Chapter 10
Sebaik sahaja selesai menunaikan solah fardhu Isyak Naufal merebahkan badannya diatas katil sambil merenung syiling biliknya kosong, terbayang-bayang dimindanya majlis pertunangan Sofea dan Izraf pagi tadi. Hatinya rapuh air matanya mengalir dengan deras. Tidak sangka gadis yang dicintainya sejak bangku sekolah lagi sudah selamat menjadi tunangan orang. Naufal bangkit dari pembaringan kakinya menapak menuju ke almari pakaiannya. Satu kotak sederhana besar berwarna coklat itu dibuka.
Kelihatan didalam kotak itu dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan dia bersama Sofea, terdapat jua beberapa buah buku sekolah miliknya. Helaian demi helaian muka surat buku itu diselak, semakin Naufal melihat kesemua helaian muka surat itu semakin deras air matanya mengalir. Ya kesemua helaian itu terdapat potret wajah Sofea yang dia Lukis. Tidak kira dimana sahaja Naufal pasti akan melukis gambar gadis kesayangannya itu.
Sehelai muka surat yang terdapat lukisan Sofea yang sedang makan dikantin sekolah dielus bersama linangan air mata yang menitik.
‘’Macam mana aku nak ikhlaskan kau sayang? Aku adalah orang yang paling berpura kononnya bahagia dengan pertunangan kau,sedangkan tidak! Aku cintakan kau Sofea sangat cintakan kau. Tapi aku sedar cinta bukan hanya dengan memiliki.’’Ujar Naufal dengan penuh hiba.Lirih sahaja nada suaranya. Wajahnya diraut kasar. Esok dia akan meluangkan masanya bersama Sofea sebelum berangkat pergi ke Ipoh untuk menyambung pelajarannya disana.
Awal pagi lagi Sofea sudah bersemangat kerana pagi ini dia akan berjumpa dengn sahabat baiknya buat kali terakhir. Jujur dia merasa sangat sedih dengan kepergian lelaki itu terasa separuh dari jiwanya juga turut pergi. Setelah bersiap ala kadar Sofea bergegas menaiki kereta Puan Rosnah menuju ke Taman Botani yang berdekatan dengan rumahnya.
‘’Hai sayang, kenapa lambat?’’Soal Naufal ceria sebaik sahaja Sofea menuruni kereta.
‘’Sorry, kau nak gerak dah ke Fal?’’Soal Sofea sayu. Air matanya mula bergenang dipelupuk mata.
‘’Ye, thanks Sofea selama 17 tahun kita bersahabat kau isi hari-hari aku dengan seribu satu rasa bahagia.Aku sayang kau Sofea, malah aku sangat cintakan kau.Jaga diri ya sayang bila aku tak ada nanti.’’Pesan Naufal bergetar suaranya menahan tangis.
‘’Fal..Aku sayang kau juga, aku pun cintakan kau sebagai sahabat aku. Baik-baik dekat tempat orang tau.Jangan berani kau lupakan aku tahu, kalau dah jumpa awek bawa sini jumpa dengan aku.’’Pesan Sofea sambil mengesat air matanya yang mengalir.
‘’Ye aku mesti akan bawa jumpa kau, kau kan girlfriend aku yang pertama.’’Balas Naufal turut serta mengesat air matanya.
Sewaktu mereka jalan beriringan menuju semula ke tempat parkir kereta Sofea hampir terjatuh mujurlah Naufal sempat menahan badannya daripada jatuh tersungkur ke hadapan.
‘’Hati-hati sayang, haih nak jadi bini orang pun masih clumsy lagi.’’Kutuk Naufal. Sofea hanya tersenyum simpul.
Kejadian tersebut dilihat oleh Izraf langsung badannya terasa membahang, desir panas mula mengalir ke segenap alur darahnya.
‘’Be carefull sayang,tak apa biar aku pegangkan dia.’’Ujar Izraf pada Naufal langsung dia merangkul bahu si gadis itu kemudian dibawa pergi meninggalkan Naufal di belakang.
Sofea terkebil-kebil, tidak sangka Izraf mengikutinya sehingga ke Taman Botani ini. Wajah bengis tunangnya itu sudah jelas membuatkan dirinya kini dihurung perasaan gementar. Sebaik sahaja tiba dihadapan pintu kereta milik Izraf, lelaki itu langsung menolak Sofea ke dalam. Pintu kereta ditutup.
‘’Kenapa you jumpa dia? Ada I bagi you pergi?’’Soal Izraf nada suaranya tersekat-sekat menahan amarah dan juga cemburu yang meledak didalam tubuhnya.
‘’Tt-tak saya i-ingatkan aw-awak b-bagi lepas saya mesej beritahu.’’Balas Sofea terketar-ketar pertuturannya. Matanya memandang ke bawah tidak berani mahu menatap wajah bengis duda garang itu.
‘’Bercakap pandang muka I sayang, I tak suka bila orang bercakap dengan I tak pandang muka I .Don’t be rude.’’ Kata Izraf dengan suara serak basahnya. Sofea langsung menganggkat wajahnya. Kini pandangan mereka bertaut.
‘’Kenapa tak tunggu I balas text you dulu?’’Soal Izraf lagi sudah seperti pegawai polis yang menyoal penjenayah sahaja lagaknya.
‘’Maafkan saya, saya tahu awak sibuk jadi saya tak tunggu balasan text dari awak. Saya yang salah sorry.’’Ujar Sofea lirih. Ya salahnya kerana tidak menunggu balasan text dari lelaki itu.
‘’Balik dengan I, kereta Mama nanti I suruh staff I hantarkan ke rumah.’’ Arahan dari duda garang itu di iyakan sahaja. Pandangannya dihala keluar tingkap kini hatinya makin bertambah sayu. Empangan air matanya yang sejak tadi ditahan akhirnya pecah juga. Sudahlah sedih ditinggal oleh sahabat baik kini dia dimarahi pula dengan lelaki itu. Daripada tangisan biasa bertukar menjadi tangisan yang agak menggila.Air matanya bercucuran membasahi tudung yang dipakai. Biasalah perempuan hatinya lembut.
Di sangkakan duda garang itu mahu memujuknya namun hampa.Izraf hanya melihat sahaja Sofea yang masih dengan tangisannya. 20 minit kemudian setelah Sofea meletakkan kepalanya di seat kereta itu barulah dia bersuara.
‘’Dah puas menangis?’’Soal Izraf kasar. Wajah Sofea yang sembab kerana terlalu banyak menangis itu direnungnya. Mahu saja dia mendakap gadis itu erat dan diberikan ciuman di kedua pupuk mata yang merah itu namun dia sedar.Masih tahu batas diantara mereka berdua.
‘’Sudahla saya penat, saya nak balik.’’Ujar Sofea lemah. Izraf langsung mencapai selimut yang berada di tempat duduk belakang kemudian diselimutkan gadis kesayangannya itu. Jangan tanya ‘macam mana boleh ada selimut dalam kereta?’ sudah pasti Izraf yang meletakkannya supaya jika dia berkerja diluar mudah baginya untuk tidur mahupun berehat didalam kereta.
‘’Sorry sayang, I bukan sengaja nak marah you. You tidurlah okey sementara I bawa kita pergi makan. You nak makan apa?’’Soal Izraf lembut. Hati Sofea mula mencair.
‘’Urm makan makanan western boleh?’’Pinta Sofea.
‘’Okey, tidurlah dulu nanti dah sampai I kejutkan you bangun.’’Balas Izraf kemudian keretanya dipandu menuju ke restoren makanan western.
'Teaser chapter 11'
"Aku tak peduli macam mana sekalipun Sofea tak perlu tahu."Ujar Izraf keras nada suaranya memberi amaran kepada adik lelakinya itu.
"Kau bakal bernikah dengan dia esok, aku rasa kau perlu jelaskan pada dia Iz."Balas Isyraf nada suaranya juga meninggi.Membantah amaran dari abangnya itu.Izraf gila! Tidak sepatutnya dia lakukan semua ini kepada Sofea. Gadis polos itu tidak layak diperlakukan begini.
Selamat membaca semua, agak-agaknya apa yang dimaksudkan oleh Isyraf? Adakah Izraf menyembunyikan sesuatu dari gadis itu?
Share this novel