Orked Sofea

Drama Series 18928

Chapter 9

 

Sofea tersenyum manis menilik penampilannya pada majlis pertunangannya. Dress putih berbunga halus yang diberikan Izraf kepadanya dipakai. Dress itu sangat sesuai dengan bentuk badannya. Wajahnya dioles dengan sedikit makeup nipis. Setelah berpuas hati dengan hasil sentuhannya sendiri, Sofea melangkah menuruni tangga menuju ke ruangan tetamu.Hatinya berbunga-bunga dan berdebar-debar jantungnya saat ini. Bibirnya semakin termanis senyum sebaik sahaja tiba di ruangan itu. Punggungnya dilabuhkan di mini pelamin yang dihias oleh saudara mereka yang lain. Mujurlah sempat buat ala kadar. Sebaik sahaja selesai berbincang mengenai Tarikh pernikahan dan sebagainya, Majlis diakhiri dengan doa kesyukuran.

 

‘’Tahniah ya sayang lagi satu minggu Sofea akan menjadi menantu Ibu.’’Ujar Puan Yasmin sambil memeluk erat Sofea.Satu kucupan hinggap dipipi gadis itu.

‘’Terima kasih Ibu sudi terima Sofea.’’Balas Sofea sambil menyalami kedua belah tangan Wanita yang bakal menjadi Ibu mertuanya.

‘’Sofea sempurna sangat untuk Izraf.’’Kata Puan Yasmin lagi. Sofea tersenyum malu.

 Tiba-tiba perbualan mereka terhenti sebaik sahaja kelibat Izraf yang segak mengenakan baju kemeja berwarna putih melangkah menghampiri pelamin yang diduduki oleh Sofea.

 

‘’Haih tunang aku ke ni? Awat segak sangat aih dengan lengan baju berlipat paras siku.Grrr aura dia lain macam.’’ Bisik Sofea dalam hati. Bukan main puji encik tunang nampak? Hahaha.

 

‘’Boleh aku duduk?’’Soal Izraf pada Sofea.

‘’Boleh-boleh silalah.’’Balas Sofea sambil menjauhkan sedikit kedudukannya dari encik tunangnya itu.

‘’Asal kau hodoh sangat ni? Urm aku tengok tak cantik pun.’’Kutuk Izraf nada suaranya perlahan seakan berbisik pada Sofea.

‘’Tuan ni kenapa suka sangat sakitkan hati saya?’’ Balas Sofea juga berbisik. Wajahnya mula muram apabila dikutuk sebegitu oleh tunangnya sendiri.

‘’Tak aku jujur. Serius kau tak cantik, aku tengok Fatin sepupu kau tu pula yang lagi cantik dari kau.’’Usik Izraf lagi. Sedangkan sebenarnya  dia terlopong sendiri apabila melihat tunangnya itu sebentar tadi. Namun sengaja dia mahu menyakat Sofea.

‘’Kalau macam tu bertunanglah dengan dia, saya tak kisah.’’Balas Sofea perlahan langsung setitis manik jernih mengalir dipipinya.

‘’Lah kenapa menangis pulak dah si Sofea tu?’’Soal Harraz. Aleeya yang berada disamping suaminya langsung menoleh kearah pelamin yang diduduki Sofea. Benar gadis itu menangis. Haa sudah!

‘’Sofea, sorry aku gurau je kau cantiklah harini cantik sangat.’’Pujuk Izraf kini pandangannya dihalakan pada Sofea sahaja. Kepala yang tak terasa gatal digaru.

Sofea tidak menjawab. Sengaja dia diam sahaja punggungnya dianggkat lalu dia melangkah menuju ke ruangan makanan diluar yang sudah terletak dibawah khemah. Izraf langsung mengejar Langkah Sofea.

 

‘’Kau ambil untuk aku sekali ke? kita share nak?’’Soal Izraf bersama senyuman manisnya konon mahu memujuk Sofea.

‘’Pergilah share dengan Fatin, saya nak makan dengan Naufal.’’Balas Sofea tanpa memandang wajah tunangnya itu.

‘’Sayang please aku tak nak kau makan dengan budak tu, please aku tak suka. Aku cemburu.’’Adu Izraf perlahan saja nada suaranya. Dia sudah tidak malu mahu memberitahu perasaan cemburunya itu.

 

Sofea tergamam pertama kali mendengar Izraf memanggil dirinya sayang. Aish tercair pulak hatini tak jadi nak merajuk lama-lama.

 

‘’Cemburu buat apa saya bukan cantik pun, Naufal pun tak nak dekat saya.’’Balas Sofea sengaja dia memerli lelaki itu. Biar dia rasakan pula!

‘’Sofea.’’Panggil Naufal yang sedang duduk dua meja dari mereka berdua.Tangan lelaki itu menggamit Sofea supaya datang kearahnya.

‘’Tu Naufal dah panggil saya.’’Ujar Sofea. Jelas terlihat wajah duda garang itu bertukar sayu. Sofea sudah berpura-pura mahu melangkah pergi namun hujung lengan baju dress miliknya ditarik perlahan oleh Izraf.

 

‘’Please sayang, makan dengan aku.’’Rayu Izraf lagi. Egonya sudah runtuh.

‘’Okey nah nasi untuk Tuan.’’Sofea tersenyum. Yes kemenangan miliknya. Hahaha biasalah perempuan mana pernah kalah kan? Hihi

 

‘’Sayang aku nak ayam kau boleh?’’Soal Izraf sambil tersengeh-sengeh membodek. Sofea tercengang haih dua ketul paha ayam aku ambilkan ke pinggan dia tadi sekejapnya dah habis. Berselera betul makan.

‘’Ambillah saya tak nak.’’Balas Sofea sambil meletakkan seketul ayam goreng berempah ke pinggan Izraf.

‘’Thanks sayang, esok aku bawa kau fitting baju.Sayang nak pakai baju warna apa nikah dengan majlis dirumah nanti?’’Soal Izraf sambil menyisip sedikit air minuman. Berselera rasanya apabila  makan bersama orang tercinta.

‘’Ikut Tuan.’’Balas Sofea bersahaja.

‘’Starting from today kau tak boleh panggil aku Tuan.’’

‘’Habistu nak panggil apa?’’

‘’Baby,sayang, cinta, love apa-apa sahaja asalkan bukan Tuan.’’Beritahu Izraf.

‘’Erk eww peliklah nak panggil macam tu.’’Balas Sofea sambil membuat mimik muka menggelikan.

‘’Tiada bantahan sayang.’’Kata Izraf nada suaranya lembut sahaja namun tetap kedengaran tegas.

‘’Urm yelah.’’Balas Sofea mengalah. Izraf tersenyum puas.

 

Majlis pertunangan yang hanya dihadiri saudara-mara yang terdekat sahaja itu selesai pada pukul 4 petang. Sofea langsung meminta izin untuk masuk ke bilik  membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu asar. Izraf juga sudah pulang satu jam yang lepas. Tuala miliknya yang berwarna putih dicapai dari ampaian lalu kakinya dibawa menuju ke biliik air.

 

‘’Siapa betina dalam gambar ni? Sampai hati you duakan i.’’Bentak Inara sebaik sahaja Izraf membuka pintu rumah yang sedari tadi diketuk. Beberapa helaian gambar sekitar majlis pertunangan dicampak tepat pada wajah lelaki itu.

Izraf meraut kasar wajahnya, nafasnya dihembus beberapa kali. Api kemarahannya memuncak dengan kehadiran bekas isterinya itu.

‘’Kau nak apa perempuan?’’Soal Izraf kasar.

‘’Apa ni sayang, I nak kita rujuk. I akan pastikan betina tu tak dapat ganti tempat i.’’Pekik Inara suaranya bergema kesegenap ruangan rumah Izraf.

Izraf tidak menjawab daun pintu rumahnya langsung ditutup.Biarkan saja perempuan gila itu duduk diluar. Izraf Kembali merehatkan badannya diatas katil milknya, mujurlah Hazeef dijaga oleh Ibunya Puan Yasmin. Matanya cuba dipejamkan namun tak berhasil, sebaik saja Izraf memejamkan matanya langsung bayangan Sofea yang sedang tersenyum manis muncul. Izraf langsung menghubungi Sofea melalui video call.

 

‘’Assalamua’laikum sayang.’’Sapa Izraf ceria sebaik sahaja panggilan mereka bersambung.

‘’Wa’alaikumussalam ye awak ada apa?’’Balas Sofea.

‘’Sayang baru lepas solat ke?’’Soal Izraf kerana melihat Sofea memakai  telekung, dari posisi baring dia bertukar meniarap diatas katil itu pula.

‘’Ye, awak solat dah ke?’’Soal Sofea.

‘’Dah, sayang I rindu you lah.’’Ujar Izraf menggoda. Sofea pula terkebil-kebil mencerna ayat encik tunangnya itu. Sejak bila ber I-you pula?

‘’Erk awak okey tak? Macam tak okey je.’’Rungut Sofea.

‘’Tak okey, I rindu you. Urm sayang esok datanglah rumah I dah lama I rindu nak makan masakkan you.’’Adu Izraf manja.

‘’Kan Mama dengan Ibu tak bagi kita jumpa tunggu hari nikah nanti.Esok fitting baju pun saya kena pergi dengan abang saya Haziq.’’Beritahu Sofea.

‘’Haih lamanya nak tunggu hari nikah.’’Rungut Izraf. Sofea hanya ketawa tak sangka tunangnya itu semanja dan segedik ini.

‘’Dah saya nak turun nak jumpa Naufal  dia bawakan saya ice cream.’’Kata Sofea sengaja dia mahu membuat Izraf cemburu. Setakat ini kelemahan lelaki itu adalah Naufal kah nampaknya senang Sofea mahu mengenakan lelaki itu nanti.

‘’Kenapa budak tu tak balik lagi? Lama-lama kat rumah orang tak malu betul.’’Kutuk Izraf raut wajahnya mula masam.Dari meniarap langsung duduk sebaik saja mendengar nama Naufal.

‘’Tak baik kutuk orang. Dah saya off call dulu bye bye.’’Kata Sofea.

‘’Sayang you tak payah makan ice cream yang budak tu beli.You nak makan ice cream apa let me know.I belikan sekarang.’’

Nampaknya umpan aku mengena kah kah bisik Sofea sendiri.Masa seperti inilah perlu digunakan untuk mengenakan duit tunangnya itu hehe.

‘’Betul ke ni apa-apa je?’’Soal Sofea memancing.

‘’Ye sayang anything?’’Balas Izraf lembut.

‘’Saya nak ice cream magnum semua flavour, lepastu nak cornetto, ice cream sundae Mcdonalds, and ice cream mcfulrry oreo. Saya order banyak bukan apa, saya teringatkan saudara mara lain boleh makan sekali.Boleh kan awak?’’Soal Sofea sambil mengerdipkan matanya.

‘’Okey noted sayang, give me ten minutes ice cream you kesemuanya akan sampai okey.Bye sayang take care I love you.’’Ujar Izraf langsung panggilan video mereka diputuskan.

 

Wah macam ni ke rasa jatuh cinta dan bahagia? Ucapan I love you dari lelaki itu terngiang-ngiang di pendengarannya. Dia kata I love you dekat aku lah huff bernafas Sofea bernafas kata Sofea sambil mengipas mukanya yang sudah semerah tomat itu.Bak kata orang putih ‘Butterfly in my stomach’’ agithcu.

 

Sepuluh minit kemudian kedengaran bunyi enjen kereta berada di luar parkir rumahnya, Sofea langsung bergegas membuka pintu. Entah betul atau tidak si duda garang itu membelikan kesemua ice cream yang dimintanya sebentar tadi.Hmm dengar boleh peraya jangan.

‘’Assalamua’laikum maaf makcik, saya nak hantar ice cream yang Sofea pesan ni.’’Sapa izraf sebaik sahaja Sofea dan Puan Rosnah membuka pintu rumah.

‘’La banyaknya kamu beli.’’Balas Puan Rosnah sambil menyambut huluran satu beg plastic besar yang terdapat pelbagai ice cream didalamnya.

‘’Saya beli banyak sebab boleh saudara mara yang lain makan sekali.’’Beritahu Izraf sambil tersenyum.

‘’Terima kasih, Sofea apa tercegat pelawalah tunang kamu masuk minum.’’Sampuk ayah cik bapa saudara Sofea.

‘’Tak apa terima kasih ayah cik saya nak beransur ni ada kerja lain.’’Tolak Izraf lembut.

‘’Baiklah bawa kereta baik-baik ya nak.’’Pesan Puan Rosnah. Izraf mengangguk. Sofea menghantar Izraf sehingga ke tempat parkir kereta.

‘’Terima kasih awak belikan ice cream maaf saya susahkan awak.’’Ujar Sofea penuh rasa bersalah.

‘’Most welcome tak apa asalkan kau tak makan ice cream yang budak tu beli okey .’’ Pesan Izraf. Sofea mengangguk faham. Wajah tampan tunangnya itu dipandang, pakai t-shirt biasa pun handsome gumamnya sendiri.

‘’Urm aku cemburu kerana aku sayang, maaf jika aku terlampau cemburu sehingga membuatkan engkau rimas.Aku balik dulu bye sayang take care I love you. Apa-apa text aku ataupun call okey.’’Kata Izraf lembut sambil menggosok perlahan kepala Sofea yang berlapik dengan tudung bawal berwarna coklat muda itu.

 

 

 

 

 

 

Teaser chapter 10 "Hati-hati sayang, haih nak jadi bini orang pun masih clumsy lagi." Kutuk Naufal.Mujurlah dia sempat menahan gadis itu daripada terjatuh. Kejadian tersebut dilihat oleh Izraf langsung badannya terasa membahang, desir panas mula mengalir ke segenap alur darahnya. "Be carefull sayang, tak apa biar aku pegangkan dia."Ujar Izraf pada Naufal. Nada suaranya jelas kedengaran menahan amarah.Bahu Sofea langsung dirangkul, dibawa gadis itu jauh dari Naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience