[ BAB 4 ]

Romance Completed 10458

"Hello! Dhia? Kau pergi mana, hah?!" Soal Tengku Andika di hujung membuatkan aku tersentak.

"Abah... Abah dah takde, awak..." Balasku separa menggigil. Air mataku merembes keluar sehingga aku teresak-esak.

Kedengaran suamiku mendegus kasar.

"Bila kebuminya? Kenapa kau baru nak bagitau aku?!" Jerkah Tengku Andika, membuatkan aku semakin galak menangis sehingga terduduk aku ke bumi.

Perlahan-lahan, telefon bimbitku terlepas dari peganganku. Tangisanku tak mampu lagi aku kawal. Kedengaran tapak kaki emak berlari ke arah aku.

"Dhia, kenapa ni?" Soal emak sambil menarikku ke dalam pelukannya. Diusap perlahan kepalaku.

"Hello! Hello!!" Jerit Tengku Andika yang masih di dalam talian.

Emak menoleh sekilas ke arah telefon bimbitku. Diambilnya telefonku. Emak bangkit dan menjauh dariku bersama telefonku. Aku membiarkan saja. Entah apa yang emak bicarakan, aku juga tidak ambil peduli.

"Hello, Dika." Sapa emak membuatkan Tengku Andika terpana seketika.

"Emak? Dhia mana mak? Tadi Dika tengah...." Kata-kata Tengku Andika pantas dipotong oleh emak.

"Abah kamu dah meninggal dunia tengahari tadi. Serangan jantung. Dhia masih terkejut. Berikan dia ruang." Ujar emak, lembut.

"Takziah mak. Maaf, Dika takde dengan mak." Balas Tengku Andika, perlahan.

"Tidak mengapa, Dika. Emak faham. Kamu punya isteri kedua untuk kamu kasihi." Soal emak.

"Emak?" Panggil Tengku Andika, terkejut mendengar apa yang diucapkan oleh mak mertuanya itu.

"Biarlah Dhia disini untuk beberapa hari bersama emak. Biar dia tenangkan fikirannya dulu. Dia baru saja kehilangan abahnya, Dika." Pujuk emak membuatkan Tengku Andika mengeluh halus.

"Baiklah kalau itu yang mak mahu." Balas Tengku Andika, perlahan.

Telefonku, emak matikan. Kemudian, emak menghampiri aku. Telefonku dihulur oleh emak kepadaku.

"Mak dah cakap dengan Dika tadi. Dia bagi kamu tinggal dengan mak." Ujar emak kepadaku membuatkan aku menangis lagi.

"Dhia mintak maaf, mak." Ujarku dengan suara yang bergetar, cuba meraih kaki emak.

"Sudah! Mari masuk dalam. Hujan lebat ni." Pujuk emak, cuba mengawal tangisnya dari jatuh.

Aku bangkit sambil dibantu oleh emak. Malam itu, aku lena disisi emak.

×*×*×*×*

Aku tersedar. Mentari pagi telah menerangi bilik emak. Emak juga tidak kelihatan disampingku. Aku bangkit dan mula menapak ke dapur.

"Emak? Mak?" Panggilku beberapa kali.

"Sini!" Balas mak, bersahaja sambil menapis pisang goreng. Diwajah tuanya terselit segaris senyuman.

"Mak. Kenapa tak kejut Dhia? Kenapa mak buat sorang-sorang?" Soal aku, cuba membantu emak.

"Dah siap dah. Nak tunggu kamu? Pukul berapa nak siap? Lagipun, mak memang dah biasa sorang-sorang, Dhia. Biasanya abah kamu yang rajin teman mak." Balas emak. Kedengaran nadanya bertukar sayu dihujung ayatnya.

"Emak..." Panggilku sambil memeluk tubuh tua itu dari belakang. Mataku mula berkaca.

"Takpelah. Mak redha abah pergi tinggalkan mak." Sambung emak sambil meleraikan pelukanku dan mengelap air matanya yang bergenangan.

Aku mengambil tempat di meja makan sambil memerhatikan emak membasuh tangan.

"Mak. Dhia baca doa makan ya?" Ujarku, tersenyum ceria.

"Bacalah Dhia." Balas emak, sepatah.

Usai membaca doa makan, aku menuang air teh o panas. Satu cawan aku letakkan dihadapan emak. Satu lagi dihadapan aku. Kemudian, aku menyenduk sesudu sambal kicap dan aku calitkan pisang goreng pada sambal kicap itu.

Aku mendongak, melihat emak. Kelihatan emak seperti menanti sesuatu. Terjengah-jengah kepala emak ke arah muka pintu di dapur.

"Kenapa mak? Ada orang datang ke?" Soal aku membuatkan emak menoleh ke arah aku.

"Mak tunggu abah kamu. Biasanya dia dah balik. Ni dah pukul sembilan, tak balik lagi. Mak risaulah." Balas emak membuatkan aku terpempam.

"Mak. Abah kan dah takde." Ujarku sepatah demi sepatah kerana tidak mahu emak terkejut.

Kelihatan emak bagai tersedar.

"Eh?! Mak terlupalah, Dhia." Balas emak tersenyum nipis.

Pandanganku pada emak kini beralih pada cawan kosong yang berada di dalam dulang. Barangkali emak mengambil satu lagi cawan kosong untuk abah.

Kalau aku di tempat emak. Entah bagaimana aku ingin meneruskan hidup. Abah dan emak bagaikan belangkas. Ke mana saja berdua. Bila abah pergi, emak bagaikan tercari-cari. Kasihan emak!

Siap saja bersarapan, aku menapak ke halaman rumah. Pencakar daun aku ambil. Cuaca pada hari ini kelihatan mendung dan berangin.

Perlahan-lahan, aku menyapu daun kering dibawah pokok manggis. Kelihatan emak mula membakar daun kering yang telah dikumpulkan berdekatan parit kecil.

Aku menghenyak punggungku di atas pangkin. Peluh yang mengalir, aku lap menggunakan sapu tangan. Sawah padi yang terbentang bertentangan rumah emak, aku pandang. Sekaligus membawa aku kembali pada kenangan dulu.

*×* SEPULUH TAHUN LALU *×*

"DHIA!! Tangkap!!" Jerit Abah membuatkan aku berlari sepantas kilat menjauhi abah.

"Abah!! Jangan!! Abah!!" Jerit aku pula saat abah mencampak seekor belut ke arah aku.

Kedengaran emak mentertawakan aku. Kemudian, abah mengusik emak pula. Apa lagi? Melatahlah emak apabila abah mengusik emak dengan belut sebesar lengan abah.

"Arghhhh! Lari Dhia!" Jerit emak sambil mengangkat kain batiknya separas betis.

Suasana petang yang sentiasa diselangi gelak tawa dan usikan abah kini lenyap bagaikan angin pagi. Aku tertawa kecil. Tanpa sedar, air mataku menitis. Kedua lututku, aku tarik merapat ke dada.

Abah! Dhia rindu abah!

Hingus mula bermain-main dalam hidungku. Air mata yang aku tepis kini mengalir deras membuatkan aku teresak-esak menangisi pemergian abah yang mengejutkan.

"Dhia." Panggil emak dari jauh membuatkan aku menoleh sekilas ke arah emak.

"Ya, mak?" Sahutku.

"Jom masak tengahari. Kejap lagi abah..." Ayat emak tergantung seketika. Keluhan kecil dilepaskan.

"Jom masak. Nanti boleh makan." Sambung emak dengan senyuman kepedihan.

Aku hanya mengangguk. Aku menanti seketika, membiarkan diriku tenang. Jika aku sebagai anak, sebegini susah untuk mengawal emosi, apatah lagi emak sebagai isteri yang ada dikala susah dan senang bersama abah. Pastinya sukar!

"Dhia." Panggil emak perlahan ke arah aku.

"Ya?" Balasku, sepatah.

"Kamu tau ke yang suami kamu kahwin baru?" Soal emak kepadaku membuatkan aku terpempam.

"Kenapa mak tiba-tiba tanya Dhia macam tu? Mestilah Dhia tau mak. Abang Dika dah mintak pendapat Dhia dan Dhia setuju mak." Dalihku sambil tertawa janggal.

"Kamu ni Dhia. Dari dulu sampai sekarang asyik gagal menipu mak. Sudah-sudahlah tu Dhia. Kamu tak penat ke nak tipu mak je? Sekilas mak tengok kamu, mak tau apa yang terpendam dalam hati kamu. Kamu kan anak mak." Balas emak sambil menyentuh jemariku. Tak semena-mena, gugur air mataku bagaikan hujan lebat.

"Maafkan Dhia, mak." Bisikku dalam tangis yang teresak-esak.

Emak tersenyum nipis kepadaku. Matanya lembut merenungku dan diiusapnya ubun-ubunku untuk menenangkan aku. Namun, makin lebat air mataku mengalir.

Kesal yang menghimpit diriku sudah tidak mampu menyelamatkan keadaan. Nasi telah menjadi bubur. Kerna keegoanku, aku kehilangan satu-satunya hero dalam hidupku. Kerna kedegilanku, aku dibuang keluarga. Kerna kebodohanku, aku sia-siakan peluang yang ada untuk membahagiakan kedua orangtuaku.

Anak seperti apa aku ini? Tak sedar dek untung! Maafkan Dhia, abah. Maafkan Dhia! Andai boleh ku putarkan waktu, ingin ku kucup tangan mu, abah. Ingin ku ucap beribu kemaafan. Namun, semuanya telah terlambat. Aku telah kehilanganmu, abah. Dan kau tak mungkin akan kembali!

"Dhia." Panggil emak sekaligus menyedarkan aku dari lamunan panjang.

"Ya, mak?" Sahutku.

"Makan cepat. Sementara nasi masih panas." Ujar mak membuatkan aku tersenyum tawar.

"Dah. Jangan menangis lagi. Nanti bengkak pulak mata kamu tu." Pujuk emak.

Aku mengangguk dan menyambung kunyahanku. Sedap masakan emak. Tapi, sayangnya aku sudah tiada selera makan lagi. Semuanya terasa tawar setelah penipuanku terhadap emak terbongkar.

Benar kata orang-orang tua dahulu, naluri hati emak jauh lebih kuat apabila berkaitan anak-anaknya. Berdalihlah seribu kali pun, pasti emak akan mengetahuinya.

Aku meneruskan kunyahanku sehingga selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience