Tepat jam 3.30 petang mereka tiba juga di rumah keluarga Ezry yang terletak di Pengkalan Balak. Tihani kelihatan agak teruja kerana rumah Ezry dekat dengan pantai. Dia memang sangat sukakan pantai. Oleh kerana itu dia sedikit teruja.
" Okay dah sampai pun " Pak Mus membehentikan kereta di hadapan sebuah rumah yang berkonsepkan rumah Melaka.
Separuh rumah itu diperbuat daripada batu dan separuh lagi daripada kayu. Rumah itu dibuat sendiri oleh arwah ayah Ezry.
" Jom turun sayang " ajak Ezry.
Tihani keluar daripada kereta. Matanya meliar memandang sekeliling. Tempat ini terasa asing baginya.
" Ry kejap " Tihani menarik tangan Ezry.
" Kenapa sayang? " soal Ezry pelik.
" I takut lah you " .
Ezry tergelak kecil.
" You takut apa sayang?" .
" Mak you lah. Family you. Macam mana kalau dia orang semua tak boleh terima I? " soal Tihani.
Ezry mengusap lembut rambut Tihani.
" Sayang, you jangan risau. I kenal mak I macam mana. I kenal family I macam mana. I yakin dia orang semua akan terima you dengan hati yang terbuka. You tak perlu lah risau ea? " .
" Betul ni? " soal Tihani meminta kepastian.
" Betul sayang. You jangan risau okay. Dah jom kita masuk " Ezry menarik tangan Tihani.
" Assalamualaikum " laung Ezry.
" Waalaikumsalam Ry! Ya Allah dah sampai pun anak aku ni " Mak Timah terkocoh-kocoh mendapatkan Ezry.
" Apa khabar mak? " soal Ezry.
Dia menyalami tangan Mak Timah. Kemudian tubuh wanita itu dipeluk erat.
" Alhamdulillah mak sihat. Ry sihat?" .
Tihani hanya menjadi pemerhati.
" Sihat mak, Alhamdulillah. Oh ya mak, ni isteri Ry. Nama dia Tihani. Mak panggil Hani jer " Ezry memperkenalkan isterinya pada Mak Timah.
Mak Timah memandang Tihani daripada atas hingga ke hujung kaki. Gadis itu cantik. Rambutnya panjang sehingga paras bahu. Blouse dan seluar jeans berwarna putih yang tersarung di tubuhnya membuatkan dia kelihatan lebih cantik. Tihani menelan air liur apabila pandangan Mak Timah terhala padanya.
" Apa khabar Hani? " soal Mak Timah.
Tihani menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu mertuanya itu.
" Alhamdulillah baik mak " .
" Mak harap Hani selesa tinggal dekat sini ya. Hani buat rumah ni macam rumah Hani jugak. Jangan segan-segan ya. Selamat datang ke keluarga mak. Terima kasih sebab jadi menantu mak " .
Tihani mengangguk perlahan. Dia menarik nafas lega. Dia sangkakan Mak Timah sebaliknya. Rupanya wanita itu baik saja.
" Terima kasih mak " ucapnya.
Share this novel