BAB 16

Romance Completed 21441

Tihani duduk di pangkin hadapan rumah Mak Timah. Dia menanti kepulangan Ezry. Ezry pergi menguruskan kilang yang bakal dibukanya nanti.

" Assalamualaikum " .

Tihani menoleh apabila melihat Atikah yang sedang berdiri di hadapan rumah mak mertuanya. Entah apa agaknya yang gadis itu mahu. Sebenarnya di rumah tiada orang. Mak Timah keluar pergi ke pasar dengan Ezryna.

" Mana pulak orang dalam rumah ni?" soal Atikah sendiri.

Matanya meliar mencari. Tiba-tiba dia ternampak Tihani yang sedang duduk di pangkin. Dia melangkah mendekati gadis itu.

" Hani " panggilnya.

Tihani mengangkat muka memandangnya.

" Mana mak ngah? " soal Atikah.

" Pergi pasar " .

" Haa? Habis tu yang kau diam jer bila aku bagi salam tadi tu kenapa? " .

" Perlu ke aku beritahu? " .

Atikah memandang geram pada Tihani. Sengaja betul nak cari pasal dengan aku.

" Abang Ry mana? " soal Atikah lagi.

" Eh yang kau sibuk cari laki aku tu kenapa? " marah Tihani.

Atikah tersenyum mengejek.

" Kenapa? Kau cemburu? " .

" Kalau aku cemburu pun tu hak aku".

" Kau ni nak cemburu tak kena tempatlah Hani. Abang Ry tu sepupu aku. Salah ke kalau aku rapat dengan dia? Lagipun memang kita orang rapat daripada dulu. Takkanlah disebabkan dah kahwin dengan kau, kita orang dah tak boleh rapat lagi " .

Tihani menahan geram. Ikutkan hati mahu saja dia merobek mulut Atikah itu. Kecoh betul.

" Cuba kalau kau letak diri kau dekat tempat aku. Kau mesti sakit hati kan? Lagi-lagi bila sepupu laki aku ni tergedik-gedik macam ulat bulu " .

" Huh kau ni kan Hani, macam budak-budak. Sikit-sikit nak cemburu. Kalau kau yakin yang abang Ry tu cintakan kau, kau takkan kisah bila dia rapat dengan perempuan lain pun. Yelah kalau dia sayang kau seorang, takkan dia nak duakan kau kan. Tapi kala sebaliknya.. ".

" Kalau sebaliknya apa? " Tihani mula hilang sabar.

Atikah ketawa sinis.

" Aku kesian lah dengan abang Ry, dapat isteri macam kau. Kuat cemburu. Kadang-kadang aku terfikir, apalah yang menarik sangat dekat kau ni sampai dia pilih kau ea? Padahal dia tu layak dapat yang lebih baik " .

" Hei mulut kau ni memang macam longkang kan? Aku nak cemburu ke, bukan masalah kau. Tu hak aku! " .

Pergaduhan mereka terhenti apabila Ezry pulang dengan menaiki motorsikal ex5 arwah ayahnya.

" Borak apa tu? " soal Ezry.

Tihani terus melangkah masuk ke dalam rumah. Panas hatinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience