Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 8

 

Sofea melirik jam dipergelangan tangannya, menunjukkan pukul 7.10 minit sudah hampir mahu masuk waktu maghrib.

‘’Fal, nanti kita sambung dah maghrib ni lepas solat kau bolehlah balik biar nanti pengatin baru pula sambung cuci periuk belanga semua tu.’’Kata Haziq. Sofea mengangguk dia juga sudah letih.

 

Baru sahaja Sofea mahu menaiki tangga menuju ke biliknya dia baru teringat akan duda garang itu. Dahinya ditepuk aduh macam mana boleh lupa? Sofea bergegas mencari Izraf disegenap ruang rumahnya.

 

‘’Izraf dah balik, Hazeef pun sudah dibawa balik sejam lepas.’’Beritahu Harraz Sofea.

‘’Lah kenapa dia tak bagitahu aku pun dia nak balik.’’Rungut Sofea pada Aleeya dan Harraz.

‘’Dia tak nak kacau kau buat kerja kot, kau naiklah atas berehat.’’Pujuk Aleeya. Sofea mengangguk lemah.

 

‘’Sayang nak makan tak abang boleh ambilkan?’’Soal Harraz lembut jari-jemari sang isteri dielus lembut.

‘’Urm saya nak makan koeyteow yang mak uda goreng boleh? Tadi saya tak sempat makan.’’Balas Aleeya yang masih malu-malu dengan suaminya.

Harraz tersenyum bahu si isteri dirangkul kemudian dibawa menuju ke dapur.

 

 

 

 

 

 

Setelah membersihkan diri Sofea mencapai telefon bimbitnya, nombor si duda garang itu ditekan lalu Sofea mula menghantar pesanannya melalui whatsapp.

 

Sofea : Assalamua’laikum Tuan, saya minta maaf saya tidak peduli pada Tuan petang tadi sehingga Tuan balik.

Beberapa minit kemudian Izraf membalas pesanan Sofea.

Izraf : Aku tak nak kacau kau dating dengan boyfriend kau tu. Aku balik ajelah dari terus tercegat macam tunggul kayu kan? Dah tak payah nak minta maaf sangat!

Sofea :Maafkan saya Tuan, saya janji tak buat Tuan macam tu dah.

 

 Beberapa minit kemudian Sofea masih menunggu balasan dari lelaki itu namun hampa. Tiada respon. Sofea mengeluh nafas berat dihembus keluar, sudahlah Sofea kau yang terhegeh pada dia. Jelas oang sudah tidak sudi mungkin dari dulu dia anggap kau hanya pekerja sahaja tidak lebih. Kau yang berharap! Ujar Sofea sendiri sambil menatap syiling biliknya. Tiba-tiba air matanya mengalir mula-mula hanya setitis namun lama- kelamaan air matanya kian mengalir deras. Hatinya terasa sangat sakit dengan ayat terakhir lelaki itu. Dia benar-benar ikhlas minta maaf namun Izraf berkata sedemikian kepadanya.

 

Sofea yang asyik melayan tangisannya merengus geram apabila telefon bimbitnya berdering kuat menandakan ada manusia yang menghubunginya. Sofea pantas menyambungkan talian tanpa melihat siapakah gerangan yang menghubunginya.

 

‘’Hello nak apa? Orang tengah nangis tak ada mood. Kalau tak ade apa yang penting esok ajelah call.’’Kata Sofea dengan suaranya yang sengau akibat terlalu banyak menangis.

‘’Kau nangis kenapa baru lepas break dengan boyfriend ke? Ceh nangis macam budak mengada!’’Kutuk Izraf.

‘’Tuan kalau call untuk sakitkan lagi hati saya baik tak payah!’’Ujar Sofea lantang air matanya makin merembes keluar bila mendengar kutukan dari suara garau itu.

‘’Gedik. Baru cakap macam tu je pun nak menangis. Kau ni cengeng betul!’’ Kutuk Izraf lagi. Entah rasa bahagia menyelusup kedalam jiwanya bila mendengar suara lemah gadis itu yang seakan merajuk padanya.

 

‘’Tengok tu Tuan jahat. Tsk..tskk saya betul-betul minta maaf saya tak buat dah selepas ni.’’Adu Sofea bersama tangisannya.

‘’Tengoklah macam mana rasa macam malas nak maafkan kau.’’Balas Izraf sambil tersenyum jahat.

‘’Tak apalah Tuan, Saya sedar siapa saya untuk Tuan nak maafkan. Saya tidur dulu.’’Ucap Sofea lemah suaranya juga sudah tenggelam timbul.

 

Izraf langsung tidak senang duduk. Salahnya juga buat anak gadis itu menangis teruk disebabkannya. Konon nak mengusik sahaja aduh.

 

‘’Sofea maafkan aku okey, aku usik kau itu saja. Kau dengar tak suara aku ni? Hello Sofea.’’Panggil Izraf apabia tiada sahutan dari Sofea.

‘’Tuan jahat, tipu saya. Mainkan saya!’’Balas Sofea perlahan. Kurang asam punya duda, senang-senang dia je eh mainkan aku. Bazir air mata aku je menangis.

‘’Dah jangan menangis tidurlah dah lewat kau pun mesti dah penat kan? Esok ade putera handsome nak masuk meminang.’’Kata Izraf.

‘’Putera handsome mana pulak nak minang saya Tuan? Tuan ni merepek je.’’Rungut Sofea sambil mengesat air hingus yang meleleh dihidungnya.

‘’Aku, Iman Izraf nak lamar kau Orked Sofea binti Amin menjadi Isteri aku yang sah. Sudi tak kau jadi pendamping hidup aku? Sudikah kau menjadi suri hati aku didunia dan akhirat?’’ Tanya  Izraf penuh yakin. Sofea sudah terlopong benarkah lelaki yang selama ini dia impikan melamar dirinya? Ataupun dia salah dengar? Air matanya langsung Kembali mengalir deras.

 

‘’Tuan berhentilah main-mainkan perasaaan saya, benda fasal khawin tak lawak Tuan.’’Balas Sofea serius.

‘’Aku dah jumpa Mama petang tadi. Kau tanyalah Mama.’’Beritahu Izraf. Sofea lansung mencampak telefon bimbitnya dan berlari keluar menuju ke bilik Puan Rosnah.

 

 Pintu biliknya Ibunya langsung dibuka tanpa mengetuk terlebih dahulu. Amboi anak dara tu bukan main ye tak sabar! Hihi

 

‘’Mama Tuan Izraf nak masuk meminang Sofea ke?’’Soal Sofea terus. Puan Rosnah tersenyum lalu mengangguk.

‘’Ye petang tadi dia beritahu nak masuk meminang Sofea tengah hari esok.Mama ikutkan saja asal Sofea setuju.’’

‘’Sofea setuju Mama.’’Balas sofea langsung dia mendakap tubuh Ibunya itu erat.

 

 

 

 

 

 

 

Secoet sedutan chapter 9 "Aku cemburu kerana aku sayang , maaf jika aku terlampau cemburu sehingga membuatkan engkau rimas." Kata Izraf sambil mengelus kepala gadis itu yang berlapikkan tudung bawal berwarna coklat muda itu dengan lembut. Selamat membaca semua :) Jangan lupa tinggalkan komen anda jika ada sebarang kesalahan yang perlu Iman baiki, Iman berbesar hati menerima kesemua komen, idea dan sebagainya dari anda semua.Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience