Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 3

‘’Mama Naufal nak keluar pergi rumah Sofea tau, nanti Naufal balik awal.’’Beritahu Naufal langkahnya dibawa menuju Puan Hasmah yang sedang duduk beristirehat disofa ruang tamu itu. Tangan kanan ibunya diraih lalu dia menyalami tangan tua itu dengan penuh kelembutan
‘’Ye nanti kirim salam dekat makcik Rosnah.’’Balas Puan Hasmah sambil menggosok perlahan bahu anak bujangnya seorang itu.

 

Usai mengemas rumah Sofea mencapai telefon bimbitnya yang berada dicelahan sofa, dari jauh kedengaran telefon itu berdering kuat. Entah siapalah yang menelefonnya pagi-pagi ini.

 

‘’Assalamualaikum, ye boleh saya bantu?’’Soal Sofea terlebih dahulu .

‘’Sayang, kau ada rumah kan?’’Soal Naufal ditalian.

‘’Sayang? Siapa sayang? Saya Sofea bukan sayang.’’Beritahu Sofea sengaja mahu mengusik Naufal.

‘’Sofea jangan main-main please, aku nak pergi rumah kau. Kau ade rumah tak sayang?’’Soal Naufal serius.

‘’ Ade je marilah Aleeya pun ada dekat rumah aku. Fal aku teringinlah nak makan nasi lemak makcik bawang Lorong 3 tu, kau beli dekat aku boleh?’’

‘’Okey aku beli lagi lima minit aku sampai.’’Balas Naufal sejurus itu talian mereka diputuskan.

 

Sofea bingkas bangun menapak menaiki tangga menuju ke biliknya yang berada ditinggkat ke dua. Dia perlu mandi dan bersiap.

 

‘’ Aleeya sayang,bangunlah dah pukul 8 pagi ni mentang-mentang tak boleh solat subuh tadi bukan main kau ye bahagia sambung tidur.’’Ujar Sofea tangan sahabat baik merangkap bakal kakak iparnya itu digoncang lembut. Dari petang semalam lagi Aleeya menginap dirumahnya kerana Puan Rosnah yang minta supaya senang mereka dapat menghias barang hantaran yang sudah dibeli.

‘’ Yelah aku bangun.’’Balas Aleeya lantas dia bangun menuju ke bilik mandi yang berada dihujung sudut bilik Sofea.

 

Setelah membeli beberapa bungkus nasi lemak yang dipesan oleh Sofea, Naufal sudah tiba dihadapan pintu pagar rumah banglo tiga tingkat itu. Loceng yang berada diluar pagar ditekan.Beberapa minit kemudian pintu pagar dibuka.

 

‘’Naufal marilah masuk.’’Pelawa Puan Rosnah.

‘’ Terima kasih makcik,Mama  saya kirim salam dekat makcik.’’Beritahu Naufal.

‘’ Waalaikumussalam. Mari sarapan sama-sama Sofea awal dah masakkan nasi goreng dengan mihun goreng.’’

‘’Makcik duduklah dahulu biar Aleeya sediakan air panas. Makcik duduk ya.’’Sampuk Aleeya yang baru sahaja tiba diruang tamu.Puan Rosnah tersenyum lalu mengangguk. Senang hatinya apabila anak terunanya yang kedua mahu memperisterikan anak gadis itu. Aleeya seorang gadis yang sangat sopan santun, lemah lembut , hormat orang tua. Memang pilihan Puan Rosnah tidak mengecewakan.

 

‘’Fal mana nasi lemaknya ada ke tak?’’ Soal Sofea pula.

‘’Ada.’’Balas Naufal sambil menghulurkan satu bag plastik nasi lemak kepada Sofea.

‘’Makan dulu ye Naufal makcik  nak siram pokok bunga di luar. Aleeya pun makan sekali ya nanti kerja dapur tinggalkan saja biarkan  Sofea buat.’’ Pesan Puan Rosnah pada Naufal dan Aleeya.

 

‘’Sayang hidangkan aku mihun goreng boleh? Lepastu aku tak nak air yang Aleeya buat, aku nak kau buatkan air lain.’’pinta Naufal manja.

 

‘’Amboi senang kau order macam kat kedai ya?’’Perli Aleeya yang sudah duduk berhadapan dengan lelaki itu.

 

‘’Please..’’Pujuk Naufal lagi matanya dikelip-kelip.

 

‘’Sekejaplah aku buatkan.’’Balas Sofea mengalah.

 

 

Kelopak mata yang terasa berat digagahkan jua dibuka, sejak tadi lagi lenanya diganggu.Terasa ada jemari yang asyik membelai tubuhnya.

 

‘’Inara?’’Soal Izraf pantas jemari Wanita itu yang masih lagi membelai tubuhnya ditepis kuat.

‘’Kau buat apa masuk rumah aku!’’Tengking Izraf. Seluruh ruang dibiliknya itu bergema dengan pekikkan suaranya.

‘’Mummy bagitahu I yang you outstation harini so I nak ambil Hazeef for one weeks.’’Beritahu Inara tanpa segan silu satu kucupan dihadiahkan dipipi bekas suaminya itu.

 

‘’Tak perlu, selama ini kau langsung tak pedulikan dia jadi kenapa sekarang baru nak terhegeh-hegeh?’’Soal Izraf tegas. Dijarakkan kedudukan antara dia dan bekas isterinya itu.

 

‘’I nak kita rujuk balik please sayang.’’Pujuk Inara.

 

‘’Berambus dari rumah aku sekarang! Aku tak nak kau cuba-cuba dekati aku mahupun Hazeef!’’Amaran dari Izraf benar-benar membuatkan Inara terpaksa mengalah. Kakinya dibawa melangkah keluar dari bilik itu.

 

‘’Tak apa suatu hari nanti walau dengan apa jua cara sekalipun, I akan pastikan kita berdua bersatu balik sayang.’’Ujar Inara yakin.

 

Izraf merengus geram, meja kaca yang berada didalam biliknya ditumbuk kuat sehingga darah pekat mengalir-ngalir dari jari-jemarinya. Sial! Macam mana perempuan jalang itu bisa masuk kedalam private housenya! Tanpa menghiraukan luka ditangannya, Izraf pantas menyarungkan baju t-shirt ke tubuhnya yang terdedah tanpa pakaian itu. Kunci kereta dicapai, beberapa bag pakaian milik Hazeef dibawa masuk kedalam kereta. Hazeef didukung kemudian diletakkan didalam carseat yan berada ditempat duduk belakang.

 

‘’Daddy hantar sayang duduk rumah Mummy okey?’’Soal Izraf pipi tembam bayi itu dikucup penuh kasih. Kelihatan Hazeef tersenyum sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

 

Setelah 45 minit memandu akhirnya mereka berdua sampai dihadapan pagar rumah Sofea. Telefonnya dicapai lalu nombor telefon Sofea ditekan.

 

‘’Sofea keluar kejap, Aku ada depan rumah kau.’’ Ujar Izraf terlebih dahulu.

‘’Luar rumah saya? Seriusah Tuan?’’Soal Sofea lantas dia berlari anak meninggalkan Aleeya dan Naufal yang sedang makan.

 

Sebaik sahaja keluar, Sofea mendekati pintu kereta majikannya itu.Izraf menurunkan cermin kereta.

 

‘’Sofea masuk kereta aku kejap.’’Arah Izraf. Sofea langsung masuk dan duduk di kerusi hadapan bersebelahan dengan lelaki itu.

 

‘’Aku akan outstation seminggu. Petang ni aku akan flight pergi Singapore nanti kau tolong tengokkan Hazeef ya, tiap malam lepas settle kerja aku video call kau tengok Hazeef. Sorry susahkan kau.’’Ujar Izraf perlahan wajahnya diraup beberapa kali. Dirinya kelihatan seperti tidak terurus.

 

‘’Tuan kenapa tangan Tuan berdarah Tuan okey tak?’’Soal Sofea prihatin.

‘’Tangan aku luka je bukannya terputus pun.’’Beritahu Izraf santai kepalanya disandarkan kebelakang.

 

Haish handsome pulak duda garang ni desis Sofea dalam hati sambil mengerling Izraf disebelahnya.

 

‘’Tuan dah sarapan ke? Apa kata Tuan masuk sarapan dirumah saya, boleh letakkan ubat  dekat tangan Tuan yang luka tu sekali.Ibu saya pun pelawa Tuan sarapan sekali.’’Beritahu Sofea.

 

‘’Hmm.’’Balas Izraf terus dia melangkah keluar.

‘’Izraf marilah masuk sarapan, apa khabar Mummy kamu?’’Soal Puan Rosnah ramah.

‘’Alhamdulillah baik.’’Balas Izraf sambil tersenyum mesra kepada Wanita 60 an itu.

‘’Lah kenapa tangan luka ni Ya Allah banyak darah.’’

‘’Terkena serpihan kaca sahaja makcik tak teruk pun.’’Beritahu Izraf.

‘’Tak apa masuk dulu nanti makcik ambilkan ubat gamat.’’

 

Sebaik sahaja Puan Rosnah pergi Sofea memulakan bicara.

 

‘’Tuan duduklah saya letakkan Hazeef dalam baby carrier kejap.’’

Setelah meletakkan bayi lelaki itu didalam baby carrier Sofea menghampiri Izraf yang duduk dikerusi berhadapan dengan Naufal.

 

‘’Tuan nak sarapan apa nasi goreng atau mihun goreng?’’

‘’Urm mihun goreng,’’

‘’Air?’’

‘’Air suam, thanks.’’Ucap Izraf.

 

Setelah menghidangkan mihun goreng dan secawan air suam Sofea melabuhkan punggungnya dikerusi sebelah Naufal memandangkan disebelah kerusi Izraf diduduki oleh Aleeya.

 

‘’Aku balik dulu nanti petang aku datang balik bawa buku yang aku pinjam haritu. Thankyou masakkan breakfast.’’Bisik Naufal pada Sofea.

 

‘’Oh okey, thankyou juga Fal belikan nasi lemak makcik bawang tu.’’Balas Sofea juga berbisik seperti Naufal.

‘’Welcome sayang.’’Balas Naufal sejurus itu dia bangun untuk berjumpa Puan Rosnah sebelum pulang.

 

‘’Tuan ade nak tambah apa-apa?’’Soal Sofea.

Izraf tidak menjawab dia cuma menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Mood makannya hilang tiba-tiba sejurus mendengar lelaki tadi memanggil gadis dihadapannya itu sayang. Agaknya siapa lelaki itu padanya? Adakah Sofea sudah berpunya?

 

‘’Hazeef  tengokni Daddy tak nak makan, Hazeef pujuk Daddy suruh Daddy makan boleh?’’Soal Sofea pada Hazeef yang berada didalam baby carrier dihadapannya.

 

‘’Aku tolong Mama kau kat luar nanti aku masuk. Encik silalah makan.’’Celah Aleeya sopan kemudian dia beredar dari meja makan itu.Meninggalkan Sofea dan Izraf berdua sahaja.

 

‘’Tuan nanti saya nak bawa Hazeef keluar jumpa kawan saya boleh tak?’’Pinta Sofea. Yelah anak orang nanti aku bawa ke hulu ke hilir tak fasal kena dengan duda garang itu.

‘’Listen here Sofea, kau boleh keluar dengan Hazeef bila ada AKU SAHAJA. Aku tak benarkan kau keluar bawa Hazeef jumpa LELAKI lain. Faham?’’ Ujar Izraf jelas kedengaran seperti cemburu. Perkataan ‘Aku sahaja’ dan ‘Lelaki’ ditekankan.

 

Sofea mengangguk.
 

 

 

 

 

 

 

 

Happy Reading <333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience