" Sayang, cepat sedar okay. I miss you so much. I'm so sorry " Ezry mengenggam erat tangan Tihani.
Isterinya itu berada di hospital. Doktor mengesahkan Tihani mengandung dua bulan. Ezry kesal kerana telah memarahi Tihani. Tadi Atikah datang berjumpa dengannya dan mengaku atas kesalahannya selama ini. Dia yang selama ini memulakan pergaduhan dengan Tihani terlebih dahulu.
Tihani perlahan-lahan membuka matanya.
" Sayang? Sayang dah sedar. Alhamdulillah " Ezry melahir rasa syukur.
" Hani kat mana? " soalnya.
" Sayang ada dekat hospital. Sayang pengsan tadi " .
" Hani nak balik " .
" Hani tak boleh discharge lagi. Esok baru boleh discharge. Sayang, sayang nak tahu tak berita gembira? " .
" Apa dia? " .
" Tak lama lagi kita akan jadi parents".
Berkerut dahi Tihani. Dia cuba menangkap maksud Ezry.
" Hani mengandung? " .
Ezry mengangguk laju.
" Ya sayang. Sayang mengandung. Dah dua bulan. Alhamdulillah abang bersyukur sangat " .
" Betul ke? " .
" Iya sayang " .
Bibir Tihani mengukir senyuman kecil. Dia mengusap perlahan perutnya yang masih kempis.
" Sayang, I'm sorry. Abang dah banyak buat salah dengan sayang. Selama ni abang langsung tak pedulikan perasaan sayang. Abang terlalu pentingkan diri abang. Maafkan abang? Tikah dan cerita semuanya. Dia dah mengaku salah dia " .
" Takpa Hani dah maafkan abang. Mana boleh nak marah abang lama-lama. Hani minta maaf sebab minta abang lepaskan Hani. Sepatutnya Hani tak cakap macam tu. I'm so sorry abang " .
" It's okay sayang. Sayang dah maafkan abang pun dah cukup untuk abang. Sayang takkan tinggalkan abang kan? " .
Tihani menggeleng perlahan.
" Tak. Hani takkan pernah tinggalkan abang. I love you " .
" I love you more sayang " .
Ezry senyum lega. Dia mengucup dahi isterinya itu. Tiba-tiba pintu bilik Tihani ditolak daripada luar. Muncul Mak Timah, Ezryna dan juga Atikah.
" Assalamualaikum " .
" Waalaikumsalam " jawab Tihani dan Ezry serentak.
" Hani, maafkan aku Hani. Aku dah banyak buat salah dengan kau. Aku tahu aku tak layak dimaafkan. Tapi aku harap sangat yang kau dapat maafkan aku. Aku janji takkan ganggu kau lagi " ucap Atikah kesal.
" Jangan risaulah. Aku maafkan. Aku pun minta maaf jugak. Maaf sebab dah tampar kau " .
Atikah ketawa kecil.
" Kira aku beruntung lah kan sebab aku orang pertama dapat rasa penampar menantu dari London mak Timah ni " .
Mereka semua ketawa serentak. Memaafkan itu lebih baik daripada terus berdendam. Moga bahagia ini milik kita selamanya.
TAMAT
Share this novel