[ BAB 17 ]

Romance Completed 10458

Pintu bilik ditutup dalam keadaan kalut. Langkah kakinya tak henti berjalan ke hulu dan ke hilir buat sekian kalinya. Titik-titik peluh mula membasahi dahinya yang licin.

Aduh! Apa aku nak buat ni? Mampos aku kalau Dika tahu aku sekongkol dengan mama dia. Ish!

Think Anez! Think!! Desak otaknya pula.

"Aduh! Malang betullah nasib kau ni Anez! Lain yang kau plan, lain pulak yang jadi!" Keluh Sharifah Alianez sendirian.

Rambutnya digaru kasar. Mati kutu jadinya. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil bagasinya. Dia berkira-kira untuk meninggalkan rumah itu sehingga keadaan kembali reda. Sedang kalut dia menyumbat semua pakaiannya, telefon bimbitnya berdering. Nama Tengku Mariana terpapar pada skrin.

"Hello, Tengku?" Sapa Sharifah Alianez, cemas.

"Hello, you dekat mana ni?" Soal mertuaku.

"I... I dekat rumah. Tengku... I takut. What should we do kalau Dika dapat tahu apa yang kita buat tadi?! Habislah kita, Tengku. Habislah!"

Bergetaran nada suara Sharifah Alianez. Barangkali ketakutannya sudah memuncak tinggi. Namun, lain pula bagi mertuaku.

"Hey! You panik sangat ni kenapa?!"

Tersentak Sharifah Alianez apabila diherdik begitu oleh mertuaku. Hampir saja telefon bimbitnya tercampak dari pegangannya.

"I takut Tengku. I dah tak sanggup nak teruskan plan kita ni. I nak lari!" Jujur Sharifah Alianez, tersengguk-sengguk.

"Hey! Listen! I dah upah orang untuk delete rakaman tu. So, Dika takkan tau. No one will know about it. Unless, you tell them! So, you stay where you are! Just pretend like nothing is happening."

Kata-kata mertuaku tidak sedikit pun meredakan keresahan yang bertamu dikalbu maduku. Malah, menambah perasaan kesal kerana telah bersetuju untuk menyertai rancangan jahat mertuaku.

"No! I can't do this anymore! I'm scared like shit now! And you want me to pretend like nothing happen? For the rest of my life, I have never done all these things. This is the worst thing I have ever done in my life! And, it's not worth it!"

Kedengaran mertuaku tertawa sinis sambil mengejek tangisan Sharifah Alianez. Matanya tajam merenung bayangnya di kaca jendela.

"Do you forget or do you pretend to forget? Have you forgotten what our agreement is? Have you forgotten what you promised me? And my lucrative gift for you? If you forgot, let me remind you again."

Belum habis bicara mertuaku, Sharifah Alianez pantas mencantasnya.

"I don't care anymore! I tak nak semua hadiah mahal you tu! I dah tak nak terlibat apa-apa lagi dengan you! Stop contact me!" Terjerit-jerit Sharifah Alianez pada skrin telefon bimbitnya sehingga basah skrinnya.

Mertuaku membekukan dirinya. Sengaja mahu memberi kepuasan kepada gadis itu supaya menghamburkan kemarahannya.

"Hello?" Sapa Sharifah Alianez apabila mertuaku hanya menyepi walhal taliannya masih aktif.

"Dah habis cakap?" Soal mertuaku, bersahaja.

"Yes." Jawab Sharifah Alianez, geram.

"Orite. If you say so, what can I do, right? So, seperti yang termeterai in our agreement. If you act to withdraw, all your luxuries and careers now will be destroyed in the blink of an eye. You will be left without anything. And, you will be forgotten. FOREVER."

Mendengarkan kata-kata mertuaku tentang perjanjian mereka itu, membuatkan Sharifah Alianez terpempam.

"Are you threatening me?" Soal gadis itu, lurus.

Soalan Sharifah Alianez hanya dibalas dengan hilai tawa dari hujung talian. Gadis itu menunggu sehingga mertuaku selesai mentertawakan dirinya.

"No... No my dear. I hanya bacakan semula our deals. That's our deals before you got what you had now. So, do you still want to withdraw?" Soal mertuaku bersama segaris senyuman sinis.

Tanpa menjawab soalan mertuaku, Sharifah Alianez memutuskan talian.

×*×*×*×*

Aku tersedar. Kelihatan suamiku tertidur disampingku. Jemarinya erat mengenggam jemariku. Sejak bila pulak dia ada dekat sini ni? Perlahan-lahan, aku melepaskan jemariku.

"Eh? Sayang dah sedar?" Soal suamiku sejurus aku berjaya melepaskan genggamannya.

Aku tergamam. Alamak! Dia dah terjaga pulak!! Aku menelan air liur sebelum mengangguk berat. Matanya yang ralip menatapku terserlah urat-urat merah menandakan suamiku tidak cukup tidur.

"Sayang nak pergi mana?" Soal suamiku lagi saat aku menuruni katil.

"Emmm... Saya nak pergi toilet kejap." Jawabku sebelum mengatur langkah untuk pergi.

Baru saja aku ingin membuka langkah, pergelangan tanganku digapai oleh suamiku. Aku pantas mendongak menatapnya disisiku.

"Abang teman sayang ea?" Pinta suamiku bersama segaris senyuman tipis.

Tanpa menunggu jawapan dariku, suamiku mengatur langkah membuatkan aku terdorong mengikutinya. Sesekali aku mengerling suamiku disisi. Dia ni tak ngantuk ke? Tadi bukan main merah lagi mata tu. Ish! Kenapalah susah-susah nak teman aku?!

"Okay, kita dah sampai." Ujar suamiku, ceria sekaligus mengejutkan aku yang berkhayal.

"Eh? Sayang, kenapa?" Terserlah kerisauan di wajah tampan suamiku.

Aku pantas menggeleng.

"Sayang. Kalau sayang ada apa-apa masalah ke? Sakit dekat mana-mana ke? Bagitau abang tau. Jangan diam. Kalau sayang diam, abang tak tau." Pesan suamiku, panjang lebar.

Ish! Lama lagi ke dia ni? Aku dah nak terkencing nih! Aduh! Dah hujung-hujung dah nih! Terkepit-kepit aku menahan.

"Hah! Lagi satu abang nak pesan. Hati-hati...."

Belum sempat suamiku menghabiskan ayatnya, aku sudah meluru masuk ke dalam toilet. Sorry abang!

"Haih, bini aku nih." Monolog suamiku, tertawa kecil.

Punggungnya dilabuhkan pada bangku menunggu. Tangan kanannya menongkat kepala. Tanpa sedar, suamiku terlena disitu ketika menungguku.

Pintu toilet aku tarik dan aku hampiri sinki disitu untuk mencuci tangan. Usai mencuci, aku keluar. Meliar bebola mataku mencari sang suami. Mana pulak dia nih? Dia tinggalkan aku ke?

Aku menapak beberapa langkah sebelum terlihat suamiku. Elok saja suamiku lena begitu. Lantas aku menghampirinya. Perlahan-lahan, aku melabuhkan punggungku disampingnya. Wajahnya yang kepenatan aku tatap.

Haih! Untung suami aku ni. Tidur pun handsome. Cuba kalau aku yang tidur? Bangun-bangun dah macam hantu kak limah balik rumah rasanya. Takut, kan?

Aku menghadiahkan senyuman kecil kepada suamiku. Helaian rambut yang menutupi dahinya, aku usap ke belakang. Kesian suami aku ni. Sanggup tak tidur teman aku semalaman. Sepatutnya aku yang teman dia, bukan dia teman aku. Terbalik pulak.

Sedang ralit aku menatapnya, tiba-tiba suamiku tersedar. Pantas aku membuang pandangan ke arah lain sambil berdehem perlahan.

"Sayang dah lama ke keluar? Sorry, abang tertidur."

Terpisat-pisat suamiku menggosok matanya. Aku menoleh ke arahnya. Pandangan matanya yang ralip itu menyentuh sanubariku. Tanpa sedar, soalannya aku biar tanpa jawapan.

"Sayang, abang tanya ni. Sayang dah lama ke keluar?" Ulang suamiku sambil menyentuh pergelanganku.

"Baru je." Dalihku. Padahal dekat dua puluh minit jugaklah aku duduk sini teman dia tidur.

"Abang..." Panggilku, lembut.

"Ya, sayang..." Balas suamiku, tak kurang lembutnya.

"Jom balik rumah mak."

Mendengarkan bicaraku, suamiku mengukir senyuman manis kepadaku. Aku lihat sinar gembira mengerlip di matanya yang hitam bundar itu. Seraya itu, kepalanya diangguk.

×*×*×*×*

"Assalammualaikum, mak." Ucapku di hadapan pintu rumah keluargaku.

Salam dijawab oleh emak dari dapur. Wajah bening emak tersenyum manis menyambut kepulanganku bersama suamiku. Tanpa berlengah, kami bersalaman dengan emak.

"Emak apa khabar? Sihat?" Soal aku.

"Alhamdulillah. Macam ni lah mak, Dhia. Ni kamu kenapa, Dika? Tangan kamu tu?" Soal emak kepada suamiku. Wajah emak terpancar kerisauan.

"Abang accident mak. Semalam." Jawabku, wakil untuk suamiku. Suamiku tersenyum kelat.

"Accident dengan apa? Macam mana boleh accident?" Soal emak lagi.

"Langgar lari mak." Jawab suamiku, ringkas dan padat.

"Astaghfirullah al azim. Habis? Dah dapat orangnya? Meh, duduk sini. Mak ada goreng pisang sikit tadi. Langkah kananlah kamu berdua hari ni."

Wajah risau emak hilang sebaik saja tudung saji itu dibuka. Bibir tua emak mengukir senyuman lebar. Terhias cantik pisang goreng yang masih hangat.

"Belum lagi mak. Tapi, Dika dah upah penyiasat untuk cari orang tu sampai jumpa. Harapnya dapatlah." Tutur suamiku.

Sementara suamiku berbual dengan mak, aku bangkit mengambil beberapa biji cawan dan air kopi panas dalam teko aku tuang untuk suamiku dan mak.

"Haa... Baguslah kalau macam tu. Dah... Dah... Jemput makan ya. Lepas ni, kamu berehat. Tengahari nanti, mak ingat mak nak masak ayam kari lah. Alang-alang kamu berdua dah balik ni."

"Baik, mak." Balas suamiku, tersenyum.

"Nanti Dhia tolong mak tau. Dah lama tak masak dengan mak." Balasku, tertawa kecil.

"Alah. Tak payah. Kamu berehat je. Bukan susah sangat masak kari ni. Tak sampai lima minit dah siap." Jawab emak.

"Wuish! Hebat mak!" Puji suamiku, tertawa.

"Kalau abang nak tahu, masakan mak lah yang paling sedap dalam kampung ni tau. Takkan ada orang yang boleh tandingi masakan mak." Puji aku pula.

"Sudah-sudahlah tu puji mak. Dah, pergi naik atas berehat." Ujar mak.

"Okay, mak." Jawab kami serentak sebelum beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience