BAB 14

Romance Completed 21441

Malam itu Tihani dikenalkan dengan saudara mara Ezry. Mereka semua tinggal di kampung yang sama jadi mereka semua berkumpul di rumah Mak Timah malam itu. Tihani turut berkenalan dengan abang Ezry, Ezrif. Ezrif sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Ezry ada tiga orang adik beradik. Dia anak yang kedua dan Ezryna anak bongsu.

" You " panggil Tihani.

" Ya sayang " .

" Seronoknya tengok family you. Ramai sangat. Meriah " ujar Tihani gembira.

Dia tidak pernah rasa suasana gembira apabila berkumpul dengan saudara mara yang ramai kerana keluarga dia tidak ramai. Keluarganya ramai dah menetap di negara lain. Jadi mereka memang jarang untuk bertemu.

" Seronok kan? Ni baru sikit. Nanti waktu majlis kita, ramai lagi saudara mara I yang akan datang " .

Tihani mengangguk kecil.

" Pak ngah " seorang kanak-kanak berumur empat tahun memeluk kaki Ezry.

Ezry tersenyum kecil. Kemudian tubuh kecil itu didukungnya.

" Ala comel. Siapa nama? " Tihani mencubit perlahan pipi kanak-kanak itu.

" Yayan " jawab kanak-kanak itu.

" Ohh Yayan " .

" Nama dia Rayyan. Tapi biasalah pelat sikit " .

Tihani ketawa kecil.

" Ni anak abang you yang nombor berapa? " .

" Yang ni nombor dua " .

" Ohh. Comel lah geram I tengok " .

" Mestilah comel. Macam pak ngah dia jugak " .

Tihani mencebikkan bibirnya.

" Mula lah tu masuk bakul angkat sendiri " .

Pukul 11.45 malam Tihani masuk ke dalam bilik. Begitu juga dengan Ezry. Setelah penat melayan saudara mara, mereka mahu berehat pula. Lagipun penat naik kapal terbang masih belum hilang. Tihani merebahkan badannya di atas katil. Dia sudah siap untuk tidur.

" Sayang " panggil Ezry.

" Hmm " .

" Thank you " .

" Thank you for? " .

" For everything. I happy sangat. Family I semua suka dekat you. Lepas ni you anggap jer family I macam family you jugak. Okay sayang? " .

Ezry lega apabila Tihani dapat menyesuaikan diri dengan ahli keluarganya. Dia langsung tidak nampak kekok. Ramai ahli keluarganya memuji Tihani.

" Of course lah. Keluarga you, keluarga I jugak. I pun happy sangat dapat kenal dengan keluarga you and dia orang dapat terima I dalam keluarga ni. You tahu tak, I selalu risau keluarga you tak dapat terima I. Tapi sekarang ni I dah tak perlu risau lagi sebab dia orang semua dah boleh terima I. Thank you so much sayang".

" Alhamdulillah syukur. You tidurlah. Mesti penat kan. Good night. Sweet dream " dahi Tihani dikucup lembut.

" Good night too " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience