Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 15

 

 

Dua minggu sudah berlalu dengan sangat cepat.Sebaik sahaja majlis persandingan sebelah keluarga pihak lelaki berlangsung satu minggu yang lepas  Sofea mula sedar akan perubahan sikap suaminya.Lelaki itu semakin dingin dan kurang berbicara.Malah mereka juga tidur asing-asing.Sofea pernah menyoal suaminya itu mengapa mereka harus duduk dibilik yang berasingan namun Izraf hanya menjawab dia tidak mahu menganggu Sofea apabila dia perlu berjaga malam menyiapkan segala tugasan mahupun dokumen kerja.

 

Malam itu Sofea nekad mahu berbincang dengan Izraf.Mereka tidak boleh selamanya begitu.Sofea langsung mengatur Langkah menuju ke arah bilik kerja suaminya itu.Daun pintu diketuk kemudian barulah dia melangkah masuk.

 

‘’Awak?Boleh saya masuk?’’Sapa Sofea bersama senyuman manisnya.

‘’Hm.’’

‘’Awak..’’

‘’Apa you nak? I tak ada masa nak layan you! Lain kali boleh tak cakap tu terus bagi habis senang.Tak payah nak panggil banyak kali.Rimas tahu tak?’’Herdik Izraf sehingga urat lehernya timbul.

 

Sofea tergamam.Jemarinya mula menggeletar ketakutan.Selama tiga minggu mereka bersama Izraf tidak pernah memarahiya teruk sebegini.Sungguh dia berasa sangat kecewa.

 

‘’Tak ada apa kan? Dah keluar!’’Sofea menundukkan wajahnya dia langsung cepat-cepat beredar dari bilik kerja lelaki itu. Sebaik sahaja bayang isterinya itu menghilang Izraf langsung meraup kasar wajahnya.Sebenarnya punca dirinya kusut adalah disebabkan Inara.Perempuan itu sudah seminggu tidak menghubunginya sejak hari persandingan Izraf dan Sofea yang berlangsung pada minggu lepas .Inara yang diserang rasa cemburu melarikan dirinya dari Izraf.Dan disebabkan perempuan itu langsung ‘ghaib’ Izraf menjadi tidak keruan.

 

Dasar gila! Isteri yang ada didepan mata dilayan seperti boneka bila mahu dicari namun, apabila tidak diperlukan langsung dibiarkan seperti tiada perasaan sahaja lagaknya.

 

Daun pintu biliknya ditutup rapat.Tubuhnya langsung melorot jatuh terduduk lemah dilantai bilik itu.Tangannya naik menekup mulutnya menahan tangisan yang mahu keluar.Bergetar bibirnya menahan dari mengeluarkan bunyi esakkan.Sungguh benar hatinya sangat sakit bagai ditusuk belati tajam!

Tiba-tiba kedengaran bunyi derapan tapak kaki menghampiri pintu biliknya.

 

‘’Sayang, Sofea maafkan I. I tak sengaja herdik you. Fikiran I kusut sayang. I miss you sayang, please bukak pintu.’’Pujuk Izraf lembut.

Sofea yang berada disebalik pintu mendiamkan diri.Bukannya ego ataupun mahu pujukkan dari lelaki itu, dirinya Cuma memerlukan sedikit masa untuk memulihkan hatinya. Sofea langsung mematikan suis lampu dibiliknya.Keesokkan harinya Sofea bersiap awal usai menyediakan sarapan buat Izraf.Sofea bersiap memakai baju musimah dan juga berseluar track.Hazeef juga dibawa sekali pergi bersiar di sebuah taman di perumahan Izraf.

 

Sofea memilih sebuah bangku berhadapan dengan tasik.Hazeef dibiarkan lena didalam stroller.Sambil melihat kehijauan taman itu air matanya tiba-tiba mengalir dengan sangat deras.

 

Dahulu dia sangkakan berkahwin muda dirinya akan bahagia disamping keluarga namun sangkaaannya salah.Inilah kebenaran dunia yang nyata Sofea, cerita kehidupan kita tidak seindah didalam buku-buku novel cinta. Yang dimana sentiasa bahagia tidak!

 

‘’Are you okey sister?’’Soal seorang gadis remaja yang kebetulan bersenam di taman itu.

‘’Uhurm, saya okey terima kasih dik.’’Balas Sofea sambil mengesat cepat air matanya.

‘’Boleh saya duduk? Saya Sara comelnya anak akak.Akak seorang saja kah? Suami akak tak ikut ke?’’Soal gadis yang bernama Sarah itu.

‘’Sorang je.’’Balas Sofea. Sara mengangguk. Adalah dalam 10 minit mereka berdua berbual selepas itu Sofea meminta diri untuk pulang risau jika Izraf memarahinya sudahlah dia keluar pun tidak minta izin suaminya itu.Sungguh berdosa rasanya.

 

‘’You pergi mana sayang? Gugur jantung I pagi tadi bila masuk bilik you, you tiada dengan Hazeef pula tu. I risau sangat sayang.’’Ujar Izraf tubuh isterinya ditarik lalu dipeluknya erat.

‘’Maaf saya keluar tak bagitahu.’’

‘’Booboobear maafkan I pasal semalam okey. I minta maaf sangat-sangat.’’Kedua belah tangan isterinya digengggam erat kemudian dicium bertalu-talu.

‘’Saya maafkan.’’Sofea langsung membalas pelukkan suaminya. Izraf tersenyum senang.Mujurlah Sofea senang dipujuk.

‘’Sayang, tengah hari ni I nak makan menu ayam masak merah boleh? I suruh driver I hantarkan you ke pasar raya. I tak boleh nak temankan you sebab nanti PA nak datang ambil dokumen kerja I .’’Beritahu Izraf. Sofea mengangguk faham teruja rasanya mahu membeli belah di pasar raya.

 

Izraf yang terdengar bunyi loceng rumahnya ditekan bertalu-talu bergegas membuka pintu rumahnya.Disangkakan Pembantu peribadinya malah Inara.

‘’You buat apa datang sini? Mana you pergi seminggu?’’ Soal Izraf.

‘’I cemburu. I datang sebab I rindu you lah.’’ Inara langsung memeluk Izraf erat.

‘’You tak sentuh perempuan tu kan?’’Soal Inara lagi.Dahulu Izraf berjanji dengannya bahawa dia tidak akan melakukan hubungan badan dengan perempuan itu. Entah benar atau tidak.Lelaki mana yang boleh pejam mata saja bila tiba bab nafsu.

 

‘’Ye I tak sentuh dia lagi.’’Beritahu Izraf jujur.

‘’I percayakan you.’’Inara langsung mencium bibir Izraf lama.

 

Sofea yang baru sahaja sampai dari pasar raya, melangkah riang menuju pintu rumahnya.Tidak sabar rasanya mahu memasakkan makanan kegemaran suaminya itu.Sebaik sahaja sampai dimuka pintu rumahnya, Langkah Sofea mula longlai apabila menolak tombol pintu rumah itu.Matanya membulat besar melihat dua figura manusia yang asyik bercumbu dengan desahan  yang menggila.

 

Kecewa!!!

Ya dia tersangat kecewa.Orked Sofea terduduk lemah dihadapan muka pintu itu sambil menyaksikan suaminya yang asyik bercumbu dengan seorang gadis yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kindly drop your comment down below! Selamat membaca readers!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience