[ BAB 8 ]

Romance Completed 10458

Tengku Andika meleraikan pegangan Sharifah Alianez ketika berada didalam bilik mereka. Suamiku merenungnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Kenapa you cakap dia macam tu tadi?" Soal Tengku Andika bersama renungan tajamnya.

"Sayang! You masih nak bela dia ke lepas apa yang dia buat pada you tadi?!" Jawab Sharifah Alianez, geram.

"It's my fault. Memang patut pun dia benci I." Balas Tengku Andika, sedih.

"Sayang... Even you bersalah sekalipun. Dia tak berhak buat you macam tu! Sampai hati dia suruh you melutut depan dia! Dia ingat dia tu sapa? You tu husband dia tau! Dia sepatutnya hormat you. Ni tak! Dia buat you macam anjing kurap pulak! You pulak yang terhegeh-hegeh menagih perhatian dia!" Ujar Sharifah Alianez, seolah menjadi batu api.

Tengku Andika tidak membalas. Hanya fikirannya saja berfikir. Ada betulnya kata-kata isterinya itu. Fikirnya.

"Sayang... I cuma kesiankan you. I sayang you tau. I tak suka dia memperlekehkan orang yang I sayang. Lagi-lagi you. Suami I." Pujuk Sharifah Alianez sambil menggosok lembut bahu Tengku Andika.

"I tau. Tapi, you tak boleh macam tu sayang. Dia tu wife I jugak. Madu you. You kena hormat dia." Balas Tengku Andika. Kedengaran Sharifah Alianez mengeluh halus sambil menjelingkan matanya.

"Hah! Ni satu hal. Kenapa you tipu I pasal wife you tu? Kalau I tak dengar you bergaduh dengan dia tadi, sampai mati I tak tau dia tu wife you tau." Balas model itu.

Tengku Andika tidak membalas. Hanya keluhan berat dilepaskan. Punggungnya dihenyak kasar pada birai katil sebagai tanda tidak puas hati.

"Sayang..." Panggil Sharifah Alianez, manja.

"Apa?" Soal Tengku Andika, dingin.

"I nak ...." Bisik Sharifah Alianez bersama senyuman menggoda membuatkan Tengku Andika terpana seketika.

"Sayang... I takde moodlah sekarang." Balas Tengku Andika bersama wajah muramnya.

"Sayang, biar I hilangkan kesedihan you. Okay?" Balas gadis itu pula, ceria.

Wajah Tengku Andika ditarik perlahan ke arahnya dan bibir mereka bertemu. Sharifah Alianez tersenyum dalam diam saat melihat Tengku Andika tidak menolak permintaannya itu.

Kemudian, dia menolak tubuh Tengku Andika sehingga rebah ke katil. Satu per satu butang baju t-shirt lelaki itu dibuka. Bibirnya tak lekang dari senyuman.

"I love you, sayang..." Bisik Sharifah Alianez pada cuping telinga Tengku Andika.

Dan, mereka bermadu asmara di bilik itu. Bilik yang pernah menjadi saksi percintaan aku dan juga suamiku, Tengku Andika. Sedang seronok mereka bermadu asmara, aku dihurung rasa sedih dan bersalah terhadap suamiku.

×*×*×*×*

Perlahan-lahan, aku menutup pintu bilikku. Saat tombol pintuku, aku lepaskan, aku menoleh ke depan. Kelihatan suamiku turut keluar dari biliknya. Dia melihatku. Serta-merta, wajahnya bertukar mendung.

Air mataku pantas bergenangan.

Apa salah aku, Dika? Apa yang telah menjarakkan kita? Kau di depan mata, tapi aku terasa kau begitu jauh.

Ku lihat matanya, berkaca.

Tiba-tiba, Sharifah Alianez keluar dari bilik mereka dan memeluk tubuh suamiku dari belakang bersama senyuman manja. Matanya seolah mengejek aku.

Tanpa aku duga, suamiku menyentuh jemari perempuan tu yang erat melingkari perut suamiku. Ada sesuatu pada leher suamiku yang buatkan aku rasa bagai mahu gugur jantungku saat itu. LOVEBITE? Dia orang baru lepas ehem ehem?!

Sampainya hatimu, Dika!

"Jom turun sayang. Jangan bazirkan masa you tengok perempuan tak reti bersyukur macam tu!" Ujar Sharifah Alianez sambil tersenyum sinis kepadaku.

Aku hanya membisu sambil berpeluk tubuh seolah aku kuat menghadapi situasi itu. Sebaik saja mereka tiba di ruang makan, aku kembali semula ke bilikku.

Aku menangis semahunya dibalik pintu bilikku. Aku tak kuat! Lelaki yang aku cinta sepenuh hati dah mati! Mungkin aku jugak dah mati dalam hati dia. Sebab tu dia tak pedulikan aku lagi!

Ya Allah...! Suami yang seharusnya menjadi penguat aku sudah tiada. Suami yang seharusnya bersamaku di saat susah dan senang sudah tiada. Suami yang berjanji untuk membahagiakan aku sudah tiada.

Bantulah aku, Ya Allah. Jika disini bukan lagi tempat untukku, KAU tunjukkanlah aku jalan keluar. Tunjukkan aku kebenarannya, Ya Allah. KAU kuatkanlah hatiku. Bantu aku untuk pasrah dengan takdir ini, Ya Allah.

Lama aku menyepi bersama tangisan yang masih mengalir hebat. Aku termenung jauh. Ke mana harus aku membawa diriku? Aku tak punya sesiapa disini.

Kriukkk! Krrroookkkk! Kriukkkk!

Aku menyentuh lembut perutku. Alamak! Dah lapar sangat ni. Asyik bergendang je. Tanpa menunggu lama, aku bangkit dan menuruni anak tangga.

Kelihatan pasangan itu sedang bersenang-lenang di ruangtamu. Tengku Andika melihatku sekilas dan menjelingku saat mata kami bertemu. Wajahnya berubah dingin serta-merta. Sharifah Alianez pula, memandangku sambil mencebik.

Aku tidak mengendahkan mereka. Aku terus saja menapak ke dapur. Mak Cah dan Anita menghidangkan makanan untukku. Kami bergelak tawa bersama.

"Tengoklah tu sayang! Gelak kuat-kuat nak suruh sapa dengar?!" Tempelak Sharifah Alianez dari ruangtamu.

Aku tidak membalas apa-apa. Hanya bibirku saja mengejek kata-katanya sambil tertawa bersama Mak Cah dan Anita di meja makan.

"Alah Madam. Tak payah layan orang macam tu. Membazir je!" Bisik Anita sambil menjeling-jeling ke arah Sharifah Alianez.

Kami tertawa lagi. Sengaja ingin menyakitkan hati perempuan tak sedar diri tuh!

"Hei! Korang kutuk aku kan sebenarnya?!" Jerit Sharifah Alianez, tidak puas hati. Tengku Andika hanya membisu. Tidak sedikit pun dia terdetik untuk menghalang perbuatan isteri kesayangan dia tu!

Aku menarik muka. Hilang selera aku nak makan bila dengar perempuan tu meroyan bagai orang gila. Aku bangkit dan menapak ke arah tangga.

"Aik! Cepat siap? Tak selera ke dengar suara aku?" Sindir Sharifah Alianez kepadaku. Aku menolehnya dan suamiku dan kepada perempuan itu semula.

"Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula." Balas aku, selamba.

Terdiam Sharifah Alianez mendengar balasan bicaraku. Tengku Andika pantas memandangku.

"Tak perlu nak perli dia macam tu. Dia cuma tanya kau soalan simple je. Jawab tu biar beradab sikit." Balas Tengku Andika kepadaku.

Aku tertawa sinis. Walhal, dalam hati aku ni rasa nak nangis ada, rasa nak maki pun ada.

"Baguslah awak bela isteri kesayangan awak ni. So, nanti takdelah dia serang saya lagi. Terima kasih untuk peringatan tu. Saya hargainya." Balas aku.

Tanpa menunggu bicara mereka, aku menapak pergi. Mataku sudah berkaca. Hati aku terasa bengkak. Pintu bilikku, aku buka dan aku tutup kembali. Jemariku sempat memetik radio di dalam bilikku supaya tiada siapa mendengar tangisanku.

Punggungku, aku henyak kasar pada katil. Gugur lagi air mataku. Entah kenapa luluh benar hati aku setiap kali suamiku bersuara dingin padaku.

Hembusan nafas kasar aku lepaskan.

Mungkin dia memang tak perlukan aku lagi dekat sini. Sebaiknya aku pergi. Untuk apa aku bertahan disini jika orang yang aku cintai sudah tidak mencintai aku lagi. Sia-sia aku tunggu dia selama ni.

Tapi, kenapa aku rasa sedih sangat? Kenapa hati aku sakit bila aku nak tinggalkan dia? Adakah aku sedang patah hati? Mungkin.

Aku bangkit. Begpack yang tersimpan dalam almari, aku keluarkan. Beberapa helai pakaian yang aku rasakan penting, aku sumbat dalam begpack ku.

Semakin aku berkemas, semakin deras aku menangis. Hati aku bagai ditusuk-tusuk. Sakitnya kalah pisau dan duri sembilu. Terasa diri dikhianati. Teresak-esak aku menangis.

Seketika kemudian, aku duduk tersandar lesu pada tepi katil bersama kedua lututku yang aku peluk. Aku duduk diam disitu buat beberapa ketika.

Aku telah berkira-kira untuk pergi dengan senyap. Aku takkan membawa satu pun barang pemberian dia termasuk cincin bertakhta belian pada jemari manisku ini. Aku akan tinggalkan semuanya disini.

Aku melihat sekelilingku.

Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua. Aku rela mengundurkan diri demi kebahagiaan kau dan dia. Aku... Aku... Maafkan aku!

Sedang aku dibuai kesedihan, lagu Wish You The Best dari Kayou dimainkan oleh stesen radio Sinar FM pada waktu itu.

Apa lagi? Terus berjujuran lebat air mataku. Sekaligus, hujan lebat membasahi bumi pada ketika itu. Mungkin alam juga menangisi nasibku yang malang ini.

×*×*×*×*

Jam loncengku berbunyi tepat jam lima pagi. Aku pantas membersihkan tubuhku. Usai bersiap, aku mengambil begpackku dan bersedia untuk melangkah pergi.

Tiba-tiba, aku terpandang frame perkahwinan aku dan Tengku Andika di meja sebelah katilku. Hati aku jadi sayu. Bibir bawahku, aku ketap. Sedaya upaya aku cuba untuk menahan tangisku dari meletus.

Aku ambil frame itu dan aku kucup wajah suamiku yang berlapiskan cermin frame itu. Air mataku menitis perlahan. Kemudian, aku dakap frame itu. Tak dapat peluk orangnya. Dapat peluk frame pun jadilah.

Frame itu aku letakkan semula di tempatnya. Tidak akan aku bawa frame itu bersamaku kerna wajahnya dalam ingatanku sudah cukup jelas. Telefon bimbit pemberiannya yang aku pakai sehingga kini juga aku tinggalkan. Full set.

Perkara terakhir yang aku lakukan adalah menanggalkan cincin bertakhta belian yang menjadi bukti cinta kami berdua. Aku letakkannya dihadapan frame perkahwinan kami itu.

Pintu bilikku, aku buka perlahan-lahan. Setelah memastikan keadaan selamat ketika itu, aku melangkah keluar dan menutup pintu bilikku dengan erat.

Aku berjengkit perlahan-lahan ke muka pintu utama. Aku menoleh ke sekelilingku sekali lagi untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat kelibatku.

Perlahan-lahan, aku buka pintu utama itu dan aku tutup rapat. Aku berdiri dihadapan pintu utama itu seketika. Nafasku, aku tarik sedalam yang mungkin dan aku lepaskan perlahan.

"Selamat tinggal, Andika." Bisikku perlahan.

Kemudian, aku berlari meninggalkan rumah agam itu. Tidak sekalipun aku menoleh ke belakang kerna aku takut. Aku takut aku akan berpatah balik ke rumah itu.

Aku pasti akan merindui dia, suamiku.

Wahai suamiku, walau aku membenci kau, tapi masih ada secebis cinta yang masih tersisa untuk kau yang tidak tahu menghargai diriku. Entah mengapa masih ada cinta. Sedangkan aku tidak dilayani seadilnya.

Secebis cinta yang menyedihkan!

So far macam mana? Okay tak bab kali ni? Dont forget to rate and comment. Kerana dua perkara yang kalian buat ni, akan jadi sebahagian besar inspirasi saya untuk siapkan cerita ni. ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience