Chapter 6
Azan subuh berkumandang kedengaran sangat jelas menandakan sudah masuknya waktu solat subuh.Sofea mengeliat kecil sambil menggosok kedua pelipis matanya. Hazeef yang masih tidur polos disebelahnya dicium. Handsomenya anak Mommy tidur bisik Sofea sendiri. Langkahnya dibawa menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
‘’Selamat pagi Mama.’’Sapa Sofea ceria. Hazeef yang berada dalam dukungannya diberi kepada abangnya Harraz.Haih terkedek-kedek abangnya mahu mendukung bayi kecil itu. Rasakan! Nak kahwin kenalah juga praktis jaga bayi macam mana kan? Bukannya kahwin nanti abangnya hanya perlu memikul tanggungjawab menjaga anak dara orang sahaja.
‘’Dukungkan kejap, adik nak basuh tangan.’’Kata Sofea.
‘’Seronok tengok anak Mama dengan cucu Mama pagini ceria je sebelum ni pagi-pagi muka tu masam. Cik abang call awak ke semalam?’’ Usik Puan Rosnah sambil menuangkan teko air teh yang sudah siap dibancuh kedalam cawan.
Sofea tersenyum, haih malunya.
‘’Tak adalah Mama, Sofea excited kan harini orang buat pelamin datang, orang pasang khemah datang. Lepastu mak saudara ayah saudara, sepupu sepapat balik ke sini. Tak sabar tunggu majlis akad nikah esok.’’Beritahu Sofea. Hazeef yang berada dalam dukungan abangnya diambil.
‘’ Adik tak sabar, yang abang ni nervouse sangat.Harap-harap abang sekali lafaz saja esok.’’ Ujar Harraz pula sambil mengunyah kuih seri muka yang dibuat oleh Puan Rosnah awal pagi tadi.
‘’Hye awek.’’Sapa Haziq abang sulung Sofea yang baru sahaja pulang dari Negeri Brunei.
Sofea langsung menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara yang sudah sekian lama tidak didengarinya itu,dia langsung menerpa ke arah abangnya.
‘’Sofea ingatkan abang tak jadi balik. Tskk..tskk abang jahat buat Sofea rindu dekat abang.’’Adu Sofea manja dengan air mata yang merembes keluar. Haih drama betul Sofea ni.
Haziq tersenyum, Sofea dibawa ke dalam dakapannya. Kepala gadis itu diusapnya penuh kasih.
‘’Alaa kesayangan abang ni manja betul, abang baru dua tahun tak balik bukannya dua puluh tahun.’’Balas Haziq.
‘’Lama tahu tak dua tahun tu bukannya sekejap.’’Rungut Sofea lagi.
‘’Eh baru perasan ada baby, baby siapa ni?’’
‘’Baby oranglah takkan baby Sofea pula.’’Balas Sofea bersahaja.
‘’Sudah Haziq, Sofea mari makan cepat.’’Panggil Puan Rosnah.
‘’Abang suap Sofea makan boleh? Hazeef tak boleh kalau Sofea letakkan dia dengan orang lain lama-lama. Dia memilih dengan Mama pun sekejap je boleh lama-lama Sofea tinggal menangislah dia.’’Beritahu Sofea keapa Haziq.
Puan Rosnah tersenyum.’’Biasalah Sofea, semua budak macam tu dia dah cam bau dan tangan Ibu mahupun Ayahnya. Sebab tu sesetengah budak susah kalau berenggang dengan Ibu atau Bapanya.’’Jelas Puan Rosnah. Sofea mengangguk faham.
Keesokkan harinya,
Suasana dirumah Puan Rosnah sangat meriah dengan suara saudara mara mereka serta kanak-kanak yang asyik bermain. Hari itu Sofea mengenakan sepasang baju kurung lace berwarna putih dipadankan juga dengan tudung bawal berwarna putih. Hazeef dipakaikan sepasang baju warna putih berlengan pendek serta berseluar pendek. Sarung tangan dan kaki berwarna kelabu dipakaikan dipergelangan tangan dan juga kaki. Topi kepala berwarna kelabu dipakaikan ke kepala si cilik itu. Akhir sekali Sofea membalut tubuh Hazeef dengan kain bedung berwarna kelabu berbelang putih.
‘’Handsomenya anak Mummy, kalau Daddy tengok mesti Daddy kata handsome.’’Ujar Sofea pada anak majjkannya itu. Setelah bersiap sepenuhnya Sofea membawa Hazeef turun ke bawah. Acara akad nikah akan berlangsung 10 minit sahaja lagi.
‘’Semua sudah sedia, saya minta izin mulakan majlis ya.’’Kata juru nikah itu.
Harraz menarik nafas beberapa kali. Dadanya berdegup kencang.
‘’Muhd Harraz bin Muhd Amin.’’
‘’Saya.’’Balas Harraz penuh debaran.
‘’Aku nikah akan dikau dengan Nur Aleeya Farzana binti Muhd Roslan dengan mas kahwinnya RM 500 tunai.’’ Ujar juru nikah tersebut.
‘’Aku terima nikahnya Nur Aleeya Farzana binti Muhd Roslan dengan mas kahwinnya RM 500 tunai.’’Lafaz Harraz.
Sah!
‘’Tahniah sahabat ku.’’Usik Sofea pada Aleeya yang sedang asyik melayan tetamu yang datang.
‘’Alhamdulillah thankyou Sofea, kau makan belum? Meh aku dukung Hazeef kau makanlah kesian aku tengok kau.’’Balas Aleeya.
‘’Nanti aku makan,Hazeef bukan mahu dengan orang lain. Dia nak aku je weh, jenuh makcik-makcik akak-akak lawa nak ngorat minta dukung dia bukannya dia mahu pun hahaha.’’Beritahu Sofea sambil ketawa.
‘’Lah sayang Daddy ni buli Mummy ya? Naughty boy Hazeef ni.’’Sampuk Izraf yang baru sahaja sampai di majlis pernikahan itu.
‘’Eh Tuan, bila sampai?’’Soal Sofea kaget. Senyumannya lansung mekar.
‘’Jemput makan ya Encik.’’Pelawa Aleeya sebelum beredar meninggalkan Sofea dan Izraf di meja makan itu.
‘’Baru sampai. Kau dah makan ke?’’Soal Izraf sambil melipat lengan baju kemejanya hingga ke paras siku.
‘’Err belum. Tuan masuk dalamlah makan kat dalam selesa sikit.’’Kata Sofea.
‘’Okey jom, biar aku dukung Hazeef pula. Rindunya dengan anak Daddy ni.’’Ujar Izraf sambil mencium kedua belah pipi tembam itu berselang seli.
Menu masakkan pada hari itu adalah nasi minyak, udang masak sambal, daging masak hitam, kari ayam, sayur jelatah dan beberapa lagi lauk tambahan. Usai menyedokkan nasi dan lauk kedalam pinggan buat Izraf, Sofea menghidangkan pada lelaki itu.
‘’Thankyou hidangkan untuk aku, kau tak makan sekali ke?’’Soal Izraf.
‘’Nantilah lepas Tuan makan saya makan.’’
‘’Aku suap, kita share.’’Satu sudu nasi berserta sedikit ayam dan daging disuakan ke mulut gadis itu.
‘’Makan cepat Sofea, aku dah lapar ni.’’ Rungut Izraf. Sofea langsung membuka mulutnya.
‘’Macam tulah goodgirl.’’Balas Izraf kini satu sudu nasi pula dibawa kedalam mulutnya.
Sofea terlopong, biar betul Izraf menggunakan sudu yang sudah dipakai olehnya sebentar tadi.
‘’Nganga cepat.’’Arah Izraf lagi.Spontan Sofea membuka mulutnya. Kini acara suap menyuap mereka meraih perhatian semua saudara mara Sofea yang lain.
‘’Amboi kalah pengantin. Sweetnya alahai dah macam satu keluarga bahagia.’’Usik Mak Uda.
‘’Tak lama lagi Ngah, kita merasa nasi minyak Sofea pula kan Uda?’’Sampuk Mak Su pula. Bergema ruang tamu itu dengan suara usikkan mereka yang asyik mengusik Sofea dan Izraf.
‘’Assalamualaikum makcik.’’Sapa Naufal yang baru tiba.
‘’Waalaikumussalam Naufal, marilah masuk Sofea makan didapur.’’Beritahu Puan Rosnah. Naufal mengangguk lalu dibawa langkahnya menuju ke dapur.
‘’Sayang.’’Sapa Naufal dibelakang kerusi yang diduduki Sofea. Sofea langsung menoleh ke belakang.
‘’Eh Fal, marilah duduk. Kau nak makan apa meh aku hidangkan.’’Balas Sofea sambil tersenyum.Izraf menjeling sekilas ke arah Naufal.
Menyemak je mamat ni, sibuk je datang. Pastu tersenyum-senyum kutuk Izraf dalam hati.
‘’Apa-apa pun tak kisah, kau ambilkan juga dessert boleh tak sayang?’’Soal Naufal dengan tersengih-sengih.
‘’Yelah duduklah aku ambilkan. Tuan makan dulu ya nanti saya datang.’’Kata Sofea pada Naufal dan Izraf.Hazeef yang berada dalam dukungannya diberi keapada Izraf sebentar.
Sebaik sahaja bayang Sofea menghilang Izraf langsung merenung tepat wajah Naufal bagai mahu ditelan sahaja lelaki itu hidup-hidup. Hatinya menggelegak panas mendengar lelaki itu memanggil Sofea sayang! Nampak gayanya dia perlu bertindak cepat bila-bila masa sahaja gadis itu akan disambar orang.
"Tanpa ada apa apa hubungan , tapi merindu. Tanpa ada apa apa hubungan , tapi cemburu. Tanpa ada apa apa hubungan , tapi merasa takut kehilangan." - Iman Izraf Anda semua dialukan untuk meninggalkan sebarang komen mengenai cara penulisan idea atau sebagainya, jika ada yang kurang InshaaAllah akan diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih. Happy reading readers <3
Share this novel