[ BAB 5]

Romance Completed 10458

Aku menapak lesu ke dalam rumah agam itu lagi. Langkahku, aku atur ke arah tangga. Saat aku menapak menuju ke bilikku di bahagian hujung, namaku dipanggil seseorang. Seseorang yang amat aku kenali.

"DHIA TIHANNI!" Panggil Tengku Andika.

Aku memalingkan tubuhku. Kelihatan suamiku berada dihadapan bilik tidur kami. Maksud aku, bekas bilik tidur kami berdua. Dia merenungku tajam seolah tidak berpuas hati.

"Awak nak apa?" Soal aku, malas.

Eyyy dia nih! Dahlah aku ni penat. Sibuk nak kacau pulak! Aku pelangkung kepala dia nanti, baru tau! Nasib je kau ni suami aku lah. Kalau tak, dah lama dah! Jeritku sekadar di dalam hati.

Tengku Andika tidak menjawab soalanku. Malah, kakinya diatur menuju ke arah aku. Aku hanya menanti. Tanpa aku duga, dia menarik lenganku menuju ke bilik baruku.

"Eh?! Awak ni kenapa? Sakitlah!" Rontaku, cuba melepaskan diri. Namun, apalah dayaku menolak kekuatan lelaki gagah seperti suamiku ini.

Dia melepaskan lenganku dan menutup pintu bilikku. Aku menggosok lenganku yang mulai memerah akibat cengkamannya yang mengetat. Suamiku mengeluh kasar.

"Aku tak kisah kau nak pergi mana, Dhia. Tapi, tolong jangan matikan phone kau!" Amaran Tengku Andika, keras.

"Phone saya habis bateri. Bukan saya sengaja matikan phone!" Jawabku, berani.

Kau tak tau papelah! Jangan nak main tuduh aku sembarangan! Bisikku dalam hati.

Renungan tajam suamiku, aku tatap. Nafasnya kedengaran kasar seolah dia menahan amarahnya dari meletus. Namun, dapat aku lihat matanya berair.

"Awak dah habis cakap ke? Saya penat. Saya nak tidur. Pergilah ke bilik awak. Sini bukan tempat awak. Pergilah. Isteri awak tengah tunggu awak tu." Ujarku, perlahan.

Tengku Andika tidak membalas bicaraku. Namun, langkahnya laju merapat ke arah aku dan didakapnya tubuhku erat. Aku tergamam. Dapat aku rasakan lengan sasanya memeluk erat tubuhku dan air matanya gugur pada bahuku yang terdedah.

"Awak, kenapa?" Soal aku, pelik.

"Jangan menghilang dari pandangan aku, Dhia. Kalau apa-apa terjadi pada kau, aku takkan maafkan diri aku sampai bila-bila." Bisik Tengku Andika saat dia memeluk tubuhku.

Kemudian, dia meleraikan pelukannya dan meninggalkan aku dalam keadaan bingung. Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku sekarang. Kenapa dengan dia?

Ah! Malaslah aku nak fikir pasal dia. Dia bahagia tanpa aku kot. Buat apa aku nak sedih tanpa dia. Dia tak pernah kisah pun pasal aku. Baik aku tidur. Lagi best!

"Sayang, you pergi mana? I tunggu you dari tadi. I lapar." Ujar Sharifah Alianez, manja.

Tercelik mataku apabila mendengar ayat perempuan tu. Perasaan sakit hati mulai mengetuk-getuk pintu hatiku. Ingin saja aku bangkit dan menyuruh mereka menjauh dari bilikku. Namun, aku tak mampu melakukannya.

"You cari I? Baru tinggal kejap. Takkan dah rindu kot?" Usik Tengku Andika sambil tertawa kecil.

"Haruslah I rindu. By the way, bibik tu dah balik rumah ke?" Soal Sharifah Alianez sambil menjeling pintu bilikku.

"Dah. Dia balik tadi. Kenapa you tanya?" Soal Tengku Andika pula.

"Saja. Baguslah kalau dia dah balik! Suka-suka je menghilang! Dia ingat rumah ni rumah dia ke? Menyusahkan betul!" Rungut Sharifah Alianez, sengaja ingin aku dengar perliannya.

"Sayang, kenapa you cakap macam ni? Tak baik tau." Tegur Tengku Andika sambil menarik lengan Sharifah Alianez supaya menjauh dari bilikku.

Malangnya, dah terlambat Dika! Aku dah dengar semuanya! Walaupun kau bela aku, tetap aku yang merasa kesakitan ni! Tetap aku yang menanggung sakit ini!

×*×*×*×*

Aku menapak ke arah dapur. Kelihatan pasangan pengantin itu sedang enak menjamu selera. Aku melintasi mereka tanpa menoleh sedikit pun ke arah mereka. Apatah lagi si model tak sedar diri tuh!

"Amboi! Tegak je! Tak reti-reti ke nak hormat tuan rumah tengah makan?" Perli Sharifah Alianez ke arah aku. Namun, aku buat tuli saja. Tengku Andika pula hanya menjadi pemerhati.

Aku capai sebiji gelas dan aku tuang jus oren ke dalam gelas itu. Kemudian, aku berkira-kira untuk menapak ke ruang tamu. Namun, langkahku terhenti dek teguran Sharifah Alianez.

"Sayang! You tengoklah bibik you nih! Biadap betul! I cakap dengan dia, dia boleh buat muka bodoh je depan I! Bibik macam ni ke yang you cakap ketua bibik? Macam tak layak je!" Rungut gadis itu lagi.

Aku menoleh gadis itu.

"Yes madam? Madam nak saya buat apa? Suap lauk tu dalam mulut madam ke? Baru madam puas hati? Baru madam DIAM?" Soal aku sambil menjelingnya tajam. Kemudian, aku menapak pergi dari situ. Tergamam gadis itu mendengar soalanku.

"Sayang! Tengoklah tuh!" Rungut Sharifah Alianez.

"Sudahlah. You ni pun satu. Sibuk kacau dia kenapa? Biarlah dia nak buat apa pun." Tegur Tengku Andika.

"Kenapa you bela dia, sayang? I ni wife you tau! You patutnya bela I. Bukan dia!" Rungut gadis itu.

Aku hanya mencebik mendengar jeritan gadis tak sedar diri tu dari ruang tamu. Ada laki pun tak boleh pakai! Menyampah betullah! Air jus oren yang aku minum pun dah rasa tak sedap! Ni semua dia punya pasal! Spoil betul!

Televisyen di depan mata, aku tatap. Sengaja volume televisyen tu aku kuatkan. Malas aku nak dengar perempuan tu mengedik dengan suami aku.

Saat aku leka melihat televisyen tu, remote dalam pegangan aku dirampas seseorang. Aku mendongak, menoleh si keparat mana yang berani menganggu waktu santaiku.

Guess who? Sapa lagi kalau bukan si rambut karat tu. SHARIFAH ALIANEZ! Aku pantas bangkit.

"Hei bibik tak sedar diri! Telinga kau ni dah pekak ke? Bukak volume kuat-kuat macam ni! Kau tak tau ea sekarang ni dah malam? Jiran-jiran nak tidur pun tak senang. Kau kena ingat ea. Kau tu cuma bibik dalam rumah ni! So, jangan nak berlagak bagus sangat! Dasar tak sedar diri!" Jerit Sharifah Alianez pada muka aku.

Eh perempuan ni! Dah melebih pulak! Makin aku diam, makin besar kepala pulak dia! Aku menayang muka toya sambil melepasi gadis itu. Malas mahu bergaduh.

Tanpa aku duga, dia menyentap rambut aku membuatkan aku menyeringai kesakitan.

"Lepaslah! Sakit!" Jeritku sekuat hati.

"Sakit ea? Kau tak tau betapa sakitnya hati aku ni bila tengok muka sombong bodoh kau tuh! Mentang-mentang suami aku bela kau, kau besar kepala ea! Sekarang kau taulah macam mana rasa sakit hati aku nih! Rasakan!" Ujar Sharifah Alianez kepadaku.

"Madam Alianez! Lepaskan dia!" Jerit Anita sambil berlari ke arah aku. Diikuti oleh Mak Cah. Sejurus itu, Sharifah Alianez meleraikan cengkamannya pada rambutku.

"Madam! Madam jangan nak melebih ea! Madam tu baru lagi dalam rumah ni. Jangan nak buat kacau!" Amaran Anita sambil menatap mata Sharifah Alianez.

Mak Cah memelukku sambil mengusap rambutku. Barangkali menyuruh aku bertenang. Kelihatan Sharifah Alianez tersenyum mengejek.

"Hei! Kau tu cuma bibiklah dalam rumah ni! Sedarlah diri kau tu sikit! Bila-bila masa je, aku boleh suruh suami aku buang korang dari rumah ni!" Ujar gadis itu.

Aku tertawa sinis sambil meleraikan pelukan Mak Cah padaku.

"Madam, jangan." Bisik Mak Cah.

"Takpe Mak Cah." Jawabku.

Kelihatan Sharifah Alianez terkejut melihat tawaku.

"Halau kami? Kau tengok dululah dekat mana kau berpijak sekarang ni? Kau yang tak sedar diri! Kau tu cuma menumpang je dalam rumah ni! Sebenarnya, kau tak layak pun jejakkan kaki dalam rumah ni!" Ujarku membuatkan gadis itu tergamam.

"Dhia, ENOUGH!" Jerit suamiku dari anak tangga atas. Sharifah Alianez pantas tersenyum sinis saat mendengar jeritan suamiku padaku.

"Sayang! Dia orang buli I!" Jerit Sharifah Alianez sambil berlari mendapatkan Tengku Andika di anak tangga. Dia memeluk erat tubuh suamiku.

Aku mengeluh kasar sambil berpeluk tubuh.

"Nasib baik you datang sayang. Kalau tak, entah apa yang dia orang buat pada I tadi." Renggek Sharifah Alianez bersama wajah ketakutan yang direkanya.

"Dhia! Mintak maaf pada Madam Alianez sekarang!" Arah Tengku Andika kepadaku. Terbuntang mataku saat mendengar ayat suamiku itu.

"Sekarang Dhia!" Arah Tengku Andika lagi.

Aku mencebik sambil menapak ke arah pasangan itu.

"Mintak maaf? Simple je. Madam Alianez, maafkan Dhia ya sebab menjadi kambing hitam untuk kesalahan yang Madam buat pada saya tadi. Nasib baik rambut saya ni kuat macam jiwa saya. Kalau tak, dah mati Madam tadi saya kerjakan." Ujarku, lembut dan perlahan.

Terbuntang mata Sharifah Alianez saat mendengar ayat dari bibirku. Tengku Andika pula memandang aku dan Sharifah Alianez silih berganti. Siapa yang bersalah sebenarnya?

Anita dan Mak Cah pula tersenyum puas melihat riak wajah Sharifah Alianez yang kemerahan. Mungkin dia termakan cili padi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience