Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 12

 

Beberapa biji bawang merah dan tiga ulas bawang putih diambil lalu dikupas.Setelah dibasuh kesemua bahan masakkan itu, Sofea mula menghiris. Dapur api dinyalakan kemudian diletakkan sedikit minyak masak ke dalam kuali itu sebelum menumis cili yang sudah dikisar. Menu yang akan dimasak pada malam itu ialah ayam masak merah.

 

‘’Babe ni ayam aku dah gorengkan separuh masak, kau tinggallah boleh aku pula sambung masak.Kesian Izraf lama dah kau tinggal dia.’’Ujar Aleeya Farzana.Sudip ditangan adik iparnya itu dirampas.

‘’Lah nak kesian buat apa, dia dah tua bukannya budak kecik kau nak kesiankan.’’ Aleeya Farzana menggelengkan kepalanya mendengar jawapan dari gadis itu. Haihla Sofea.

‘’Kau ni dah jadi Isteri orang apa-apa jua kau kena utamakan suami kau dulu.Kau tak boleh layan dia macam tu.’’Nasihat Aleeya sambil mengacau cili dan bawang yang sudah dikisar didalam kuali panas itu.

‘’Yelah aku tengok dia kat atas, terima kasih babe nasihatkan aku.’’Pipi kakak ipar merangkap ‘BFF’ nya itu dicium sekilas. Kakinya langsung diatur melangkah menaiki tangga menuju ke bilik. Daun pintu diketuk perlahan sebelum dia masuk.

Matanya meliar mencari kelibat suaminya itu namun tidak kelihatan.

‘’Aik, sebelum aku keluar tadi dia dah mandi takkan mandi lagi kot?’’Gumamnya sendiri.Tiba-tiba ada tangan kekar yang memeluknya dari belakang.

‘’Sayang lamanya you tinggalkan I, I tunggu you sampai tertidur.’’Adu Izraf dagunya diletakkan dibahu isterinya.

Sofea tergamam ini kali pertama Izraf berpelukkan dengannya, ini juga kali pertama mereka berada sedekat ini. Jantungnya langsung berdegup kencang.

‘’Booboobear kenapa diam je ni?’’Soal Izraf wajah isterinya dibawa menghadapnya.

‘’Booboobear?’’Soal Sofea hairan.Apa ke bendanya tu?

‘’Panggilan manja untuk you lah sayang.’’Balas Izraf senyuman langsung mekar melihat wajah cemberut isterinya itu.Rasa cintanya semakin bercambah apabila melihat wajah cantik itu.Sugguh dia memang menyintai dan menyayangi Sofea. Dirinya tidak dapat berbohong.

‘’Err awak dah solat maghrib ke?’’Soal Sofea pelukkan Izraf itu cuba dirungkai namun hampa lelaki itu lagi mengeratkan pelukkan mereka.Wajah Sofea mula memerah dia dapat rasakan dadanya bertemu rapat dengan dada bidang lelaki itu.

‘’Sayang you cintakan I tak?’’Soal Izraf entah mengapa malam itu moodnya mahu bermanja dengan Sofea, soalan Sofea tadi diendahkan kalau boleh mahu saja dia menyuruh Wanita itu sentiasa berada dekat dengannya namun apa pula kata saudara mara yang lain. Tak fasal kena cop gelojoh pula.

‘’ Saya sangat cintakan awak Izraf sejak awak belum jadi suami saya lagi. Saya tak akan berhenti menyintai awak sehingga akhir nafas saya nanti.’’Ucap Sofea romantis. Izraf langsung tersenyum suka, tekaannya sebelum ini betul. Benarlah bahawa Sofea ada menyimpan perasaan padanya.

‘’I love you booboobear.’’Satu kucupan lembut dihadiahkan didahi isterinya.

‘’I love you too.’’Balas Sofea tersipu malu, sejurus itu langsung Izraf mencium bibirnya lama.

‘’Err saya nak solat maghrib, saya tak solat lagi.’’Sofea menolak perlahan dada bidang suaminya. Terlihat jelas wajah suaminya itu seperti tidak puas hati apabila Sofea menghentikan aktiviti mereka sebentar tadi.

‘’Sorry.’’Ujar Sofea sambil mengelus lembut rahang suaminya.

‘’Sayang nak pujuk ke nak goda?’’Soal Izraf matanya merenung tepat wajah sang isteri.Sofea tersengih.

‘’Pujuk. Jom kita solat berjemaah lepastu turun makan okey?’’Sofea melentok manja kepalanya didada Izraf. Kedengarann sekali lagi lelaki itu berdecit.

‘’Sayang please jangan goda I .’’Kata Izraf suaranya kedengaran seperti terseksa sahaja.

‘’Lah mana ada goda, nak lentok kepala pun dah macam menggoda ke?’’Soal Sofea polos. Yelah takkan itu pun dikira menggoda kan korang?

‘’I lelaki yang straight booboobear, I ada nafsu jadi I tergoda.’’Beritahu Izraf tanpa segan silu laju saja bibirnya berkata.

Sofea langsung terdiam.

‘’So please stop seduce me okey sayang, lepas isyak nanti you boleh continue seduce I balik.’’Ujar Izraf tangan isterinya dipimpin menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’ bersama. Usai solat berjemaah mereka melangkah turun untuk makan malam bersama ahli keluarga Sofea.

 

Meja makan yang berada diruangan dapur itu sudah separuh penuh dengan saudara-mara Sofea.Keluarganya memang besar.Adik beradik arwah ayahnya Encik Amin sebanyak 7 orang. Adik beradik Puan Rosnah pula sebanyak 11 orang. Bayangkan betapa banyaknya ibu/bapa saudara mahupun sepupunya.

 

‘’Izraf bila nak bawa Sofea balik rumah kamu?’’Soal Encik Sufian bapa saudara Sofea.

‘’Urm mungkin lepas Iz habis outstation nanti baru Iz bawa Sofea balik ke rumah Ibu.’’Balas Izraf sambil menyisip sedikit air timun laici yang sudah dituang oleh Sofea kedalam cawannya sebentar tadi.

‘’Bila Iz outstation?’’Soal Puan Rosnah pula.

‘’Lusa Mama.’’Beritahu Izraf,Puan Rosnah mengangguk.

 

Setelah siap membersihkan dapur dan juga mencuci beberapa pinggan mangkuk berserta dengan cawan Sofea melabuhkan punggungnya disofa ruang tamu itu. Nafas berat dihela.

Penatnya sudahla esok kena bangun awal pagi untuk majlis dirumahnya pula, mujurlah majlis dirumah Izraf minggu hadapan.Kalau tidak pasti dia sudah pengsan.Tak mengapalah penat, sekali seumur hidup sahaja kan?

 

‘’Sayang you tak pedulikan I pun. Lama I tunggu you.’’Adu Izraf punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat.Jemari Sofea digenggam lalu dibawa ke bibirnya.Pinggang Sofea juga dirangkul.

‘’Sorry saya baru habis mengemas dapur.Penat itu yang duduk dekat sini kejap.’’Wajah suaminya dipandang.

‘’Jom tidur dah lewat I mengantuk sangat.’’Kepalanya dilentok dibahu Sofea.

‘’Jom.’’Balas Sofea.Mereka jalan beriringan menaiki tangga menuju ke bilik.

‘’Awak tidurlah atas katil saya tidur dekat sofa.’’Kata Sofea sambil membuka almari bajunya untuk mengambil lagi sehelai selimut untuknya.

‘’Lah, kenapa sayang tak tidur dengan I sekali atas katil?’’Wajah Izraf mula masam mencuka.Haih tak puas hati bila si isteri tidak mahu tidur sekatil dengannya.

‘’Katil saya tu katil single mana muat nanti awak tak selesa nak tidur.’’

‘’Muat je I peluk you.’’Izraf langsung menarik Sofea kedalam pelukkannya.

‘’Don’t worry booboobear I peluk you, you tak akan jatuh okey.Now let’s sleep.’’Izraf langsung memejamkan matanya.Akhirnya mereka berdua tidur berpelukkan.

 

Keesokkan harinya, majlis dirumah Sofea berjalan dengan lancar dalam sekitar pukul 5 petang majlis itu selesai.Sofea yang cantik mengenakan busana dress kembang dari HijabistaHub mendapat pujian dari tetamu yang datang.Semuanya memuji kecantikkan busana itu dan juga memuji wajah kacak suaminya.Malang sekali hanya beberapa orang sahaja yang memuji kecantikkan wajahnya. Selebihnya memuji wajah kacak duda garang itu.

 

‘’Booboobear jaga diri okey, buat sementara waktu I outstation ni you stay je rumah Mama.I balik outstation nanti I ambil you then kita balik rumah Ibu dengan Ayah okey.I love you sayang.’’Pesan Izraf satu kucupan dihadiahkan didahi isterinya itu lama.

Sofea mengangguk lemah.Siapa yang tidak sedih baru sahaja selesai majlis persandingan, suami sudah mahu beranggkat pergi bekerja diluar negeri pula.

‘’Nanti I video call you dengan Hazeef,bye sayang.’’Ujar Izraf sebelum masuk kedalam perut kereta.Sofea mengangguk tangannya melambai Izraf. Hazeef yang berada dalam dukungannya juga dipegang tangan kecil bayi itu lalu dilambai pada Izraf.

 

 

 

 

 

8 Jam perjalanan akhirnya Izraf sudah selamat sampai di Negeri Terengganu. Beberapa bag pakaian miliknya dibawa masuk kedalam bilik hotel yang sudah disediakan oleh pembantu peribadinya. Tubuhnya direbahkan diatas katil.Butang baju kemejanya dibuka.

 

‘’Sayang you mesti penat, rehatlah I tolong urutkan you.I ingat lagi dulu you kan selalu suka I urut badan you lepas balik dari office?’’ Kata Inara tanpa segan silu punggungnya dilabuhkan diatas katil bersebelahan dengan Izraf. Jari-jemarinya mula ligat mengusap lembut paha Izraf yang masih berlapikkan seluar slack berwarna hitam itu.

 

‘’Macam mana you masuk bilik ni?’’Soal Izraf langsung bangkit dari pembaringannya.

‘’Adalah, sayang jom kita mandi nak badan you dah melekit. Ni leher you pun dah berpeluh.’’Ujar Inara sejurus itu meniup perlahan leher Izraf.Tangan lelaki itu dipimpin lalu mereka berdua jalan beriringan menuju ke bilik air bersama. Izraf yang sudah tewas dengan nafsunya hanya menurut sahaja apa yang Inara lakukan pada tubuhnya. Bukan hanya Inara sahaja yang mahu, dirinya juga mahukan tubuh bekas isterinya itu. Akhirnya mereka berdua hanyut dengan syurga ciptaan mereka sendiri dibilik air itu.

 

Usai memasak Sofea mencapai telefon bimbitnya sudah tiga hari Izraf outstation dan sepanjang tempoh tiga hari itu Izraf langsung tidak menghubunginya mahupun menghantar pesanan mesej.Tiada.

 

‘’Tunggu cik abang call ke?’’Soal Aleeya Farzana sambil mendukung Hazeef yang sedang lena.Semasa Sofea sibuk memasak dialah yang membantu menjaga bayi lelaki itu.

‘’Haa aku tak sedap hatilah Leeya lama dah senyap je tak ada berita.Aku call asyik masuk mailbox je.’’Adu Sofea. Sejurus itu ada satu nombor yang tidak dikenali mengirimkan beberapa keping gambar Izraf sedang berpelukkan mesra dengan sorang Wanita disebuah restoren.Ada juga gambar kedua pasangan itu sedang bergelak tawa sambil berpelukkan disebuah pasar raya.

 

‘Danggg’

Sofea tergamam.Air matanya sedaya upaya ditahan namun tidak berjaya dia langsung terduduk lemah dilantai dapur itu.

Fact: 'Terkadang seseorang seakan-akan terlihat mencintaimu. Namun disisi lain dia sebenarnya mencintai orang lain.' Hye selamat membaca semua, jangan lupa tinggalkan komen anda. Iman berbesar hati menerima sebarang apa jua komen jika ada apa yang salah atau sebagainya InshaaAllah Iman akan perbaiki dimasa akan datang..Terima kasih ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience