[ BAB 3 ]

Romance Completed 10458

Pintu bilik master room satu, aku buka. Langkahku atur sebaik mungkin. Kemudian, pintu bilik itu aku tutup perlahan dan aku kunci.

Almariku, aku buka dan aku lipat satu per satu pakaian di dalam almari itu. Perasaan sebak menjengah hatiku. Mungkin inilah kifarahnya kerana menderhaka kepada orangtua. Wajah sayu orangtuaku mula terbayang di depan mata.

Bukan aku tak pernah dengar orang kata yang perkahwinan tanpa restu kedua orangtua itu tidak akan pernah bahagia. Aku pernah dengar. Tapi, disebabkan kedegilanku. Aku turutkan kata hati dan kini, aku hilang kasih sayang mereka yang paling aku sayang.

Maafkan Dhia, mak, abah.

Suami yang aku percaya mampu menjaga aku, mampu berada disampingku saat aku sedih, sakit dan tertekan sudah tidak bermakna lagi bagiku.

"Sayang... I lapar." Ujar Sharifah Alianez membuatkan aku tersentak dari kesedihanku.

"Okay sayang. I pakai baju jap." Balas Tengku Andika sambil tertawa.

"Sayang, sexylah you ni. Gewwraammm I tengok!" Usik Sharifah Alianez sambil tertawa manja.

"Sayang! Tuala I nak tertanggal ni!! Janganlah tarikkk..." Jerit Tengku Andika bersama tawanya.

Aku mengetap bibir bawahku. Menahan pelbagai rasa yang kian membara dalam jiwaku. Ni ke sebabnya dia suruh aku pindah bilik paling hujung tu? Sebab dia tak nak aku terasa hati?

Ah! Kenapa kau selalu bersangka baik pada jantan seperti itu? Dia cuma nak kau hilang dari pandangan mata dia. Sebab tu dia suruh kau pindah. Dia mahu mulakan hidup baru bersama isteri baru! Kau dah takde maknanya lagi pada dia, Dhia!

Bisikan itu membuatkan aku tersedar.

Lantas, aku mempercepatkan pergerakanku. Semua barang keperluanku, aku masukkan ke dalam sebuah bagasi khas.

Kedengaran bunyi kereta suamiku di halaman rumah. Tanda mereka sudah keluar dari perkarangan rumah. Aku bingkas bangkit dan membawa semua barangku ke bilik dibahagian hujung sekali.

"Oh mak kau!" Jeritku sekuat hati kerana tersentak melihat dua sosok tubuh sedang mengendapku di anak tangga.

"Maafkan kami, Madam. Kami tak bermaksud nak buat Madam terkejut." Ujar Mak Cah. Anita pula mengangguk laju seolah mengiyakan kata-kata Mak Cah.

"Takde apalah, Mak Cah." Balasku sambil tertawa kecil.

"Eh, Madam? Madam nak ke mana bawak semua barang ni?" Soal Anita kepadaku, pelik.

"Tuan suruh saya pindah bilik hujung sana. Dia nak pakai bilik ni dengan wife dia." Jawab aku, selamba.

"Ish! Kenapa dengan Tuan tu? Dia dah hilang akal ke apa? Madam kan isteri pertama. Madam lah yang kena duduk bilik tu. Bukan perempuan tu!" Sangkal Anita, panas.

"Ish kamu ni, Nita! Jaga sikit mulut tu." Tempelak Mak Cah.

"Maaf Madam. Saya ni bukan apa. Saya kesian tengok Madam. Tuan tak patut buat Madam macam tu. Dia sepatutnya jaga hati Madam. Dah lah lama tak balik. Lepas tu, sesuka dia je lantik Madam jadi ketua bibik dalam rumah ni." Ujar Anita lagi.

Aku menghembus nafas berat.

"Entahlah, Nita. Saya dah tak tau nak buat apa lagi sekarang ni. Saya... Saya dah give up dengan semua ni. Saya tak sangka dia akan buat saya macam ni." Luahku bersama tangisan pilu.

"Bawak bersabar ya, Madam." Pujuk Mak Cah sambil menyentuh lembut bahuku.

Tanpa segan silu, aku memeluk tubuh tua Mak Cah seolah memeluk emakku. Aku menangis semahunya dibahu tua itu. Anita turut bersedih.

"Takpelah. Saya tolong Madam kemas ya. Madam jangan stress-stress. Kalau tak, nanti Madam jatuh sakit. Kalau Madam sakit, susah hati kami nanti." Pujuk Anita pula.

Pelukan Mak Cah aku leraikan perlahan-lahan. Kemudian, aku mengangguk. Mereka membantu aku mengosongkan bilik itu sebaik mungkin.

Mak Cah menyalin cadar katil, selimut dan juga sarung bantal baru. Langsir di dalam bilik itu juga ditukar kepada yang baru. Manakala, Anita membantu aku di dalam bilik baruku.

"Huhhh! Penatnya!" Keluhku sambil menghenyak punggung di birai katil.

"Madam, nak air? Saya buatkan." Soal Anita kepadaku.

"Buatkan air favourite saya boleh?" Soal aku, manja.

"Untuk Madam, semua boleh. Sekejap ya. Saya buatkan air favourite Madam." Jawab Anita sambil menapak keluar dari bilikku bersama segaris senyuman.

Aku merebahkan tubuhku. Mataku merenung kipas yang berputar ligat. Siapa sangka aku akan diusir keluar dari bilik yang menyimpan seribu satu kenangan manis aku dan dia? Siapa sangka aku akan hidup sendirian walau aku punya suami dan siapa sangka aku akan hidup bermadu begini? Siapa sangka?

Air mataku gugur lagi buat sekian kalinya. Terasa panas air yang menitis ke pipiku. Bantal pelukku, aku tarik dan aku dakap seeratnya. Aku rindukan kenangan dulu. Aku rindukan orangtuaku.

Usai semua, aku memadam lampu bilik baruku. Mataku, aku pejam erat seperti selalunya. Rancangku, esok aku akan pulang ke kampung untuk melawat kedua orangtuaku.

Mak. Abah. Dhia akan pulang esok. Tunggu Dhia ya!

Dan aku pun terlelap.

Tanpa pengetahuanku, suamiku memasuki bilik baruku. Dia membetulkan selimut ditubuhku dan mengucup lembut dahiku. Diusapnya perlahan ubun-ubunku.

"Aku terlalu cintakan kau, Dhia. Kau tiada galang gantinya. Aku sanggup mempertaruhkan kehidupanku untuk keselamatan kau. Biar aku yang terseksa. Asal kau masih disampingku. Percayalah. Walau aku jauh dari kau. Aku sentiasa mengambil tahu tentang keadaan kau. Selamat malam, cintaku Dhia." Bisik Tengku Andika.

Dia mengucup sekali lagi dahiku. Namun, kali ini lebih lama sehingga menitis air matanya pada wajahku. Malangnya, aku tidak menyedarinya.

×*×*×*×*

Aku tersedar. Mentari telah berdiri tinggi dilangit biru. Aku menyiapkan diriku. Kelibat pasangan pengantin baru itu tidak kelihatan. Barangkali, mereka sudah meninggalkan rumah.

Aku menapak ke meja makan. Mak Cah tersenyum ke arah aku.

"Madam nak sarapan apa? Mak Cah buatkan." Soal Mak Cah, mesra.

"Takpelah, Mak Cah. Saya nak balik kampung kejap. Nak tengok mak dengan abah. Dah lama rasanya saya tak melawat dia orang. Entah apa khabar dia orang dekat sana." Balasku sambil tersenyum ceria.

"Oh! Kalau macam tu, okaylah. Bila Madam nak balik kampung? Ada apa-apa yang Madam nak bawak?" Soal Mak Cah lagi.

"Takpe. Saya beli je nanti. Saya gerak dulu ya, Mak Cah." Ujarku, bersahaja.

"Iyalah." Balas Mak Cah kepadaku.

Mak Cah mengiringi aku ke muka pintu sehingga keretaku meninggalkan perkarangan rumah agam itu. Aku sempat singgah di sebuah kedai buah-buahan untuk aku jadikan sebagai buah tangan untuk mereka.

"Bang, bungkuskan buah rambutan lima ikat ya. Dengan buah cempedak dua biji." Ujar aku kepada penjual buah-buahan itu.

Kemudian, aku meneruskan lagi perjalananku. Wajah suamiku terbayang dalam fikiranku. Ah! Malaslah aku nak bagitau dia. Bukan dia kisah pun aku ke mana.

Keretaku, aku pandu laju.

Akhirnya, aku tiba dihalaman rumah keluargaku. Namun, kerutan didahiku mula kelihatan apabila melihat suasana dirumah keluargaku.

Kenapa ramai orang ni? Mak buat kenduri ke? Ke ada yasinan? Dalam sibuk berteka-teki, aku turun dari kereta. Perlahan-lahan, aku menapak ke muka pintu.

Perasaanku mulai tidak tenang dan tidak selapang tadi. Jantungku berdegup kencang. Mataku terus berkaca apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas lantai papan rumah keluargaku.

Langkahku terhenti di muka pintu. Wajah emak, aku pandang. Sayu dan pilu tergambar pada wajah tuanya. Aku terduduk. Air mataku berderai laju sehingga kabur pandangan mataku.

"Abah! Dhia balik abah! Dhia balik!" Rintihku.

Dengan kekuatan yang sedikit, aku mengengsot ke arah sekujur tubuh itu. Aku peluk tubuh kaku abah bersama tangisan kekesalan. Emak hanya memandangku tanpa sepatah kata. Air matanya saja mengalir.

"Abah! Bangunlah abah! Dhia balik ni! Abahhh..." Rintihku lagi. Kali ini lebih sayu.

Emak menghampiriku. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Tiada kata yang mampu aku tuturkan pada emak saat itu. Hanya tangisan tanpa henti yang kedengaran.

"Cium abah, nak. Abah dah nak pergi." Ujar emak kepadaku, lembut setelah keadaan menjadi sedikit tenang.

Air mataku, aku lap dengan lengan baju. Dahi abah, aku kucup perlahan. Lama aku biarkan kucupanku bersama mataku yang sengaja aku pejamkan.

Abah. Maafkan Dhia. Pergilah abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah. Tunggu Dhia ya, abah!

Kucupanku, aku lepaskan. Sekali lagi, tubuh kaku itu aku peluk seeratnya. Kenangan bersama abah bermain dalam fikiranku, membuatkan aku bertambah sedih. Jika diberi pilihan, tidak ingin aku lepaskan pelukan itu.

Wajah abah, aku tatap lama. Kelihatan wajah abah bercahaya bersama segaris senyuman nipis. Aku bangkit saat jenazah abah diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan.

"Dhia. Suami kamu mana?" Soal emak kepadaku.

"Abang Dika outstation mak." Dalihku.

Maafkan Dhia, mak. Dhia terpaksa menipu mak. Jemari mak, aku capai. Aku memandu kenderaanku ke kawasan perkuburan di mana jenazah abah akan dikebumikan.

Akhirnya, urusan pengebumian jenazah abah berjalan dengan lancar. Perlahan-lahan, hujan membasahi bumi seolah alam turut bersedih dengan pemergian abah.

Alangkah beruntungnya abah. Abah pergi pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Urusan pengebumian abah juga tiada sebarang masalah. Semoga abah tenang disana. Nasib aku balik. Sempat tengok abah.

Aku telah membuat keputusan untuk tinggal sehari dua di rumah keluargaku. Majlis kenduri diadakan pada sebelah malamnya.

Usai majlis kenduri dijalankan, aku duduk termenung. Perasaan sebak dan serba salah terhadap abah masih terasa. Air mataku gugur lagi. Terasa bengkak mataku akibat menangis tanpa henti.

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Kelihatan nombor tidak dikenali tertera pada skrin telefonku.

Pada awalnya, aku membiarkan saja. Mungkin orang salah nombor atau scammer. Tapi, semakin dibiar, semakin banyak pula panggilan dari nombor itu masuk ke paparan skrinku.

Akhirnya, aku menjawab panggilan itu.

"Hello!" Sapa suara dihujung talian membuatkan aku tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience