[ BAB 7 ]

Romance Completed 10458

Ketak! Ketuk! Ketak! Ketuk!

Bunyi tapak kasut seseorang menghampiri sebuah meja kosong di Cafe Anastasia. Sebuah Cafe yang direka bentuk sesuai untuk pelanggan yang inginkan sebuah tempat privasi. Oleh itu, Cafe Anastasia terkenal dengan pelanggan dari golongan elite.

Seseorang menantinya di meja itu.

"Hai. Sharifah Alianez, right?" Soal wanita dihadapan gadis itu. Sharifah Alianez mengangguk.

"Yes. I am." Jawab gadis itu, agak lambat kerana tergamam melihat penampilan wanita dihadapannya itu.

"I, mama Andika. Your husband." Ujar Tengku Mariana bersama segaris senyuman nipis. Terbuntang mata Sharifah Alianez apabila mendengar pengakuan wanita dihadapannya itu.

"You look young. Sekali tengok, orang takkan tau you ibu kepada tiga orang anak." Puji Sharifah Alianez sambil tersenyum kagum.

"I know it. You are not the first one to said that to me. So, we go straight to the point okay?" Soal Tengku Mariana dengan pandangannya yang mencengkam jiwa Sharifah Alianez membuatkan miss universe itu mengangguk.

"I yang arrange pertemuan you dengan Andika before this. Pendek kata, I director behind the scene now. So, I nak buat you jadi watak utama dalam drama I. But! You kena singkirkan DHIA!" Ujar Tengku Mariana membuatkan Sharifah Alianez tersentak.

"Dhia? Si pembantu rumah tu?" Soal Sharifah Alianez, terkejut bersama kerutan didahinya.

"Pembantu rumah?" Soal Tengku Mariana, pelik.

"A'ah. Andika kata Dhia tu ketua pembantu rumah kami." Jawab Sharifah Alianez, lurus. Tiba-tiba, Tengku Mariana tertawa besar membuatkan Sharifah Alianez terdiam sejenak.

"You have been fooled by Andika! Dhia is his first wife. And I hate her so much!" Ujar Tengku Mariana. Sekaligus, menyebabkan Sharifah Alianez terkedu.

"What? Tak mungkin Andika tipu I?!" Soal gadis itu dengan pandangan tidak percaya.

"Budak kampung tak berpelajaran macam tu yang Andika sibuk nak jadikan isteri. Entah apa ada pada budak tu yang buat anak I sanggup mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan budak tuh!" Ujar Tengku Mariana dengan renungan tajamnya.

"Kalau you sayangkan anak I, singkirkan budak kampung tak sedar diri tu dari kehidupan anak I! Sakit mata I tengok dia dengan anak I!" Luah Tengku Mariana.

"Easy peasy Tengku." Balas Sharifah Alianez sambil tersenyum sinis.

"If you success, I will give you rewards. Big rewads!" Balas Tengku Mariana sambil tertawa besar.

"Don't worry Tengku. I will make sure she disappear from Andika. FOREVER!" Ujar Sharifah Alianez sebelum tertawa besar bersama Tengku Mariana.

×*×*×*×

Buat kali kedua, aku menapak masuk ke rumah agam ini. Aku memandang sekelilingku. Entah sampai bila aku masih mampu melangkah masuk ke rumah ini. Entah sampai bila aku akan bertahan dengan permainan Tengku Andika tu!

"Kau dah kenapa tercegat depan pintu tu? Masuklah. Ke kau nak aku kendong kau sampai ke bilik?" Ujar Tengku Andika kepadaku.

Telefon dalam pegangannya diletak ke atas meja. Aku menjelingnya, tajam. Aku menyilangkan tanganku ke dada sebagai tanda tidak puas hati.

Dahlah tak ambik aku dekat hospital tadi! Lepas tu, tanya aku soalan bodoh macam tu! Eyyyyy! Aku rasa macam nak sepak-sepak je muka toya dia tuh! Tak bersalah langsung!

"Kutuk akulah tuh!" Ujar suamiku bersama kerutan didahi.

"Memang kerja saya nak kutuk awak jer!" Jawabku, panas. Ingat dia sorang boleh panas?! Aku pun bolehlah!

Tanpa menunggu jawapan dia, aku menapak ke anak tangga. Malas mahu melayan karenah dia. Muak aku! Hari-hari nak cari pasal! Ada je benda yang dia buat menyakitkan hati aku. Mungkin ada baiknya dia tak perlu balik semula ke rumah ni. Biarlah beribu tahun sekalipun!

Tiba-tiba, lenganku disentuh seseorang membuatkan aku tersentak dan menepis. Tengku Andika turut tersentak.

"Eh?! Kau ni dah kenapa? Aku pegang pun tak boleh ke?" Soal Tengku Andika.

"Awak nak apa? Jangan kacau sayalah. Pergi layan isteri awak sana!" Ujarku dimuka pintu bilikku.

Kelihatan suamiku mengeluh berat. Dia memandangku.

"Kau tak rindukan aku ke? Sejak aku balik, kau tak pernah nak sambut aku. Buatkan aku air ke? Masak makanan yang sedap-sedap ke?" Ujar suamiku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.

"Kan dah ada bibik. Suruhlah bibik masak yang sedap-sedap untuk awak." Balas aku, malas. Tombol pintu bilikku, aku pulas dari luar dan pintu bilik aku tolak perlahan.

"Tak sama! Aku rindu air tangan kau. Aku rindu masakan kau. Kenapa kau abaikan aku?" Soal Tengku Andika membuatkan langkahku untuk masuk ke bilik terbantut. Aku menolehnya.

"Saya abaikan awak? Awak patut tanya diri awak apa yang awak dah buat pada saya! Awak tinggalkan saya tiga tahun dekat sini! Awak kahwin baru! Awak sorokkan identiti saya sebagai isteri awak yang SAH dari wife baru awak! Saya abaikan awak ke?! Saya ni tunggul ke dalam rumah ni?! Takde perasaan?" Soal aku bersama genangan air mata.

"Dhia..." Panggil suamiku, cuba memujuk.

"Setiap hari saya tunggu awak balik rumah ni. Setiap hari saya berdoa supaya awak kembali pada saya. Setiap hari saya bertahan untuk sambut awak. SETIAP HARI DIKA! Bila tiba birthday awak, saya buatkan kek kegemaran awak. Anniversary kita, saya masak makanan kegemaran awak. Tapi, apa awak buat pada saya?" Soal aku sehingga berguguran air mataku.

"Dhia..." Panggil suamiku lagi. Kali ini matanya ku lihat berkaca.

"You break my heart, DIKA. Ini yang awak balas pada saya? Ini ke cinta yang awak katakan tu? Kalau saya tau macam ni sakitnya untuk mencintai awak, saya takkan bersama awak! Saya takkan sia-siakan masa depan saya untuk ikut awak! Saya menyesal kahwin dengan awak! Saya MENYESAL!" Jeritku dihadapan mukanya.

Tengku Andika tersentak. Gugur jua air mata lelakinya saat mendengar luahan aku. Dadaku berombang kencang. Tanpa aku duga, suamiku memelukku erat.

"Maafkan aku, Dhia." Bisiknya padaku. Aku menolak tubuhnya supaya menjauh dariku.

"Sejak kaki awak jejak dalam rumah ni, hanya kata MAAF yang awak ulang beribu kali. Awak nak saya maafkan apa?! Bagitau saya! Berapa banyak hal lagi yang awak tak tunjuk depan mata saya ni?! Jelaskan pada saya!" Ujarku dengan pandangan mata tajam merenungnya.

"Kau takkan faham, Dhia. Cinta memang kejam untuk kita. Tapi, aku tak pernah berhenti mencintai kau walau degupan jantung aku berhenti berdetak sekalipun. Aku akan tetap cintakan kau. Kau cinta pertama dan terakhir aku. Sampai bila pun. Takkan terganti Dhia." Luah Tengku Andika bersama wajah yang kemerahan.

"Cinta? Cinta saya untuk awak dah lama mati! Mati sejak awak berkahwin dengan perempuan tu!" Balas aku, panas.

"Dhia... Aku tau aku salah. Tapi, tolong. Tolong jangan cakap macam tu dekat aku. Hukumlah aku, Dhia. Bencilah aku! Tapi, jangan pernah matikan cinta kau untuk aku. Aku merayu Dhia. Aku merayu..." Ujar Tengku Andika kepadaku sehingga dia melutut dihadapanku.

Aku pantas memalingkan tubuhku dari berhadapan dengan suamiku. Tak sanggup rasanya untuk aku melihat wajah suamiku sekarang. Terasa luluh hatiku. Terhinjut-hinjut tubuhku menangis.

"Hei! Apa kau buat pada suami aku ni?!" Jerit Sharifah Alianez entah dari mana.

Kehadirannya yang mengejut itu menyentakkan kami berdua. Ditariknya lengan suamiku supaya bangkit. Aku menoleh ke arah perempuan itu. Dapat aku lihat renungan matanya yang tajam itu menusuk ke dalam mataku.

"Hei perempuan! Perempuan macam kau ni memang tak layak dengan suami aku! Dahlah miskin! Tak sedar diri pulak tuh! Ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Hei! Cerminlah dulu muka kau tuh! Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Ceraikan dia, sayang!" Jerkah Sharifah Alianez pada wajah aku.

"Sayang! Apa you cakap ni?!" Jerit suamiku pada Sharifah Alianez sambil menarik lengan gadis itu supaya menjauh dariku.

"Lepaskan I, sayang! Biar I ajar dia supaya dia sedar dekat mana tempat dia!" Ujar Sharifah Alianez dengan bongkaknya.

"Dekat mana tempat aku?" Soal aku, berani sambil menepis air mata yang berguguran.

"Dekat mana? Tu! Dekat tempat pembuangan sampah sarap sana! Tu tempat kau! Dahlah kotor! Miskin! Busuk!" Jerit Sharifah Alianez bagai orang gila.

"Anez!!" Jerit suamiku sekuatnya.

Pangggg!

Bunyi tamparan tangan suamiku mengenai pipi mulus milik Sharifah Alianez. Semua bagaikan terpana. Sharifah Alianez meraba pipinya yang kesakitan.

"Apa hak kau nak menghina dia?! Dia isteri aku!" Jerit Tengku Andika ke muka Sharifah Alianez. Aku terpempam mendengar pengakuan suamiku.

"Sayang! Sampai hati you pukul I! I tau selama ni you cuma terpaksa berkahwin dengan dia kan? I tau you tak cintakan dia! Sebab tu you kahwin dengan I! Ceraikan dia, sayang! Biar I bahagiakan you. I boleh bagi you apa saja yang you mahu! Ceraikan dia!!" Jerit Sharifah Alianez.

"Tak! Aku takkan ceraikan dia! Takkan walau apa pun yang terjadi!" Balas Tengku Andika sambil menunding jarinya ke muka aku.

"Sayang! Apa bagusnya dia berbanding dengan I?!" Soal Sharifah Alianez, panas. Belum sempat suamiku berbicara, aku terlebih dulu bersuara.

"Dika stop! Korang berambus dari bilik ni! BERAMBUS!!!" Jeritku sekuat hati sehingga tersentak mereka berdua.

Tak sanggup rasanya untuk aku dengar perbandingan antara kami di mata suamiku. Cukuplah aku rasa 'dibandingkan' apabila dia memilih model hampeh nih sebagai maduku!

"Sayang! Jom!" Jerit Sharifah Alianez sambil menarik lengan suamiku supaya pergi dari bilikku.

Dengan hati yang berat, suamiku meninggalkan aku sendirian di bilik itu. Aku terjelupuk ke lantai. Menangisi kelukaan hati yang kian berdarah.

Sampai bila harus aku bertahan? Aku dah tak sanggup nak hadap semua ni!

Tinggalkan dia, Dhia! Tinggalkan dia! Disini bukan lagi tempat untuk kau! Mahligai ni bukan lagi tempat kau untuk bermadu kasih. Dia sudah punya cinta baru. Tinggalkan dia! Bisik satu suara dalam kepalaku.

Patutkah aku larikan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience