BAB 10

Romance Completed 21441

" Senyap-senyap jer abang kahwin kan. Sampai hati tak beritahu Tikah " ada sedikit nada berjauh hati.

" Maaflah Tikah. Abang bukan tak nak beritahu. Semua ni luar daripada perancangan. Nanti abang akan buat majlis dekat sini " balas Ezry.

" So siapa perempuan tu? " .

" Perempuan mana? " .

Atikah mengeluh perlahan.

" Perempuan yang kahwin dengan abang tu lah " .

" Ohh. Nama dia Tihani. Abang kenal dia waktu sama-sama belajar. Kita orang satu universiti " .

" Orang Melayu ke? Ataupun anak mat salleh? " soal Atikah.

Ezry tergelak kecil.

" Dia orang Melayu lah. Abang belum sampai tahap nak cari Minah salleh jadikan isteri. Taste abang masih pada gadis melayu " .

" Eleh kalau dah tahu taste dekat gadis melayu, kenapa sibuk-sibuk cari sampai kat London tu? Dekat kampung ni ramai jer anak dara. Haa gadis melayu terakhir pun ada ".

Sebenarnya Atikah ingin memaksudkan dirinya. Sudah lama dia menaruh hati pada abang sepupunya itu, tetapi Ezry tidak pernah nampak cintanya. Yang paling buat dia kecewa, senyap-senyap Ezry bernikah di London. Betapa remuknya hati dia ketika mendapat tahu Ezry sudah bernikah, hanya Allah saja yang tahu. Bukan mudah untuk dia membuang perasaannya pada lelaki itu. Lagi-lagi Ezry adalah cinta pertamanya.

" Aikk lain macam jer ayat Tikah? " soal Ezry.

" Tak adalah. Ni abang balik terus ke ataupun balik ke London semula nanti? " soal Atikah.

" Abang balik terus kali ni ".

" Isteri abang tu okay ke duduk sini? Yelah kampung ni lain. Tak sama macam London tu " .

" Insya Allah dia okay jer. Nanti Tikah kenal-kenal lah dengan dia. Boleh jadi kawan " .

Atikah tersenyum nipis. Jadi kawan ya? Hmm.

" Hani, yang ni namanya kuih karipap. Mak ajar Hani buat ya? " .

" Ohh. Okay " Tihani mengangguk faham.

" Ataupun kak Hani, dalam bahasa inggeris nama dia curry puff " sampuk Ezryna.

Tihani mengangguk lagi. Dia memerhati mak mertua dan adik iparnya itu membuat karipap.

" Ni kuih favourite abang Ry tau kak. So kak Hani kena belajar buat. Lepas ni kak Hani boleh buatkan untuk abang Ry. Mesti dia makin sayang. Kan mak? " .

Tihani tersenyum kecil.

" Haa pandailah kamu Ryn. Sibuk mengajar orang " Mak Timah menggelengkan kepalanya.

" Betul apa mak. Orang cakap kalau nak pikat suami, pikat perut dia dulu" .

" Bukan main kamu lagi ya. Sekolah pun tak habis. Sibuk ajar orang " .

Tihani ketawa kecil. Lucu melihat mak mertua dan adik iparnya itu. Ada saja benda yang nak digaduhkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience