BAB 24

Romance Completed 21441

" Sebab ni semua berpunca daripada Hani dulu. Hani yang cari pasal dulu. Kalau tak semua ni takkan terjadi. Hani yang asyik nak fikir bukan-bukan tentang Tikah. Abang dah penatlah dengan Hani " .

Tihani tergamam. Sampai hati Ezry memarahinya kerana Atikah. Padahal Atikah yang selalu mencari pasal dengannya terlebih dahulu.

" Hani tak faham kenapa abang asyik nak salahkan Hani. Abang langsung tak beri peluang untuk Hani jelaskan. Selama ni Hani tahan jer. Hani sabar. Tapi kali ni dia dah melampau. Hani dah tak boleh sabar lagi. Hani penat. Hani cuba untuk sabar tapi Hani betul-betul dah tak tahan. Abang langsung tak hargai Hani. Hani cuba untuk sesuaikan diri Hani dekat sini, Hani biasakan diri Hani. Hani paksa diri Hani. Hani cuba masuk dalam dunia abang. Ada abang fikir perasaan Hani? Abang langsung tak kisah. Selama ni tiap kali Tikah cari pasal dengan Hani, abang asyik salahkan Hani jer. Abang tak pernah nampak salah Tikah " .

"...kadang-kadang Hani terfikir siapa Hani ni? Isteri abang ke? Tapi kenapa abang lebihkan Atikah daripada Hani. Kali ni Hani dah betul-betul penat. Hani dah tak tahan lagi dah. Hani nak balik London. Kalau abang nak duduk sini then silakan. Hani takkan pernah paksa abang untuk ikut Hani ke London dan kalau selama ni abang nampak yang Hani ni jahat lepaskan Hani. Perempuan jahat macam Hani ni tak layak untuk jadi isteri abang. Mungkin Atikah lebih layak. Kalau dah tak ada kebahagiaan untuk apa lagi kita pertahankan " sambung Tihani lagi.

Ezry terkedu mendengar kata-kata Tihani. Bukan niatnya untuk menjalankan Tihani atas apa yang terjadi.

" Hani jangan cakap macam tu. Bergegar tiang arash Hani minta cerai dengan abang. Abang takkan pernah ceraikan Hani. Abang sayangkan Hani".

" Kalau sayang abang takkan sakitkan Hani. Tolong jangan halang Hani pergi " .

Tihani ingin melangkah ke bilik untuk mengemas barang-barang. Dia ingin pergi daripada sini. Kesabarannya sudah hilang. Dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Jika perpisahan jalan yang terbaik buat dia dan Ezry, dia redha.

" Sayang tolong jangan pergi, abang minta maaf " Ezry menarik tangan Tihani.

" Lepaskan Hani. Jangan halang Hani. Abang yang nak semua ni " Tihani menepis tangan Ezry.

Baru selangkah dia berlalu dia hampir terjatuh. Kakinya yang luka itu sakit menyukarkan dia untuk berjalan.

" Sayang. Ya Allah kenapa dengan kaki sayang ni? " soal Ezry terkejut apabila melihat darah yang mengalir di kaki Tihani.

Kepala Tihana terasa berpusing-pusing. Pandangannya gelap. Dia terus rebah.

" Sayang! " Ezry pantas menyambut tubuh Tihani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience