[ BAB 11 ]

Romance Completed 10458

Klik!

Bunyi pintu bilikku dibuka oleh suamiku. Perlahan-lahan, kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang gelap gelita itu sambil menutup semula pintu bilikku. Lampu bilik dibuka. Bilikku masih kelihatan seperti biasa. Tiada satu pun yang berubah.

Dia menghenyakkan punggungnya dibirai katilku. Matanya memerhatikan bilikku. Frame perkahwinan kami diambilnya dan diusap lembut wajahku yang tersenyum bahagia dalam pelukannya itu.

"Sayang. Abang bersyukur sangat bila dengar orang abang dah jumpa sayang. Seminggu terasa berpuluh tahun untuk abang. Pulanglah sayang. Abang rindukan sayang." Gumam suamiku sendirian sambil mengucup wajahku dalam frame itu.

Sejurus itu, air matanya mulai bertakung. Frame itu diletakkan kembali pada tempatnya. Cincinku yang tergantung pada lehernya, dikeluarkan dan ditenung cincin itu. Terasa air jernih mengalir perlahan dipipinya saat ini.

"Esok hari anniversary kita, sayang. Genap empat tahun kita bersama sebagai suami isteri. Abang pulang kali ni sebab nak sambut anniversary kita dengan sayang. Tapi, kenapa sayang tinggalkan abang?" Gumam suamiku lagi.

Tiba-tiba, telefon bimbit suamiku berdering menandakan ada pesanan yang masuk melalui whatsapp miliknya. Air matanya dikesat sebelum dia membuka pesanan itu.

Di dalam pesanan itu terdapat sebuah video dan beberapa keping foto yang masih dalam proses untuk dimuat turun. Suamiku menekan foto pertama. Kelihatan gadis dalam foto itu seperti diriku.

Foto kedua dibuka pula. Kali ini lebih jelas kelihatan diriku berpegangan tangan bersama seseorang. Lelaki? Detik hati suamiku. Kemudian, suamiku membuka video yang telah selesai dimuat turun tadi.

Sejurus itu, berderau darah jantan suamiku saat melihat jemariku erat dalam genggaman seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu. Nafasnya turun naik dengan kencang.

"Arghhhhhhh!!!" Jerit suamiku sekuat hati sambil membaling telefon bimbit itu ke arah dinding. Kedengaran skrin telefon bimbit suamiku berderai ke lantai.

Dalam keserabutan yang melanda suamiku saat ini, sempat lagi ingatannya kembali kepada perbualannya bersamaku sebelum semua kenangan pahit tercipta.

"Saya jaga cinta saya hanya untuk awak. Saya harap awak pun akan jaga cinta awak hanya untuk saya. Janji?" Soalku sambil menghalakan jari keringkingku kepada suamiku bersama segaris senyuman nipis.

"Saya janji." Balas suamiku sambil mengait jari keringkingku bersama senyuman manis.

Keluhan kasar dilepaskan sebelum suamiku bangkit dengan riak wajah bengisnya dan meninggalkan bilikku bersama telefon bimbitnya yang telah hancur berderai. Sisa serpihan skrinnya dibiarkan disitu dan pintu bilikku ditutup perlahan.

Aku akan bawak kau balik ke rumah ni semula, Dhia! Aku janji! Detik hati suamiku bersama renungan tajamnya yang kemerahan.

×*×*×*×*

Aku tersedar dari tidurku apabila bahuku digoncang sedikit keras oleh seseorang. Aku membuka mataku. Kelihatan Ruz disisiku. Wajahnya tampak risau.

"Eh, Ruz? Ada apa? Pukul berapa ni?" Soal aku sambil bangkit dari pembaringanku.

Kedengaran Ruz melepas keluhan halus. Dia mengusap ke belakang rambutnya yang terjuntai ke dahi sambil berdiri. Aku mulai mengerutkan keningku apabila melihat reaksinya itu. Dia membelakangkan aku dan menapak ke katilnya semula dan menghenyak punggungnya ke birai katilnya.

"Kau mengigau tadi. Aku dengar kau jerit nama someone. Andika, kalau tak silap aku. Tu yang aku kejut kau. Sapa mamat tu?" Soal Ruz sambil melihatku dengan riak wajah penuh tanda tanya.

"Emmm... Kuat sangat ke? Sorry kacau awak tidur." Balasku, malas mahu menjawab soalan Ruz itu.

"Hmmm..." Balas Ruz seakan tidak mengendahkan bicaraku sambil kembali baring mengiring ke kanan dan menyelubung seluruh tubuhnya.

Mataku, aku pakukan pada jam di dinding. Angka jam telah cecah pada nombor enam pagi. Aku bangkit sambil membawa tuala mandi menuju ke bilik air.

Pili air pancut aku putar sehingga habis. Kemudian, aku membuka satu per satu pakaian tidurku. Perlahan-lahan, aku membiarkan air pancut membasahi tubuhku.

Ayat Ruz masih segar dalam ingatanku. Kenapa aku mimpikan dia? Kenapa aku tak boleh move on? Kenapa aku tak boleh lupakan dia?! Jeritku dalam hati sambil memukul dinding beberapa kali.

Air mataku mengalir hebat bersama deraian air pancut. Tubuhku melorot ke lantai. Aku terduduk. Kedua lututku, aku tarik supaya merapat ke dada.

Terbayang di mataku bicaranya padaku sebelum ini.

Telapak tanganku ditarik oleh suamiku dan dilekapkan pada dadanya. Matanya redup memandang mataku. Terasa hatiku terkena panahan cintanya saat itu.

"Awak dah ambik hati saya ni, jaga elok-elok tau. Saya percayakan awak dan saya terima takdir kita. Tapi, saya tak nak patah hati. Jadi, peganglah hati saya dan jangan pernah lepaskan." Ujar suamiku sebelum memeluk tubuhku dengan erat.

"Aku pegang hati kau! Kau yang khianat aku, Dika! Kau yang khianat aku!!" Jeritku sendirian.

Setelah setengah jam berada di dalam bilik air, aku menyiapkan diriku bersama towel yang sengaja aku balut pada kepalaku. Pintu bilik air aku tolak perlahan.

"Arghhh!" Jeritku akibat terkejut kerana Wanda terpacak di depan bilik air sambil memandangku. Gadis itu kelihatan terkejut dengan jeritanku.

"Wanda?! Terkejut akak." Ujarku kepada gadis itu.

"Sorry kak." Balas Wanda sambil tertawa kecil. Aku turut tertawa.

"Eh, jap!" Jerit Wanda sambil memegang pergelangan tanganku. Aku turut terhenti dengan tindakannya itu.

"Akak kenapa? Menangis ke? Mata akak sembap." Tegur Wanda membuatkan aku sedikit gelabah. Perlahan-lahan, aku memalingkan tubuhku menghadap gadis itu.

"Malam tadi akak tengok drama korea. Hero cite tu mati, apa lagi, banjirlah akak. Tu yang bengkak." Dalihku.

Tolonglah percaya, Wanda!

"Oh... Okay kak." Balas Wanda sambil menapak masuk ke dalam bilik air. Aku melepas keluhan lega dan terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat subuh.

Aku menolak perlahan pintu bilikku bersama Ruz. Kelihatan katil Ruz telah kosong. Mungkin dia sedang bersiap untuk pergi kerja. Aku membentang sejadahku dan terus menunaikan solat subuh.

Usai solat subuh, aku duduk seketika di atas sejadah. Wajah suamiku terbayang dalam mataku.

"Happy Anniversary yang ke empat tahun, abang. Semoga hubungan kita sebagai suami isteri akan kekal bahagia sehingga ke syurga. Amin." Gumamku sendirian.

Sejurus itu, aku bangkit. Hari ni aku nak keluar cari kerja. Aku membuka almariku dan memilih baju yang bersesuaian untukku mencari kerja.

Kemudian, aku ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Kelihatan mereka yang lain telah selesai bersarapan.

"Pergi dulu. Bye kak Dhia." Ujar Tasha kepadaku.

"Bye kak Dhia." Ujar Wanda pula.

"Bye. Elok-elok belajar." Balasku.

"Okay!" Balas mereka serentak.

Kelihatan Inara dan Auni turut meninggalkan rumah setelah memastikan keperluan mereka telah lengkap. Begitu juga dengan Ruz.

"Kau nak keluar ke hari ni?" Soal Ruz kepadaku.

"A'ah." Jawabku, sepatah.

"Okay. Jangan lupa kunci pintu tau. Goodluck. Kalau jatuh, pandai-pandailah bangun sendiri ea." Pesan Ruz sebelum menutup pintu rumah bersama tawa kecil.

"Jahat!" Balasku, turut sama tertawa.

Usai melihat Ruz pergi, aku mengunci pintu rumah dan terus bersarapan. Kemudian, aku menyiapkan diri untuk mencari kerja. Tiba-tiba, mataku terpaku pada sebuah kotak diatas mejaku.

Aku membuka kotak itu. Kelihatan sekeping telefon bimbit keluaran iphone terbaru di dalam kotak itu. Aku membaca nota kecil di atas telefon itu.

"Untuk kak Dhia sempena menjadi housemate kami. Sayang dari kami."

Kelihatan emoji smile disitu membuatkan aku tertawa kecil. Telefon itu aku aktifkan. Semuanya telah lengkap didalam telefon itu. Aku membuka aplikasi kenalan. Kelihatan nama-nama housemateku telah tersedia di dalam telefon itu.

Dalam aku tersenyum, ada satu perasaan sayu yang menyapa sanubariku. Kebiasaannya, nama pertama yang berada dalam kenalanku, semestinya nama suamiku. Terasa janggal pula bila tiada nama dia disitu. Akhirnya, jemariku menambah namanya pada senarai kenalanku.

"Abang." Gumamku.

Sejurus itu, aku menapak keluar dari rumah dan mengunci pintu rumah. Setelah memastikan pintu rumah berkunci, aku menapak perlahan-lahan ke sebuah bus stop dan menunggu bas tiba.

Setengah jam telah berlalu sejak aku mencari kerja. Air mineral yang aku beli kini hanya tinggal separuh. Aku mendongak. Kelihatan sebuah cafe sedang mencari pekerja.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Bisikku perlahan sebelum menapak masuk ke dalam cafe itu.

"Ya, cik. Nak order apa ya? Makan sini atau take away?" Soal seorang gadis bernama Ayu itu.

"Emmm... Saya nampak banner dekat depan tu tengah cari pekerja. Masih valid ke?" Soal aku tanpa berselindung.

"Oh, ya. Betul tu, cik. Kami memang tengah mencari pekerja baru. Cik boleh isi borang dulu ya. Kalau ada rezeki cik, dalam masa tiga hari kami akan hubungi cik ya." Ujar Ayu kepadaku.

Aku mengangguk dan mula mengisi borang yang disediakan oleh Ayu. Usai mengisi borang itu, aku meminta diri untuk pulang.

"Eh, kejap cik." Ujar Ayu membuatkan langkah kakiku terhenti dan menoleh ke arahnya.

"Ni kami punya template. Ada beberapa maklumat tentang cafe ni yang cik boleh baca ya." Sambung Ayu.

"Terima kasih." Balasku.

"Welcome." Balas Ayu pula.

Kemudian, aku menapak keluar dari cafe itu. Setelah agak jauh aku berjalan, aku singgah di sebuah bangku sambil meneguk air mineral yang aku beli tadi. Peluh didahi, aku lap perlahan menggunakan lengan baju. Keluhan halus aku lepaskan.

Template yang berada dalam peganganku, aku lihat. Sedang leka aku membaca, namaku dipanggil seseorang membuatkan aku menoleh ke arah suara itu.

"DHIA TIHANNI!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience