BAB 12

Romance Completed 21441

" Eiii geramnya aku. Perempuan tu dah tahu yang Ezry tu laki aku, boleh pulak dia tergedik-gedik macam ulat bulu. Yang Ezry pun satu, tak sedar diri yang bini dia ada dekat sini " rungut Tihani geram.

Kerana panas hati dengan Atikah dan Ezry, dia terus masuk ke dalam bilik. Biar Ezry tahu yang dia tengah bengang dengan lelaki itu.

" Aduhh dah lah panas. Hati aku ni pun makin panas " Tihani mengipas-ngipas menggunakan tangannya.

Dia membuka tingkap bilik Ezry seluas-luasnya. Biar angin masuk.

" Eh mana Hani? " soal Mak Timah.

Ezry menoleh. Aikk mana pulak bini aku pergi ni? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Ry? Mana Hani? " soal Mak Timah sekali lagi.

" Tadi ada. Mana pulak dia pergi ek? ".

" Eh eh budak bertuah ni. Kita tanya dia, dia tanya kita pulak. Pergi tengok Hani. Panggil dia makan sekali. Penat dia buat kuih tadi " arah Mak Timah.

" Haa iyalah " Ezry berlalu ke ruang tamu semula.

" Tikah bila datang? " soal Mak Timah.

" Baru jer mak ngah. Tadi ayah cakap abang Ry dah balik. Tu yang Tikah datang. Saja nak jenguk. Lagipun dah lama tak jumpa abang Ry " jawabnya.

" Haa iyalah. Ni malam nanti jangan lupa datang. Kita makan malam sama-sama dekat sini " .

" Okay mak ngah " .

" Makanlah kak Tikah kuih ni " pelawa Ezryna.

Atikah mengangguk perlahan.

" Mana pulak Hani pergi? " mata Ezry melilau mencari isterinya.

" Dalam bilik kot " langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik.

Ezry tersenyum kecil melihat Tihani yang sedang berdiri di tingkap.

" Kat sini rupanya sayang " pinggang Tihani dipeluk daripada belakang.

Tihani tersentak.

" Buat apa nak cari I? " tangan Ezry yang memeluk pinggangnya ditepis. Kemudian Tihani berlalu ke katil. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

Ezry terpinga-pinga.

" Sayang kenapa ni? " soal Ezry.

Tihani tidak menjawab. Ezry mendekati Tihani.

" Sayang, kenapa ni? I ada buat salah ke? " soal Ezry bingung.

" Kenapa you nak tanya I? You tanyalah diri you " .

" Sayang I betul-betul tak tahu apa salah I " .

" Ry, siapa sebenarnya isteri you ha?" soal Tihani.

" You lah isteri I. Sayang kenapa you tanya soalan macam ni? " .

" Oh I isteri you. I ingat cousin you tu. Sebab bila you dengan dia, you terus lupakan I kan. Dia lagi penting dalam hidup you ke? " perli Tihani.

Ezry tersenyum nipis. Tahulah dia yang Tihani sedang cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience