Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 5

 

‘’Bukan main laju lagi tu masuk billik siapa call adik?’’Soal Puan Rosnah kepada Harraz. Harraz menganggkat bahu tanda dia tidak tahu.

‘’Mama, ade banyak lagi ke barang yang tak cukup untuk majis nanti?’’ Soal Harraz pula, mujurlah majikannya memberi cuti selama dua minggu untuk majis perkahwinan yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

‘’ Alhamdulilllah semua dah cukup.’’Beritahu Puan Rosnah.

‘’Harraz masuk bilik dulu ya Mama, nak mandi nanti lepas mandi Harraz turun makan.’’

Puan Rosnah mengangguk.

 

Usai memandikan Hazeef dan menidurkannya di dalam bilik, Sofea menuju ke ruang tamu. Rasanya sudah 10 minit Naufal menunggunya diruang tamu itu.Dari jauh lagi Sofea dapat melihat Naufal yang segak  mengenakan baju jersi dan seluar tracksuit. Haih handsome macam tu pun tak ada lagi awek dari dulu sampailah sekarang.

 

‘’Assalamualaikum Encik Naufal.’’Sapa Sofea berserta senyuman yang lebar. Punggungnya dilabuhkan dihadapan sofa yang diduduki sahabat baiknya itu.

‘’Waalaikumussalam sayang, lamanya kau sidai aku dekat ruang tamu ni hmm tak patut betul.’’Balas Naufal dalam nada sayu dan merajuk.

‘’Aku tidurkan Hazeef maaf sangat biar kau tunggu lama, kau beli tak aiskrim yang aku pesan tu?’’Sofea mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali mahu memujuk Naufal yang masih dengan rajuknya.

‘’Ada.’’

Sebungkus bag plastic yang didalamnya ada beberapa plastic aiskrim Magnum dihulurkan pada gadis kesayangannya itu.

 

‘’Thankyou Fal.’’Ucap Sofea penuh gembira. Wajahnya sedari tadi tidak lekang dengan senyuman.

‘’Aku sanggup buat apa saja untuk kau Sofea, apa jua asalkan untuk melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir kau sayang. Selagi mana aku hidup akan aku pastikan tiada siapa dapat melukai hati dan perasaan kau.’’Omong Naufal didalam hati sambil melihat wajah Sofea yang berseri-seri dengan senyuman diwajahnya.

 

 

 

Pintu bilik hotel itu ditutup lalu dikunci dari dalam.
Baju kemeja berwarna putih yang tersarung ditubuhnya sejak awal pagi tadi dibuka, tubuhnya dibawa menuju ke tilam yang kelihatan sangat empuk itu. Wajahnya beberapa kali diraut. Tubuhnya terasa sangat penat.Bilik hotel yang sunyi itu ditenungnya lama, tiba-tiba dia teringatkan si gadis yang berjaya menaburkan semula benih cinta dalam hidupnya. Telefon bimbitnya dibuka lalu nombor si gadis ditekan.

 

Sofea mengerling sekilas jam yang berada diatas meja kerjanya menunjukkan pukul 3.00 pagi.

Sofea mengeluh berat. Siapa pula yang menghubunginya sewaktu jam sebegini, sudahlah esok awal pagi dia perlu bangun awal. Dengan malasnya Sofea menjawab panggilan tersebut.

 

‘’Hello siapa ni?’’Soal Sofea. Macam biasalah dia selalu tidak melihat nama siapa yang tertera di skrin telefonnya.

‘’Sofea, sorry aku sibuk sangat dekat sini. Aku tak lupa janji aku, aku cuma tiada masa. Jadual aku full sangat.Anak kita macam mana dia sihat tak?.’’Soal Izraf matanya dipejam membayangkan wajah gadis itu yang sudah beberapa hari tidak dilihatnya.

 

Mata yang sedari tadi kuyu langsung segar bugar sebaik sahaja  mendengar suara garau itu.

 

‘’Tuan call saya?’’Soal Sofea polos.

‘’Ye aku call kau, kau okey ke kat sana? Hazeef macam mana?’’

‘’Hazeef okey tak meragam pun. Tuan lama lagi ke dekat Singapore?’’Soal Sofea nada suaranya yang ceria bertukar sayu.

‘’Kenapa sayang? Kau rindu aku ke?’’Soal Izraf sambil tersenyum lebar.

‘’Ish tak adalah Tuan, maaf saya hanya tanya Tuan sahaja.’’ Balas Sofea wajahnya terasa membahang malu.

‘’Esok lusa nanti majlis nikah abang kau kan? Urm aku rasa aku tak boleh hadir, aku lama lagi dekat sini.’’Beritahu Izraf.

‘’Ooh tak apalah macam tu, Tuan jaga diri ya.’’Pesan Sofea.

‘’Ye, kau pun jaga diri baik-baik. Jaga Hazeef baik-baik.’’Balas Izraf. Sejurus itu talian dimatikan.

 

‘’Tunggu aku balik okey sayang, aku akan lamar kau. Aku janji akan jadikan kau isteri aku.’’Kata Izraf sambil mengelus gambar wajah Sofea yang terpamer di skrin telefon bimbitnya. Segala rasa penatnya tadi hilang begitu saja apabila mendengar suara yang sangat dirinduinya itu sebentar tadi.
 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Quotes- "Sedang belajar menerima sebuah hakikat yang berat, Bahawa mencintai itu tidak semestinya perlu memiliki, Memiliki itu tidak semestinya perlu selamanya, Walau jiwa berteriak mahu untuk memiliki, Walau jiwa meronta ingin terus memiliki, Kerana takdir Tuhan itu lebih mengatasi." Happy reading readers <333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience