BAB 22

Romance Completed 21441

Pagi itu Tihani bercadang untuk membuat sarapan. Sedar tidak sedar sudah hampir lima bulan dia tinggal di kampung suaminya. Kilang Ezry juga bakal dibuka bulan hadapan. Banyak yang Tihani belajar dengan ibu mertuanya. Daripada tidak pandai masak, dia kini sudah pandai masak. Walaupun tak semua yang dia tahu, ada beberapa jenis makanan yang dia tahu masak. Dia masih lagi belajar dengan Mak Timah. Yang paling diutamakan untuk belajar ialah semua jenis makanan kegeraman suaminya.

Tihani berseorangan saja di rumah hari ini kerana pagi-pagi lagi Ezry sudah keluar untuk melihat kilangnya. Mak Timah dan Ezryna pula pergi ke rumah saudara mereka.

" Assalamualaikum " .

Belum melihat pemilik suara itu Tihani sudah tahu siapa yang datang. Itu pasti Atikah. Entah apa agaknya yang dia mahukan. Pagi-pagi lagi dah datang rumah orang.

" Waalaikumsalam " jawabnya.

Atikah terus masuk dan melangkah ke dapur. Dia sudah biasa. Lagipun bukannya rumah orang lain. Rumah mak saudaranya juga.

" Ada apa kau datang? Pagi-pagi lagi dah datang rumah orang " soal Tihani.

" Biarlah kalau aku nak datang pun. Rumah ni bukannya rumah kau pun. Mana semua orang pergi? " .

" Dah nampak tak ada orang tu, baliklah " .

" Habis tu kau bukan orang ke? " .

" Aku tak ada masa nak layan tetamu".

" Eii kurang ajarnya mulut kau ni. Siapa yang ajar kau cakap dengan tetamu macam ni? Ni mesti mak bapak kau tak ajar cara hormat orang kan " .

Tihani yang sedang memotong sayur sawi itu menghempaskan pisau. Terhinjut bahu Atikah kerana terkejut.

" Hei perempuan kau jangan sebut pasal mak bapak aku ea! Kau ingat kau tu bagus sangat ke ha? Apa yang kau sakit hati sangat dengan aku ni? Ada aku kacau hidup kau ke? Ada? " Tihani mula baran.

Pantang betul dia jika ada yang menuduh kedua orang tuanya yang bukan-bukan.

" Memang aku lagi bagus daripada kau. Tapi aku tak tahu lah apa yang hebatnya kau dekat mata abang Ry sampai dia pilih kau untuk jadi bini dia. Kau ni memang tak layak langsung jadi bini dia. Mulut macam longkang " .

" Mulut aku ke kau yang macam longkang? Kau sakit hati kan sebab abang Ry pilih aku bukannya kau. Huh sedih betul aku tengok kau ni. Orang dah tak nak, nak terhegeh-hegeh. Sedarlah sikit diri tu. Ke kau nak cermin? Aku boleh bagi kau cermin. Biar kau sedar diri kau tu sikit " .

Atikah mengangkat tangannya untuk menampar Tihani tetapi Tihani pantas menahan tangan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience