sepatutnya duduk berduaan dengan Naufal.’’Balas Sofea tangan kanan suaminya diraih lalu dicium tangan lelaki itu dengan penuh kasih.

‘’I maafkan you.Sekarang you nak makan apa biar I order foodpanda, lepastu kita tengok movie sama-sama nak tak?’’Soal Izraf sambil mengelus lembut pipi mulus isterinya.Laju sahaja Sofea mengangguk mahu.

Dunia tidak kejam,tetapi manusia ya! Dunia sangat indah namun manusia yang menciptakan cela. Bersiap sedia para readers, selepas ini barulah permulaan untuk kisah 'Orked Sofea'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience