Suara azan subuh yang kedengaran daripada masjid menyedarkan Ezry daripada lenanya. Dia menoleh ke arah Tihani yang berada di sebelahnya. Isterinya itu masih lena dibuai mimpi.
" Sayang, bangun " hidung Tihani ditarik perlahan.
" Hmm " Tihani menepis tangan Ezry. Dia menyambung tidur semula.
" Sayang bangunlah. Dah subuh ni " kejut Ezry.
" I mengantuk lagi lah " .
" Sayang mana boleh. Nanti habis waktu subuh. Cepat bangun ".
" 5 minutes " .
" No, cepat bangun " .
Tihani tidak memberikan respons.
" Sayang you nak I dukung you ke baru you nak bangun?" .
" Ry jangan kacau I. I penat lah. Tak larat " .
" Sayang solat lah dulu. Lepas tu baru sambung tidur. Cepat bangun " .
" Sekejaplah sayang " .
Ezry menggelengkan kepalanya. Bukan main liat lagi Tihani nak bangun. Selalunya senang saja. Mungkin kerana terlampau letih.
" Sayang bangun. Kalau tak I dukung you " .
Tihani tidak memberikan apa-apa respons. Ohh tak nak bangun ya. Ezry tersenyum nakal. Dia terus mencempung tubuh Tihani untuk dibawa ke bilik air.
" Sayang apa ni?! " terjerit kecil Tihani apabila diangkat oleh Ezry.
" I dah bagi amaran tadi sayang " Ezry tersenyum kecil.
" Ry! Turunkan I " .
" Tak nak. Nanti you naik katil, lepas tu you sambung tidur balik. Biar I dukung you sampai bilik air " .
" Ry apa ni? Nanti mak nampaklah. Eji turunkanlah I " .
Ezry tidak peduli dengan permintaan Tihani. Dia mengendong isterinya itu sehingga ke bilik air.
" Ry? " tegur Mak Timah.
Ezry dan Tihani sama-sama terkejut. Terus terlepas tubuh Tihani. Tergolek jatuh isterinya itu.
" Ry! Aduhh sakitlah " Tihani memegang pinggangnya.
" Sorry sayang " .
Mak Timah menggelengkan kepalanya. Alahai anak dan menantunya itu pagi-pagi dah buat hal. Macam-macam.
" Ry sejuknya air ni " rungut Tihani.
" Memanglah sejuk sayang air dalam kolah tu " .
" Habis macam mana I nak mandi? Boleh beku I kalau macam ni " .
" Tahanlah sikit " .
" Tak nak sejuk. I ambil wudhuk jer lah. Nanti bila I nak mandi, you tolong masakkan air panas untuk I? Boleh tak? " Tihani membuat muka kesian.
" Yelah yelah. Nanti lepas solat subuh I masakkan air panas untuk you. Haishh nasib baiklah sayang " .
Tihani tersenyum kecil.
" You dah lah buat I jatuh. Sakit pinggang I ni tau " ungkit Tihani.
" Sorry lah sayang. I tak sengaja. Terkejut bila tiba-tiba mak tegur tadi. Takpa, malam nanti I urutkan ea " Ezry tersenyum nakal.
" Gatal! Dah pergi sana. I nak ambil wudhuk " .
Terkekek-kekek Ezry ketawa. Suka benar dia dapat mengenakan Tihani.
Share this novel