[ BAB 1 ]

Romance Completed 10458

Secebis cinta yang masih tersisa membuatkan aku setia menantinya. Masih aku ingat bicaranya kepadaku.

"Seandainya masih ada secebis cinta untuk kau, aku akan kembali."

Kini, tiga tahun telah berlalu. Pejam celik-pejam celik, tiga tahun aku hidup sendirian dalam rumah agam ni. Sepi. Dia tinggalkan aku begitu saja. Tergantung tak bertali.

Setiap hari aku sendirian. Hanya ditemani pembantu rumah saja. Tiada satu pun panggilan telefon darinya. Bahkan, kiriman surat atau apa saja yang membantu aku untuk mengetahui khabarnya. Tiada!

Telefon bimbitku, aku capai. Aku scroll ig. Kebosanan melanda diriku. Akhirnya, aku bangkit dan melangkah ke laman rumah. Seperti biasa, aku akan menanti mat dispatch lalu.

"News paper, Cik." Ujar Mat Dispatch itu kepadaku.

Mungkin dia menyangka aku masih single kerana aku sering bersendirian. Surat khabar bertukar tangan kepada ku. Aku tersenyum padanya sebagai tanda terima kasih. Sambil bernyanyi kecil, aku menyelak helaian akhbar.

Aku tergamam.

Helaian muka surat tiga itu memaparkan foto mesra seorang usahawan terkenal Perkapalan Malaysia dengan seorang Miss Universe Malaysia.

Tak semena-mena, air mata ku jatuh berguguran tatkala membaca tajuk akhbar itu.

"MAJLIS PERKAHWINAN SEORANG USAHAWAN PERKAPALAN DAN MISS UNIVERSE MALAYSIA."

Surat khabar itu, aku renyukkan dan aku lempar sekuatnya. Tubuhku terduduk ke bumi. Aku meraung sekuatnya sambil menarik kedua lututku.

"Madam... Kenapa ni, Madam?!" Soal beberapa pembantuku.

Aku tak mampu berbicara. Pedih terasa dihatiku. Sakitnya bagai dihiris pisau tajam. Beginikah caranya kau membalas cintaku? Aku korbankan masa depanku hanya untuk kau! Jantan tak guna!!

Aku sanggup dibuang keluarga hanya kerana aku ingin hidup bersama kau! Inikah yang aku dapat? Apa salahku? Apa salahku sehingga kau menghukum ku begini?!

Tekanan mulai terasa. Sakit kepalaku menyerang sehingga aku rebah ke bumi. Terkulai layu ditangan pembantu rumahku. Terdengar sayup mereka memanggil-manggil namaku. Namun, aku sudah tidak berdaya untuk menyahutnya lagi.

×*×*×*×*

Aku tersedar. Kelihatan seorang doktor sedang memeriksa keadaanku. Doktor dengan tanda nama Haikal itu tersenyum nipis kepadaku.

"Doktor." Panggilku perlahan. Doktor Haikal memandangku lega. Barangkali kerana aku sudah tersedar.

"Madam. Berehatlah. Jangan difikirkan perkara yang sedang berlaku. Berehatlah." Ujar Doktor Haikal kepadaku.

Lantas, aku kembali melelapkan mataku kerana begitu mengantuk. Mungkin, suntikan yang diberikan oleh Doktor Haikal masih tersisa dalam tubuhku. Aku berehat sekali lagi.

Doktor Haikal bangkit dan meninggalkan aku sendirian di bilikku.

"Mak Cah, tolong tengok-tengokkan Madam ya. Kalau boleh, jangan bagi Madam stress. Sebab tahap migrain Madam ni semakin serius." Pesan Doktor Haikal kepada Mak Cah.

"Baik Doktor." Jawab Mak Cah.

"Oh, sebelum saya terlupa. Kalau boleh, Mak Cah buang saja akhbar tu ya. Jangan bagi Madam baca surat khabar tu. Mungkin itu salah satu punca migrainnya kembali menyerang dirinya." Sambung Doktor Haikal.

Mak Cah mengangguk, faham sambil mengiringi Doktor Haikal ke pintu utama rumah agam itu.

"Nita!" Panggil Mak Cah.

Terkedek-kedek Anita berlari ke arah Mak Cah. Dek kerana tubuhnya yang gempal, agak lambat dirinya tiba ke arah Mak Cah. Termengah-mengah dirinya.

"Ya, Mak Cah?" Sahut Anita.

"Nita, nanti buatkan Madam bubur ya. Hantar dalam bilik Madam. Mak Cah nak ke pasar sekejap." Pesan Mak Cah kepada Anita.

"Bereh Mak Cah." Balas Anita sambil membuat tabik seolah mematuhi arahan yang diberikan.

"Ada-ada je kamu ni, Nita." Ujar Mak Cah sambil tertawa kecil.

Aku tersedar lagi. Terkejut diriku apabila melihat Anita disampingku.

"Madam." Panggil Anita kepadaku.

"Pukul berapa ni?" Soal aku kepadanya yang membantu aku duduk sambil membetulkan posisi bantal dikepalaku.

"Sekarang pukul empat petang, Madam. Madam nak makan?" Soal Anita, tersenyum nipis.

"Saya takde seleralah, Nita. Kepala saya sakit." Ujarku sambil menyentuh kepalaku. Berdenyut-denyut sakitnya.

"Madam kena makan. Eh? Salah! Madam MESTI makan. Sebab, lepas ni Madam kena... Maksud saya, MESTI makan ubat." Balas Anita.

Aku tertawa kecil mendengar ayat gadis berusia dua puluh tahun disisi ku ini.

"Okay. Saya makan. Tapi, boleh tak awak tolong urutkan kepala saya nanti? Sakit lagilah." Pintaku, manja.

"No prrrroblemmmm Madam. Saya siap berkhidmat untuk Madam!" Balas Anita, bersemangat dengan senyuman puas.

Beginilah kehidupanku selama tiga tahun. Setelah aku dibuang keluarga kerana memilih jantan tak guna tu, aku menumpang kasih dengan pembantu-pembantu dalam rumah ni. Nasib mereka sudi menyayangi aku.

Mak Cah tersenyum dibalik pintu ketika melihat aku bermanja dengan Anita. Gadis chubby ni tak pernah lekang dengan jenakanya. Ada saja bahan yang dijadikan bualan. Terkadang, sakit perutku kerana tertawa melayan karenahnya.

"Madam, berehat ya. Saya urutkan kepala Madam." Ujar Anita kepadaku.

Diusapnya rambutku perlahan-lahan. Kedengaran dicuping telingaku, dia membaca surah Al-Fatihah. Sesudah membaca tujuh ayat dari surah Al-Fatihah itu, dia meniup perlahan-lahan pada ubun-ubunku. Terasa kurang sedikit sakit dikepalaku.

Tanpa aku sedar, aku terlena lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience