" Hello assalamualaikum mak " .
" Hello. Waalaikumsalam Ry. Ry tengah buat apa tu? " soal Mak Timah di hujung talian.
" Ry tengah breakfast tadi mak " .
" Oh. Maaflah mak menganggu. Mak cuma nak tanya, jadi tak Ry balik hujung bulan ni? Mak nak buat persiapan " .
Ezry mengetap giginya. Ya Allah kesiannya dekat mak. Kalaulah mak tahu Hani tak nak balik Malaysia pasti dia kecewa.
" Ry? Dengar tak? Kenapa diam ni? " soal Mak Timah.
" Err..mak nanti Ry confirmkan semula ya. Sebab Ry nak kena buat persiapan jugak untuk balik sana " .
" Iyalah. Nanti kalau dah confirm cepat-cepat beritahu mak ya " .
" Iya mak, insya Allah " .
" Mak tak sabar nak jumpa menantu mak. Mak ingat nak buat majlis untuk kamu berdua nanti. Yelah orang kampung ni tak tahu Ry dah bernikah. Nanti takut jadi fitnah pulak kan " .
" Ya mak. Ry tak kisah. Ry ikut jer " .
" Haa baguslah kalau macam tu. Nanti tolong sampaikan salam mak pada menantu dan keluarga mertua kamu ya. Mak letak dulu. Assalamualaikum" .
" Okay mak. Waalaikumsalam " .
Panggilan ditamatkan. Keluhan berat keluar dari bibir Ezry.
" Ya Allah apa aku nak buat ni, tak sampai hati nak kecewakan mak. Tapi Hani pulak tak nak balik Malaysia. Ya Allah permudahkanlah. Semoga tak ada hati yang akan terluka dengan keputusan yang aku buat " .
Tihani memandang suaminya itu daripada jauh. Jatuh kasihan dia melihat Ezry. Pasti lelaki itu sedang bingung untuk membuat keputusan.
" Macam mana mak? Bila abang Ry balik? " soal Ezryna.
" Tak tahu lagi. Abang Ry kamu cakap nanti dia confirmkan semula " jawab Mak Timah.
Ezryna mengangguk faham.
" Mak, mak rasa kan macam mana muka isteri abang Ry tu ekk? Entah-entah anak mat salleh tak mak? " .
" Ish kamu ni ada ke situ pulak. Abang Ry cakap dia tu orang Malaysia. Cuma tinggal dekat London tu dah lama. Dia belajar satu universiti dengan abang Ry " .
" Ohh. Tak sabar lah Ryn nak jumpa dia mak " .
" Nanti balik lah abang kamu tu. Mak pun dah rindu sangat dekat dia " .
" Sabar ya mak. Mak, mak restu tak pernikahan abang Ry? " .
" Kenapa kamu tanya macam tu? Dia orang tu dah sah bernikah dah pun " .
" Yelah. Manalah tahu kalau-kalau nak tak restu ke. Kan abang Ry kahwin dekat sana " .
" Nak buat macam mana. Ini ketentuan Allah. Mak terima jer " akur Mak Timah.
Share this novel