" You, cantik tak? " Tihani keluar daripada fitting room sambil memakai baju kebaya songket berwarna maroon.
Ezry terkedu melihat isterinya. Pertama kali dia melihat Tihani memakai baju kebaya.
" Cantiknya sayang " puji Ezry.
Tersenyum meleret Tihani apabila dipuji suami tercinta.
" I suka lah you baju ni. Kira jadi ea ambil baju ni untuk majlis kita nanti?" .
Ezry mengangguk kecil.
" Ya jadi. You cantik sangat sayang ".
" Thank you. Sayang lepas ni kita pergi shopping sikit boleh tak? " .
" Anything for you " .
" Yeay. I love you " Tihani bersorak gembira.
" I love you more " .
Rumah Mak Timah riuh rendah dengan jiran tetangga dan ahli keluarga yang datang untuk membantu kenduri kahwin Ezry dan Tihani esok. Beginilah suasana di kampung apabila kenduri. Mereka semua akan bersama-sama membantu.
Ezry berada di khemah turut membantu. Walaupun dia pengantin, dia masih turun padang untuk membantu.
Tihani pula ada di dalam rumah. Tadi dia membantu potong bawang. Tapi Ezryna dan isteri Ezrif mengajaknya masuk ke dalam untuk memakai inai. Tihani hanya menurut. Mak Timah kata jika pakai inai seri semakin bertambah. Jadi dia ikut saja.
" Cantiknya. Ni pertama kali tau Hani pakai inai " .
Suhana, isteri Ezrif tersenyum kecil.
" Inai ni kita macam simbolik kepada pengantin. Lagi berseri pengantin tu bila pakai inai " .
Tihani mengangguk faham.
" Hani seronok tak? " soal Suhana.
" Mestilah seronok. Hani tak pernah rasa suasana meriah macam ni. Semua dah macam family " .
" Memang tiap kali ada kenduri, orang-orang kampung akan datang membantu. Orang panggil rewang " .
" Ohh rewang " .
Ezry melangkah masuk ke dalam rumah untuk melihat Tihani. Takut juga kalau isterinya itu tidak selesa. Tu yang dia datang jenguk.
" Sayang " panggil Ezry.
Tihani menoleh. Dia tersenyum kecil pada Ezry. Dia tak boleh nak bangun kerana inai yang dipakai masih belum kering.
" Wah pakai inai " .
" Cantik tak? " soalnya pada Ezry.
" Of course lah cantik. Wife I pakai apa pun cantik " .
" Amboi sweet nya " sampuk Ezryna.
" Ryn budak-budak lagi. Apa tahu " balas Ezry.
" Ryn dah 19 tahun okay " .
Suhana hanya ketawa.
" I pergi luar dulu ea you. Nak sambung potong daging. Kalau ada apa-apa cari I dekat bawah khemah " .
" Okay " .
Ezry melangkah ke luar rumah semula. Mata Tihani terpandangkan Atikah yang sedang mengejar langkah Ezry. Dia mula rasa geram. Ikutkan hati nak jer pergi dekat Atikah dan Ezry. Tapi disebabkan inai nya masih belum kering niatnya dibatalkan. Eii gedik betul perempuan ni. Gumamnya sendiri.
Share this novel