Tihani termenung sendiri. Sebentar tadi Datuk Halim menghubunginya mengatakan dia tidak dapat pulang k Malaysia kerana ada kerja penting di saat akhir. Tihani agak kecewa kerana mama dan papanya tidak dapat meraikan sekali majlis mereka esok.
Ezry menolak daun pintu. Dia memandang ke arah Tihani yang sedang termenung di tingkap. Patutlah dia cari isterinya dekat luar tadi tiada. Rupanya ada di dalam bilik
" Sayang " panggilnya. Dia mendekati Tihani.
" Ya? " .
" Are you okay? Kenapa ni? " soalnya apabila melihat wajah sugul isterinya itu.
" Tadi papa call I, dia tak jadi balik Malaysia sebab ada kerja last minute" .
" Jadi sebab ni lah muka you masam jer? Sayang, it's okay. Nak buat macam mana kan, papa dah tak dapat datang. I kan. Keluarga I pun ada. Janganlah sedih macam ni. I percaya mesti nak sangat tengok anak kesayangan dia ni bersanding. Tapi nak buat macam mana, ada kerja " pujuk Ezry.
" I sedih sebab papa dengan mama tak dapat tengok kita bersanding. I berharap sangat yang papa dengan mama dapat datang, tapi rupanya tak dapat " .
" Alolo, sini " Ezry menarik Tihani ke dalam pelukannya.
" Sayang, I know papa nak yang terbaik untuk you. I tahu you kecewa. Tapi tak boleh lah macam ni, kita ni mampu merancang tapi Allah yang tentukan " rambut Tihani diusap perlahan.
" But still I rasa sedih sangat. I nak papa dengan mama ada di hari bahagia I " .
" Janganlah sedih sayang. Kita kan pengantin baru. Esok nak bersanding. Tak elok lah sedih-sedih macam ni " .
" Ry " .
" Ya sayang? " .
" Maafkan I " .
" Kenapa nak minta maaf? Esok bukannya hari ni. You tak ada buat apa-apa salah pun sayang " .
Tihani mendongak memandang Ezry.
" Mesti perasaan you macam ni jugak kan waktu kita nikah dua bulan lepas. Keluarga you tak ada. Dah lah beritahu dia orang last minute. Waktu tu I cuma pentingkan diri I sendiri. I langsung tak fikir perasaan you. Sekarang ni bila kena pada diri I sendiri, baru I sedar I ni terlalu selfish. I buat you macam tak ada perasaan. Maafkan I? " .
" Sayang janganlah cakap macam tu. Kita dah selamat bernikah dah pun. You jangan risau, I tak pernah marahkan you pun. Dah jangan sedih-sedih okay. You kena senyum barulah makin berseri. Okay? " .
Tihani mengangguk perlahan. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
Share this novel