BAB 6

Romance Completed 21441

Pesawat MH148 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa. Tihani menjengah ke luar tingkap. Dia mula berdebar-debar kerana buat pertama kalinya dia akan berjumpa dengan keluarga Ezry. Setelah 16 tahun dia tidak pulang ke Malaysia, akhirnya dia kembali menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Tanah tumpah darah yang telah lama ditinggalkan.

" Are you okay sayang? " soal Ezry.

Tihani tersenyum nipis.

" Okay " .

" Welcome back to Malaysia " Ezry ketawa ceria.

" Thank you " Tihani tergelak kecil.

" Thank you tau sayang sebab you terima keputusan I untuk tinggal dekat Malaysia " Ezry mengenggam erat tangan isterinya itu.

" Ya sayang. Berapa kali you nak ucap terima kasih dekat I ni? " perli Tihani.

Sejak Tihani bersetuju untuk terus menetap di Malaysia, Ezry tidak sudah-sudah mengucapkan terima kasih padanya.

" Sekejap lagi pak long I akan jemput kita. Lepas tu kita balik Melaka " .

Tihani mengangguk faham. Dia sudah sedia maklum kampung suaminya itu berada di Melaka. Ezry dan Tihani mengatur langkah menuju ke terminal ketibaan.

Mata Ezry meliar mencari susuk tubuh bapa saudaranya.

" Mana pak long you? " soal Tihani.

" Haa tu pun dia. Jom sayang " ajak Ezry.

Mereka berdua melangkah ke arah seorang lelaki berumur lingkungan 50-an.

" Assalamualaikum pak long " tegur Ezry.

" Waalaikumsalam. Haa Ry. Puas pak long cari kamu. Ramai sangat kat orang susah pak long nak cari. Maaflah ya " jawab Pak Mus.

" Eh tak apa pak long. Lagipun kami memang baru jer keluar. Pak long apa khabar? " Ezry menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan bapa saudaranya itu.

" Alhamdulillah sihat. Kamu sihat? " .

" Saya pun alhamdulillah sihat jugak pak long. Oh ya ni isteri saya, Tihani. Panggil Hani jer. Hani, ni lah pak long I. Abang pada mak " .

Tihani tersenyum kecil pada Pak Mus. Dia menyalami tangan tua itu.

" Cantiknya isteri Ry " puji Pak Mus.

Ezry tergelak kecil.

" Alhamdulillah pak long. Ingatkan tak ada perempuan cantik macam Hani ni nak dekat Ry. Yelah Ry ni bukannya hensem mana pun, budak kampung " .

Tihani mencebikkan. Poyo sangat.

" Pak long terkejut bila tiba-tiba mak kamu cakap yang kamu dah kahwin dekat London tu haa ".

" Ha'ah pak long. Maaflah ya sebab tak beritahu. Insya Allah nanti Ry buat majlis dekat sini. Biar orang tahu yang Ry dah kahwin ".

" Haa elok lah tu. Kalau tak nanti boleh jadi fitnah. Apa pun yang penting kau orang berdua dah sah bernikah. Dah jom kita balik " .

Mereka bertiga melangkah keluar daripada lapangan terbang antarabangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience