[ BAB 10 ]

Romance Completed 10458

Seminggu telah berlalu. Seminggu juga aku hidup sendirian di rumah sewa ini bersama housemate ku yang lain. Untung saja mereka melayaniku dengan baik dan sentiasa mengambil berat tentang keadaanku.

Aku lihat katil Ruz telah kosong seolah dia telah lama bangkit dari tidurnya. Jam loncengku, aku toleh sekilas. Terbuntang mataku. Dah pukul sepuluh?

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu menyentakkanku.

"Kak, jom breakfast." Ujar Tasha sambil membuka pintu bilikku.

"Eh! Takpelah. Pergilah sarapan dulu. Nanti akak sarapan. Lagipun, akak belum mandi lagilah." Balasku, cuba mengelak.

"Alah akak ni. Kita orang pun belum mandilah. Jangan risau. Jom." Balas Tasha pula.

Tasha menghampiriku dan menarik lenganku supaya mengikuti langkahnya. Aku menurutkan saja. Kelihatan yang lain sudah menantiku di meja makan kecuali Ruz.

"Korang makanlah dulu. Dhia nak basuh tangan kejap." Ujarku sambil menuju ke sinki.

Aku menoleh sekilas ke arah Ruz. Gadis itu kelihatan comel dengan apron pink yang terikat pada tubuhnya yang tinggi lampai itu. T-shirt yang menampakkan bahagian bahunya yang sedikit berotot turut menampilkan sisi maskulinnya. Aku tersenyum kecil.

"Nak tolong apa-apa tak?" Soal aku, sekadar berbasah-basi. Malu pulak nak makan dengan diaorang sedangkan aku tak tolong pape.

Ruz menolehku sekilas. Dia tersenyum nipis, menampakkan lesung pipitnya yang lekuk ke dalam di bahagian kanan dan kiri pipinya.

"Tolong ambik dua biji telur dalam peti ais." Ujar Ruz sambil mengacau nasi goreng kampung buatannya. Tanpa berlengah, aku menurut.

Telur dua biji bertukar tangan. Aku memerhatikan saja gerak-gerinya. Aku akui cara memasaknya memang terbaik walaupun sekadar memasak nasi goreng.

"Aku taulah aku handsome. Tapi, janganlah tenung lama-lama. Aku malu." Ujar Ruz sambil menyalin nasi goreng ke dalam mangkuk sederhana besar.

"Hah? Oh? Sorry!" Balasku sambil tertawa janggal. Lantas, aku menapak ke meja makan.

Ruz tertawa kecil melihat reaksiku yang seperti malu-malu kambing itu.

"Semua dah ready ke? Ada apa-apa lagi tak yang tertinggal?" Soal Ruz sambil meletak mangkuk berisi nasi goreng itu ke atas meja.

"Semua dah cukup." Balas Inara.

"Okay." Balas Ruz pula sambil menarik kerusi disebelah kananku.

Eyyyyy! Budak ni duduk sebelah aku pulak! Dahlah tadi tertangkap tengok dia! Adududu!

Aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku sambil menanti turn untuk menyenduk nasi goreng. Sedang aku menanti, Ruz menyendukkan nasi goreng untukku.

"Cukup?" Soal Ruz, sepatah kepadaku.

"Cukup." Jawabku, sepatah juga.

Kelihatan yang lain tersenyum dalam diam saat melihat wajahku yang kemerahan kerana menahan malu apabila dilayan semesra itu oleh Ruz.

Usai bersarapan dan mengemas meja makan, aku mengambil tempat di ruangtamu. Remote control itu aku ambil dan aku tukar ke beberapa siaran untuk mencari cerita yang boleh menarik perhatianku.

"Akak." Panggil Wanda sambil mengambil tempat disisi kiriku. Aku hanya mengangkat kening sebagai tanda tanya.

"Wanda tak pernah nampak akak main fon. Akak takde fon ke?" Soal Wanda kepadaku.

"Hah? HA HA HA... A'ah. Akak takde fon. Sebelum ni ada tapi fon tu dah berkecai kena langgar kereta. Nak beli baru, belum cukup duit." Dalihku.

"Lahhh... Kenapa tak cakap? Wanda boleh pinjamkan akak duitlah. Pakai je dulu. Nanti akak bayarlah balik." Cadang Wanda.

"Ehhhh! Tak payah susah-susah. Nanti, bila akak dah dapat kerja, akak belilah fon baru. Jangan susah-susah." Tolak aku sedaya upaya.

Tanpa aku sedar, seseorang mendengar perbualanku bersama Wanda. Sapa lagi kalau bukan si Ruz a.k.a Jungkook BTS version perempuan tu!

Kelihatan Ruz melangkah masuk ke bilik Inara dan Auni. Seketika kemudian, Tasha turut melangkah masuk ke bilik yang dimasuki Ruz itu.

"Alah. Takpelah kak. Pinjam je dulu." Pujuk Wanda.

"Takpe Wanda." Tolak aku.

"Gugurls siap-siap. Kita nak pergi shopping!!" Jerit Tasha bersama kemeriahannya sambil bertepuk tangan.

"Hah? Akak tak ikut tau." Tolakku awal-awal.

"Malangnya akak tak boleh say NO! Nak tak nak, akak kena ikut jugak." Usik Wanda.

"Get ready girls!" Jerit Tasha lagi.

"Akak takde bajulah Wanda. Takpelah. Korang pergi je. Biar akak jaga rumah. Have fun." Balasku sambil menapak ke arah bilik.

"Dhia takde baju? Jangan risau. Inara ada banyak baju. Lagipun, saiz badan kita lebih kurang je kan." Ujar Inara sambil menarik lenganku supaya masuk ke biliknya.

Tersentak aku apabila melihat Ruz berada di dalam bilik itu. Matanya yang hitam bundar tepat memandang ke wajahku. Aku berdehem seketika membuatkan dia berpaling ke arah lain.

"Abiy keluar dululah." Pinta Ruz sambil berjalan melepasi aku. Terkebil-kebil mataku apabila melihatnya pergi.

Tanpa menunggu lama, Inara menutup pintu biliknya. Dia memilihkan aku beberapa jenis pakaian yang padaku mempunyai brand terkenal.

Seketika kemudian, aku merenung ke arah cermin yang menampakkan seluruh tubuhku. Blouse singkat yang terdedah dibahagian bahu berwarna hijau tua bersama corak bunga kecil berwarna kuning terletak cantik pada tubuhku. Digandingkan bersama seluar jean slim fit berwarna hitam menampakkan bentuk kakiku yang panjang.

Rambutku yang panjang separas pinggang dibiarkan lepas. Wajahku yang sedikit pucat turut ditancap dengan make up natural. Leher jenjangku yang kosong turut dihiasi seutas rantai emas berloket tulisan gorgeous.

"Macam mana? Okay tak, Dhia?" Soal Inara sambil tersenyum padaku.

"Okay. Cantik sangat! Thank you, Inara." Ujarku pada Inara membuatkan gadis itu tersenyum puas.

"Oh! Lagi satu. Ni handbag untuk Dhia. Saiz kaki Dhia berapa?" Soal Inara.

"Eh?! Tak payahlah." Tolak aku. Malu woi!

"Takpe. Pakai je. Saiz kaki?" Soal Inara lagi.

"Saiz lima." Jawabku, seakan berat.

"Cun! Saiz kaki kita sama." Balas Inara sambil menghulur sepasang kasut tumit tinggi ke arah aku. Aku mengambil kasut dan handbag pinjaman Inara kepadaku.

"Semua dah siap ke?" Soal Tasha sambil menjenguk ke dalam bilik Inara dan Auni. Dia terlopong melihat ke arah aku.

"Wow!! Akak Dhia ke ni?!!" Jerit Tasha, seakan teruja membuatkan Wanda turut melihat ke dalam bilik itu.

"Kenapa?" Soal aku, pelik dengan reaksi mereka.

"Cantiknya akak!" Puji Tasha dan Wanda serentak.

"Tengoklah hasil tangan sapa. Ni semua barang Inara. Akak pinjam je." Ujarku sambil tersenyum.

"Hasil tangan akak Inara memang superb dari dulu." Puji Tasha sambil tertawa.

"Ish! Tasha ni. Malulah akak. Biasa-biasa je lah." Balas Inara, merendah diri.

"Gurls! Dah siap ke belum?" Soal Ruz dari ruangtamu.

"Dah!" Balas kami serentak.

Saat melangkah keluar dari bilik, aku menjadi orang terakhir yang keluar dari bilik itu. Kelihatan Ruz sedang memakai jam tangan pada pergelangan tangan kirinya. Dia menoleh ke arah aku dan perbuatannya ketika itu terhenti. Dia tergamam.

Aku pulak? Gelabah itik! Tak tau nak buat reaksi apa bila dia tenung aku macam tu.

"Abiy Ruz. Cantik tak kak Dhia?" Soal Tasha.

Ruz tersenyum manis sambil mengangguk.

"Semua gugurls abiy memang cantik. Dah, jom." Balas Ruz sambil berjalan ke arah muka pintu.

Aku memerhatikan dirinya sekilas. Dia kelihatan segak bersama kemeja hijau tua jenama polo yang terletak cantik pada tubuhnya bersama seluar jean slim fit berwarna hitam. Rambutnya yang hitam hazelnut itu menampakkan sisi tampannya.

Ish! Apa aku ni?! Dia tu pompuan tau tak?! Aku menggeleng beberapa kali, cuba menyedarkan diri sendiri. Readers pun kena sedar tau. Ehek!

Setengah jam kemudian, kami tiba di sebuah mall. Kelihatan ramai pengunjung yang turut membeli-belah disitu. Mungkin kerana hari ini merupakan hari cuti, jadi normallah untuk mall penuh.

Usai memakir kereta, kami menuruni kereta. Saat mahu melintas jalan, Ruz menggapai jemariku. Mataku terpaku pada genggamannya yang terasa erat itu. Kemudian, mataku beralih pada wajahnya pula.

Dia kelihatan leka sambil memerhatikan kereta di kanan dan kiri jalan. Ruz turut mengenggam jemari Inara disebelah kirinya. Lega aku rasakan.

Baru saja aku menghembus nafas lega, lenganku ditariknya untuk melintas jalan. Tersentak aku sesaat. Nasib tak terpelecok dekat tengah jalan.

Setelah berada di dalam mall, Ruz melepaskan genggamannya pada jemariku.

"Abiy, jom tengok baju." Ujar Tasha, manja.

"Okay." Balas Ruz, bersahaja berjalan melepasi aku.

Kami berjalan ke sebuah boutique untuk melihat beberapa helai pakaian. Sedang leka membelek baju disitu, Ruz bersama Inara dan Auni menghilangkan diri.

"Eh? Mana dia orang?" Soal aku pada Tasha dan Wanda.

"Dia orang pergi toilet kot. Kak, cantik tak baju ni?" Soal Wanda, cuba mengalih perhatianku.

"Hah? Cantik." Puji aku.

Seketika kemudian, aku lihat mereka bertiga sudah berada di boutique itu semula. Aku ingin bertanya tetapi terbantut saat Tasha memanggil namaku.

Setelah siap membeli-belah, kami singgah di MCD untuk mengisi perut. Kami menuju ke kaunter untuk berbaris memandangkan ramai pelanggan lain yang turut beratur untuk memilih menu.

"Abiy, kita orang punya order macam biasalah ya." Ujar Wanda sambil tersengeh.

"A'ah. Kita orang cari tempat duduk ea. Akak teman abiy tau." Celah Tasha pula.

"Okay." Balas Ruz, sepatah.

What? Aku kena teman dia? Damn!

Tiba-tiba, Ruz menarik lenganku sehingga aku terdorong ke dadanya. Jantungku berdegup kencang seolah baru lepas marathon saja. Keningku pula, berkerut seribu. Lantas, aku mendongak ke arah wajahnya.

"Kenapa?" Soal aku.

"Mamat tu biadap betul! Main potong barisan. Pastu, jalan tak tengok-tengok orang. Dasar biadap!" Luah Ruz padaku bersama renungan tajamnya ke arah lelaki yang dimaksudkannya itu.

Sejurus itu, dia melepaskan pegangannya.

"Kau nak order apa?" Soal Ruz padaku.

"Emmm... Ayam pedas mcd satu set dengan air pepsilah." Jawabku, cuba mengawal suara sebaik mungkin.

"Okay." Balas Ruz, sepatah.

Usai mendapatkan resit dari ruang menu, dia meraih jemariku dan menarikku supaya berjalan dengannya menuju ke kaunter pesanan pula untuk menunggu menu tadi.

"Ruz..." Panggilku perlahan sambil menoleh ke kiri dan kanan.

"Duduk diam-diam sebelah aku." Bisik Ruz pula. Genggaman tangannya pada jemariku dikemaskan.

Kelihatan beberapa mata memerhatikan aku dan dia sambil tersenyum manis.

"Weh! Tengoklah tu. Romantiknya! Macam pinang dibelah dua." Bisik salah seorang pelanggan disitu.

Aku hanya memandang ke hadapan apabila terdengar bisikan mereka. Woi! Dia ni pompuanlah! Bukan lelaki. Serasi aponyo?!

Tanpa aku sedar, lelaki yang sengaja melanggar aku tadi memerhatikan aku di salah sebuah meja disitu sambil memegang telefon bimbitnya seolah merakam sesuatu. Usai merakam, dia mendail nombor seseorang.

"Hello, Tuan." Sapa lelaki itu di dalam talian.

Selamat menyambut tahun baru kepada semua reader Secebis Cinta. Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Amin. ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience