Majlis pernikahan Ezry dan Tihani berjalan lancar. Ramai kawan-kawan Ezry yang hadir. Majlis mereka begitu meriah sekali. Tihani juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan Ezry. Walaupun majlis yang diadakan sederhana saja, majlis mereka tetap meriah. Ezry dan Tihani begitu sepadan dengan busana pengantin songket berwarna maroon.
Ramai yang memuji Tihani begitu cantik dan Ezry sangat beruntung memiliki isteri secantik Tihani. Habis sahaja majlis, Ezry dan Tihani menukar pakaian mereka dan turut membantu mengemas apa yang patut.
Tihani memegang kepalanya. Tiba-tiba saja pening. Mungkin kerana dia terlalu letih.
" Kak Hani, okay tak ni? " soal Ezryna.
Tihani mengangguk perlahan.
" Akak okay. Cuma pening sikit " .
" Takkanlah baru buat kerja sikit dah pening kepala kot " perli Atikah.
" Kak Tikah tak baiklah cakap macam tu. Kak Hani, kalau kak Hani tak larat akak pergilah rehat dekat atas. Takpa biar Ryn dengan kak Tikah yang cuci pinggan-pinggan ni " .
Tihani mengetap giginya geram. Entah apa agaknya yang Atikah tidak puas hati dengannya. Tak habis-habis nak cari pasal.
" Takpalah Ryn. Nanti ada orang cakap akak curi tulang pulak. Buat-buat sakit sebab nak mengelat buat kerja " Tihani sengaja memerli semula.
" Kak Tikah gurau jer tu. Kak Hani janganlah ambil hati ya? " .
Tihani tersenyum hambar.
" Abang Ry! " panggil Ezryna.
Ezry yang sedang mengemas meja dan kerusi di bawah khemah terus menoleh.
" Sini kejap " .
Ezry melangkah ke arah mereka bertiga.
" Kenapa? " soal Ezry.
" Kak Hani ni sakit kepala. Abang bawaklah kak Hani rehat ea. Kesian dia " .
" Lah yeke? Jom sayang kita naik atas. You makan ubat lepas tu you rehat " ajak Ezry.
" Takpalah. I okay jer. Still boleh buat kerja " .
" Hani, pergi jer lah naik atas berehat. Nanti kalau pengsan menyusahkan orang lah pulak " .
Tihani menjeling geram pada Atikah. Kemudian dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Makin sakit hatinya jika dia duduk di situ lama-lama.
" Tikah, kenapa cakap macam tu dengan Hani? " soal Ezry.
" Abang Ry, Tikah bukan buat apa pun. Tikah cuma suruh dia rehat. Yelah nanti kalau dia pengsan kan susah. Semua orang banyak kerja sekarang ni " .
Ezry menggelengkan kepalanya. Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan Tihani.
" Kak Tikah ni lain kali jangan lah cakap macam tu. Kecil hati kak Hani" tegur Ezryna.
Atikah membuat muka menyampah. Alah mengada-ngada jer perempuan tu. Manja sangat!
Share this novel