Chapter 17
Sofea mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu menginap satu bilik dengan lelaki itu. Baru sahaja Sofea menyentuh tombol pintu tiba-tiba Izraf menarik tangannya kasar menaiki tangga menuju ke dalam bilik yang terletak di tinggkat paling atas.
‘’I dah cakapkan tadi, kita tidur sebilik.’’Marah Izraf. Raut wajahnya tegang sahaja.
‘’Saya tak nak.’’Tolak Sofea bersama jelingan.Sedikitpun wajah lelaki itu tidak dipandang.
‘’Jangan biadap dengan I sayang. I masih lagi suami you and I tak suka you bercakap tanpa pandang muka I .’’Wajah ayu isterinya itu ditenung bagai mahu ditelan sahaja. Dahulu Sofea bukanlah seorang gadis yang degil mahupun keras kepala.Kini, lihatlah betapa cepatnya sifat gadis itu berubah!
‘’Selepas ni I akan upah bodyguard untuk jaga you diluar rumah.You tak akan dapat lari dari I sayang.’’Bisik Izraf dicuping telinga Sofea yang masih berlapikkan kain tudung bawal itu.
‘’Saya akan lari juga dari terus hidup dengan lelaki seperti Tuan!’’Balas Sofea lantang.
Izraf tersenyum mengejek.Baju kemeja yang tersarung ditubuhnya dibuka.Tuala didalam almari diambil kemudian dia mengatur Langkah menuju ke dalam bilik air yang terdapat dihujung sudut bilik itu.
‘’Larilah sejauh mana pun booboobear, aku tetap juga akan cari kau.’’Ujar Izraf penuh yakin. Sofea merengus geram.
Sebaik sahaja masing-masing selesai membersihkan diri. Izraf membuat pesanan makanan dari telefon bimbitnya.
‘’Pernikahan aku esok, Ibu dan Ayah tak tahu. Selain aku dan Inara aku nak kau juga hadir pada majlis esok.’’Ujar Izraf sambil berbaring disebelah Sofea.
‘’Saya tak nak pergi.Majlis itu tetap jua berlangsung walaupun saya tak ada kan?’’
‘’Kenapa kau suka sangat membantah apa juga arahan aku? Kau nak sangat uji kesabaran aku ke Sofea?’’Soal Izraf kedengaran garau nada suaranya .
‘’B-bukan M-macam tu.Saya minta maaf.’’Ujar Sofea ketakutan.Dia dapat rasakan sisi gelap lelaki itu apabila marah.
‘’Goodgirl sayang, now look at my face.’’Izraf tersenyum puas. Wajah Sofea dibawa menghadap wajahnya.Mereka membalas pandangan.
‘’Kalau I dapat tahu you cuba lari dari rumah ni, I sudah sediakan satu hukuman yang sangat menarik untuk you.’’Bisik Izraf menggoda sambil mengusap perlahan perut Sofea yang berlapikkan baju sweatshirt itu.
‘’Selepas I tanam benih I dalam ni.I yakin you akan terikat dengan I kan sayang?’’Ujar Izraf lagi, kini perut yang masih rata itu dikucupnya lama. Kata-kata yang meluncur keluar dari bibir lelaki itu ibarat satu amaran yang sangat merbahaya.Tubuh Sofea langsung mengeras.Kedua belah kaki dan juga jemarinya menggeletar hebat!
‘’I dah banyak tolak ansur dengan you sayang, dah lama I tahan diri I daripada sentuh you. Jangan sampai I hiang sabar.’’Kata Izraf lagi. Sofea hanya mengangguk tidak berani lagi dia mahu membantah percakapan mahupun arahan dari suaminya itu.
‘’Jangan takut, I bukan nak makan you pun. I cuma pesan sahaja okey sayang? Dah jangan takut lepas makan nanti kita tidur.’’Rambut Sofea dibelai lembut sebelum dia bangun menuju keluar bilik.
Cahaya matahari yang menembusi masuk kedalam tingkap bilik mereka membuatkan Sofea terjaga. Telefon bimbitnya diambil lalu dilihat jam sudah masuk pukul 7.30 pagi. Pelipis matanya digosok perlahan.Getah rambutnya diambil dari tepi meja katil lalu diikat rambut yang panjangnya sudah paras pinggang itu dengan kemas. Izraf yang lena disebelahnya memakai baju melayu itu dipandang sekilas.
Mengapalah dia masih lagi ada perasaaan sayang pada lelaki sekejam itu?
‘’Sayang dah lama bangun? Hmm kenapa tak kejutkan I. I terlelap lepas solat subuh pagi tadi .’’Rengek Izraf manja terus tubuh Sofea yang masih duduk diatas katil itu dipeluk erat. Sofea hanya membiarkan saja Izraf memeluknya malah dia tidak membalas pelukkan dari lelaki itu.
‘’Booboobear kenapa tak balas pelukkan I?’’Izraf mula tidak puas hati. Wajah sang isteri ditenung geram.
‘’Cepatlah bersiap nanti Tuan nak bernikah hari ini kan?’’ Dalih Sofea. Di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu, mengapalah Izraf melayan dirinya begini? Sekejap lagi dia akan menyaksikan dihadapan matanya sendiri Izraf mahu melafaz akad. Mampukah dirinya terus kuat sepanjang majlis akad itu? Dapatkah dia mengawal emosinya sendiri?
‘’I mandi dulu nanti you tolong gosokkan baju melayu I warna putih dalam almari.’’Pinta Izraf sebelum dia melangkah masuk ke bilik air.
Dari hadapan pintu masuk masjid Sofea sudah melihat beberapa orang lelaki yang kemas memakai suit berwarna hitam dan juga beberapa orang surau yang lain.Telapak tangannya diusap perlahan bagi mengurangkan gemuruhnya.
Izraf mempercepatkan langkahnya, sebaik sahaja tiba dihadapan tok kadi itu dia melabuhkan punggungnya diatas kusyen kecil bersebelahan dengan Inara. Perempuan itu kelihatan sangat anggun mengenakan baju kurung Pahang berwarna putih gading. Mereka berdua kelihatan sangat sepandan.
Sebaik sahaja Izraf melafazkan akad ketas Inara Sofea langsung mengundur diri. Langkah kakinya dibawa melangkah keluar dari perkarangan masjid itu.Air matanya mengalir bercucuran hingga tersedu-sedan dibuatnya. Dia buntu, segala apa yang berlaku didalam kehidupannya sekarang ini semuanya tidak disangka.Ianya berlaku sangat cepat.
Matanya meliar mencari dimanakah kelibat isterinya, baru sahaja Izraf mahu menyuruh bodyguardnya mencari Sofea, tiba-tiba wajah ayu wanita itu muncul dihadapannya.
‘’You pergi mana?’’Soal Izraf wajah bengisnya mula terpancar keluar.
‘’Saya ke tandas.’’Balas Sofea perlahan.
‘’Sayang jom kita tangkap gambar outdoor, urm kita bawa anak kita sekali.’’Sampuk Inara.Hazeef yang berada didalam dukungan Sofea diambil.
‘’Boleh.Lepas I settle hantarkan Sofea balik kita pergi.’’Balas Izraf.Tangan Sofea digenggamnya erat.
‘’You suruh je bodyguard tu hantar dia. Jangan bagi muka sangat sayang.’’Hasut Inara.
‘’Tuan pergilah saya boleh balik sendiri naik teksi.’’Celah Sofea.Dia sudah tidak tahan melihat kemesraan ‘pengantin baru’ dihadapannya itu.Hatinya rapuh.
‘’Ikhmal pastikan lepas kau hantar dia, kau tunggu diluar sehingga aku balik.Jangan sesekali benarkan dia keluar faham?’’Arahan berbaur amaran dari majikannya itu didengar.
‘’Baik Tuan.’’
Sofea melangkah lemah memasuki rumah milik suaminya. Punggungnya dilabuhkan diatas sofa diruangan tetamu itu.Fikirannya tika itu ialah dia perlu mencari seseorang untuk mendengar segala apa yang dihadapi fizikal dan mentalnya. Aleeya mahupun Naufal? Tetapi tidakkah berdosa bila membuka pekung/aib rumah tangga kepada orang luar?
Telefon bimbitnya diambil dari bag tangannya kemudian nombor Naufal dicari lalu dihubungi.
‘’Assalamualaikum Fal.’’Sapa Sofea terlebih dahulu.
‘’Waalaikumussalam, Sayang kau sihat ke?’’Soal Naufal ditalian kedengaran sangat ceria.
‘’Sihat.Kau macam mana sihat tak?’’Soal Sofea pula.
‘’Sihat sangat lepas dengar suara kau.Kau okey ke Sofea?’’Soal Naufal prihatin.
‘’Okey je. Kau tak balik sini? Aku rindu nak makan ais krim dengan kau.’’Ujar Sofea sayu nada suaranya.
‘’Minggu depan aku balik.Nanti kita makan ais krim coklat favourite kau.’’
‘’Thanks Fal, kau sentiasa ada dengan aku.’’
‘’Aku akan sentiasa ada dengan kau Sofea ingat , aku ada untuk kau okey sayang.’’Pujuk Naufal sebelum talian mereka terputus.
Belum sempat matanya pejam,telefonnya berbunyi. Sofea pantas mencapai telefon bimbitnya dan melihat skrin siapakah gerangan yang menelefonnya. Nama ‘Izraf’ keluar diskrin.Sofea sedikit gundah tetapi dia harus menjawab agar lelaki itu tidak salah faham dan memarahinya.
‘’Sayang you engaged dengan siapa? Dekat 10 minit I tunggu, You bercakap dengan siapa lama sangat.’’Keras suara itu menyoal tanpa memberi salam terlebih dahulu.
‘’Assalamualaikum Tuan. Maaf saya bercakap dengan kawan saya tadi.’’ Sofea cuba bertenang dengan amarah suaminya itu.
‘’Switch to video call now! I nak tengok you.’’ Suara Izraf keras seolah-olah memberi arahan.
‘’Saya nak tidur dah.Tuan pun pergilah tidur dengan anak isteri Tuan.’’
‘’I tak akan tidur sebelum tengok sama ada you okey atau tak.’’ Sofea mengalah kini panggilan mereka bertukar menjadi video call.
‘’Tengoklah.Saya okey kan? Saya tidur dulu.’’Sofea terus mematikan panggilan video call itu sebaik sahaja melihat kelibat Inara yang hanya memakai kain separas dada disebelah suaminya.
Selamat membaca semua, Jangan lupa tinggalkan komen tentang chapter kalini okey tak?..Jangan lupa juga vote dan share ;) Terima kasih!
Share this novel
sambung lagi